Drama NUR 2 Bakal Ditayangkan??

Friday 20 July 2018


Assalamualaikum.. Harini nak share la sikit tentang info menarik yang kita ada terbaca tadi. Dengar-dengar Drama NUR yang meletops masa bulan puasa haritu bakal keluar siri 2. Sukaa ke tidak?

Kalau kita tentunya la suka. Maunya tak suka. Sebab rasa macam tak puashati pulak drama tu habis macam tu je. Why semua orang tak minta maaf dengan NUR?? Why??
Ehhh tetiba emosi pulak. 😅

Tak sabar pula nak tengok siri 2 Drama Nur ni. Harap harap dapat memberi kesan sepertimana Drama NUR yang lepas tu la kan..


............................................................

Petikan dari Harian Metro


PENERBIT dan pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin atau Ezad, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan pihak yang tidak bersetuju apabila produksinya Radius One dan TV3 memutuskan untuk menghasilkan Nur 2.

Pada waktu sama, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kehendak penonton setia yang ingin mengetahui kesudahan watak utamanya Nur lakonan Amyra Rosli yang dipujuk Ustaz Adam (Syafiq Kyle) untuk kembali bersama dan watak antagonis, Hamadi (Azhan Rani).

Ketika dihubungi, Shahrulezad berkata, sebaik Nur yang ditayangkan di TV3 tamat, ramai yang memberi komen kesudahan karyanya seperti tergantung.

“Rata-rata meminta saya menghasilkan drama Nur 2, kerana mereka mahu tahu apa yang berlaku kepada Nur dan Hamadi. Tetapi saya seperti yang umum tahu tidak pernah menyambung mana-mana karya yang pernah dihasilkan walaupun ia turut mendapat sambutan sebelum ini.

“Begitupun selepas ramai yang meminta ia disambung termasuk pihak TV3, akhirnya saya akur. Itupun setelah saya memperoleh jalan cerita baru dan dipersembahkan kepada pihak stesen. Mereka yakin dan bersetuju dengan cerita itu,” katanya.

Kata Ezad, sebelum ini ramai yang mendesak, tetapi hatinya agak berat. Sehinggalah semua pelakon akhirnya bersetuju untuk kembali menjayakan Nur 2, sehingga dia sudah tidak punya alasan lagi untuk menolak.

“Saya juga bersetuju dengan kenyataan diberikan pihak stesen yang menegaskan bahawa Nur 2 dihasilkan bukan untuk menandingi Nur. Perbandingan juga adalah perkara biasa apabila Nur 2 disiarkan nanti.

“Sepanjang menghasilkan Nur saya tidak pernah meletak harapan atau mengharapkan ia menjadi fenomena, tetapi kejayaan diraih adalah rezeki. Jadi mengapa apabila mahu menghasilkan Nur 2, saya perlu memikirkan perkara itu,” katanya.



5 comments

  1. haritu masa baca dia berat hati nak sambung, tak sangka dia setuju untuk sequel. Tak sabar nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Pengarahnya mula2 berat hati.nak sambung. Tapi permintaan tinggi kan penonton nak kn sambungan.

      Delete
  2. Terbaca juga semalam yg nak ade siri 2...

    ReplyDelete
  3. Harapnya lebih baik dan banyak pengajaran yang dapat diselitkan..

    ReplyDelete