Saps Ibu Bapa Kemudahan Dalam Sistem Pendidikan Masa Kini

Thursday 9 November 2017


Assalamualaikum.. 



Hari ini saya akan bercerita sedikit mengenai SAPS Ibu Bapa. Apa itu SAPS Ibu Bapa? Sebelum tu, selalunya bila tiba musim peperiksaan ibubapa lah yang paling excited untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak kan? Untuk melihat sejauhmana prestasi pembelajaran mereka selama mereka belajar. Bila tiba masa keputusan keluar, kadang-kadang anak-anak senyap tidak mahu memberitahu keputusan mereka peroleh. Namun, dengan adanya SAPS ni, ianya dapat membantu ibu bapa untuk membuat semakan keputusan dengan cepat.




SAPS ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. SAPS telah diperkenalkan dan dibangunkan untuk mengumpul serta menganalisis Data Peperiksaan Dalaman untuk setiap sekolah di seluruh Malaysia.


Kemudahan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini telah dimanfaatkan oleh golongan ibubapa atau penjaga bagi memantau perkembangan prestasi anak-anak atau jagaan mereka melalui aplikasi ini dengan cara memuat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak mereka. Setelah diperkenalkan SAPS Ibu Bapa ini, ianya menampakkan kesan yang sangat positif. Anak-anak tidak dapat lagi berselindung dengan keputusan dengan keputusan yang mereka peroleh kerana ibu bapa terlebih dahulu telah membuat semakan dengan pantas.


SAPS NKRA Ibu Bapa dikatakan mendapat pandangan yang sangat positif dari semua pandangan ibu bapa. Ini kerana, ibu bapa tidak perlu mengambil masa yang lama untuk hadir ke sekolah semata-mata untuk mendapatkan maklumat keputusan belajar anak-anak. SAPS NKRA ini merupakan salah satu sistem penyimpanan data pelajar yang telah diasaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Ianya dibangunkan untuk membantu golongan ibu bapa pada masa kini dalam memantau setiap langkah dalam sesi pendidikan anak-anak.


Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.




Bagi ibubapa yang baru sahaja mengetahui tentang kewujudan SAPS Ibu Bapa ini, bolehlah membuat semakan serta memahami sedikit sebanyak sistem ini terlebih dahulu. Mungkin ada segelintir ibu bapa agak kesibukan dengan kerjaya, dan tidak sedar akan kewujudan sistem sistem ini. 

Dalam memastikan pendidikan anak-anak sentiasa dikawal dengan baik, ibubapa harus sentiasa menitikberatkan soal pendidikan anak-anak. Tetapi, bagaimana kita dapat memastikan anak kita terus cemerlang dalam pelajaran dan dalam masa depan mereka?

Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Ya, sebab keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi pembelajaran mereka. Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!

Mungkin dulu susah untuk dapat melihat keputusan anak-anak, sekarang ianya telah menjadi mudah dan senang serta mengambil masa yang singkat untuk mengetahui keputusan anak-anak tanpa perlu pergi ke sekolah semata-mata. Ibu bapa masa kini tidak boleh memberi pelbagai alasan demi untuk memastikan tahap pendidikan anak sentiasa dalam keadaan baik dan dikawal. 

Adalah digalakkan, ibubapa perlu 'Bookmark' laman web SAPS Ibu Bapa ini bagi membantu memudahkan urusan memantau prestasi pendidikan anak-anak melalui sistem ini. Setiap kali rekod keputusan yang diperolehi akan terus dikemaskini dalam sistem tersebut dengan kadar segera!

Semoga anak-anak berjaya dengan hasil pemantauan dari sistem SAPS Ibu Bapa ini.






4 comments

  1. bagus sistem ni..gee pun guna check result anak exam..

    ReplyDelete
  2. aah betul. mudah bila ada SAPS ni. mmg dah siap-siap bookmark dalam phone tiap kali nak semak result exam anakku. dah darjah 2 tahun ni.

    Jemput singgah baca entri terbaru saya ini

    ReplyDelete
  3. haha. lepas ni senang nak pantau result anak2.. takde chance depa nak sorok2 ye mimi

    ReplyDelete