Thursday, 16 November 2017

Resepi : Sup Sayur Bebola Ayam


Resepi : Sup Sayur Bebola Ayam


Hai readers.. today kita share resepi la yerk. Macam dah lama je tak Share resepi kan? Dah tu pusing pusing lauk sama, tak kan nak share menu yang sama kan. Ok, harini share resepi menu yang belum pernah share lagi. 

Semalam takde idea nak masak apa. So buka peti ais tengok apa yang ada. So kita jadikan ia sebagai 1 jenis lauk. 

Sup Sayur Bebola Ayam

Bahan-bahannya :
πŸ“ Carrot
πŸ“ Jagung tongkol
πŸ“ Bebola ayam
πŸ“ Bawang Merah (hiris)
πŸ“ Bawang Putih (hiris/diketuk)
πŸ“ Kayu manis
πŸ“ Bunga cengkih
πŸ“ Bunga lawang
πŸ“ Buah pelaga
πŸ“ Sedikit lada sulah/lada putih (ditumbuk)
πŸ“ Sedikit garam
πŸ“ Sedikit kiub pati ayam
πŸ“ Daun sup

Cara-caranya : 
πŸ“Œ Tumiskan bawang putih + bawang merah + rempah 4 sekawan.

πŸ“Œ Masukkan air (untuk dijadikan kuah)

πŸ“Œ Masukkan carrot + jagung tongkol (biarkan lembut/didih). Masukkan sedikit lada sulah yang telah ditumbuk. 

πŸ“Œ Dah mendidih masukkan bebola ayam. Ikut suka la nak bubuh banyak mana pun ye. Pastu masukkan juga kiub pati ayam knorr.

πŸ“Œ Perasakan dengan garam. Dan masukkan sedikit daun sup.

Alaaaa, mudah je. Macam buat sup ayam tu jugak. Cuma hat ni bubuh jagung tongkol. Lada sulah. Sedap tau. Fav sangat la sup macam ni. Makan pun tak muak. Haaaa, kan dah tercipta satu resepi. So boleh la mak mak cuba. 

4 comments:

  1. Meriahnya sup ne. miza nak try lah sebab anak-anak memang suka sup

    ReplyDelete
  2. kalau macam ni makan sup saja pun kenyang la..sebab ada jagung....

    ReplyDelete
  3. dah lama x makab sup sayur. nyum2

    ReplyDelete

Sponsor

Comments