Saturday, 19 May 2018

Cooking With Love : Puasa 1


Cooking With Love : Puasa 1 | Boleh ke share menu berbuka ni? Bukan niat nak buat orang terliur dikala waktu tengahari ni. Tapi sekadar memberi idea juga kepada pembaca diluar sana. Mesti ada yang buntu, apa nak masak untuk berbuka kan? Betul tak?

Selalunya la, awal puasa elok je segala idea datang. Dah masuk beberapa hari nanti, mula la kebuntuan tu datang. Pastu tekak pun tak berkenan dengan lauk ni la.. Lauk tu la.. Betul tak?

Kalau bercerita pasal bulan puasa ni, saya jenis berbuka bukan terus terkam nasi tau. Tak boleh masuk. Tapi kalau balik rumah mil, situasi tu kena la tempuh. Susah perut nak terima nasi bila berbuka. Tapi apakan daya..

Saya kalau berbuka, lebih suka cari yang ringan dulu. Ikutkan sunnah la begitu kan? Kalau nak makan yang berat ni digalakkan lepas terawih kan? Tapi sepanjang berpuasa la, dari kecik sampai la dah kawen, memang nasi saya akan jamah sahur. Bukan sebab nak diet ke apa. Sebab tak boleh nak masuk. 


Untuk puasa pertama Khamis, (17 Mei 2018) menu simple je. Hanya goreng keteow dan goreng popia. Kebetulan memang buat stok popia frozen. So, tak perlu la keluar ke Bazar. 


So kalau sesiapa tak tahu nak berbuka apa, boleh la nanti cari popia ataupun keteow goreng kan. Tak kira la masak sendiri atau beli. 



4 comments:

  1. saya pun menu berbuka puasa biasa2 je...

    ReplyDelete
  2. Tahun ni menu buka puasa yang simple je.beli kuih muih je.nanti sahur baru makan nasi.

    Selamat berpuasa ye.

    ReplyDelete
  3. aida minat popia sayur, mimie.
    tapi tu la, tak pandai buat inti nyer.
    beli, tak sedap plak...
    kakak opis yg selalu buat frozen tu, tak buat plak.
    jaga cucu.
    kempunan!

    ReplyDelete

Sponsor

Comments