Thursday, 24 May 2018

Cooking With Love : Puasa Ke-8


Cooking With Love : Puasa Ke-8 | Assalamualaikum, macam mana dah puasa ke-8 ni? Sekejap je dah seminggu berpuasa kan. Saya tak terasa sangat, tapi terasa kosong puasa dah beberapa hari ni. Sebab ddy dorang kursus balik di KL. So bersahur dan berbuka sendirian je la dengan anak anak. Makan je la apa yang ada. Nak masak pun feel tu macam takde. 😭😭
Sebab masak beria bukan ada tukang makan.





Untuk harini, masak simple je la. Cari mood juga nak masak. Buat bihun goreng je dengan goreng kuih cucur badak instant. Ingatkan goreng bihun anak anak takmau makan. Biasalah budak budak kan. Selalu makan main main je. Sekali harini banyak pula dorang makan. Seronok tengok. 

Berbuka dengan anak anak ni senang nya masak je la apa apa. Janji boleh makan. Saya berbuka jenis tak makan berat berat. Memadai ada kuih dan air. Cukup dah. 
Untuk lauk harini buat untuk anak-anak je, ikan tenggiri kut masak kicap je. Tu pun takmo makan. 



Erm... Agak agak apa menu untuk esok ye.. Meh la share. 

12 comments:

  1. Rumah zaza pun byk beli lauk2 je.. Kalau masak pun just goreng ikan dgn sedikit sayur untuk bersahur..lain2 mmg beli lauk kat bazar.. Mcm zaza klu bbuka dan bsahur mesti kena nasi

    ReplyDelete
  2. cuba masak menu yg mudah...maybe boleh buat western ke kan?

    ReplyDelete
  3. Huhu. TB masak mee goreng he berbuka puasa tadi.. haha. pecah rekod berbuka tanpa nasi.. tak pernah lagi.. ni baru 1st time.. gara2 risau mee tu expired.. taknak membazir..

    ReplyDelete
  4. Hari ni pun PC berbuka bihoon goreng...huhu...

    ReplyDelete
  5. keluarga akak berbuka dengan lauk yang macam hari2 biasa makan..tak de beli ataumenu tambahan.. sekali sekala ada la buat karipap dan buah melaka.tu pun buat sikit sebab ayah depa kerja malam nak bawak jamu kawan2 nya..anak2 bukan kaki makan.

    ReplyDelete
  6. Best kalau buat cucuk badak sendiri boleh sumbat inti kaw kaw. Beli kat luar sometimes inti nya sikittt saja.

    ReplyDelete
  7. em.. takde kawan makan memang rasa lonely kan.. masak apa yg anak boleh makan sekali..


    semalam cikliss buat meee goreng basah.. harini rasa nak buat nasi lemak..
    nanti suami beli air jek dengan kuih sikit..

    ReplyDelete
  8. erm...best plak ikan masak kicap tu...
    jemput ke Blog saya, ada GIVEAWAY sedang berlangsung...TQ

    ReplyDelete
  9. Sedapnya, tengok makanan ni. Mak zira jual kat bazar cucur badak pun ada

    ReplyDelete
  10. suka masak kicap.. tapi mak slalu cakap tu slera kanak2 but hidup ini perlukan kicap..!! hahaha..

    ReplyDelete
  11. sedap. lama x makan ikan masak kicap :)

    ReplyDelete
  12. ikan tenggiri masak kicap tu sedap.
    tapi tu la. anak2 aida x makan ikan sgt.
    kalu ayam masak kicap, gerenti abis.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments