Tawaran Hebat 11.11 | Barang Perhiasan Wanita, KBBM
& Super Brand Store
Sempena
tarikh yang indah 11.11.2020 ni, rata-rata kebanyakkan shopping Online banyak
yang membuat penawaran harga promosi yang hebat. Apatah lagi dikala waktu Covid
sebegini, shopping Online adalah jalan yang terbaik. Betul tak?
Kalau cik mimi sendiri la, memang senang shopping secara atas talian je, apatah
lagi kita pun dah biasa membuat pembelian secara atas talian ni.
Apa yang ingin cik mimi kongsikan di sini tentang PGMall. Korang biasa dengar kan?Tapi cik mimi tahu, korang mesti tak habis terjah kan apa yang ada dijual disana? Betul tak?
Macam
cik mimi, bulan lepas ada shopping di PGMall ni. Barang perhiasan tuk cik mimi
sendiri dan juga untuk zara.
Okay,
sebelum cerita lebih mendalam pasal “shopping” ni, cik mimi nak intro dulu
tentang PGMall ye.
PGMall
merupakan salah satu website yang menawarkan pelbagai perkhidmatan jual dan
beli pelbagai jenis barangan. PGMall ni boleh di ibaratkan seperti satu
shopping complex, tetapi ianya hanya berada atas talian tanpa mempunyai
bangunannya yang tersendiri.
Dan
apa yang cik mimi tahu, PGMall merupakan alah satu platform E-commerce yang
berada di Malaysia sahaja yang telah wujud pada tahun 2017 lagi. Erm, ini
bermakna telah 3 tahun platform ini wujud tanpa kita semua sedar. Ye, cik mimi
pun sebenarnya tak perasan kewujudan PGMall ni sebelum ni. Tapi cik mimi
perasan pun hujung-hujung tahun 2019 macam tu. Maklumlah, dulu cik mimi tak
pandai nak shopping online kan. Hehe
Biasa
kita dengar, shopping mall online ini hanya menjual barang keperluan rumah
sahaja kan? Biasa kita tengok, orang jual baju, handbag, kasut macam tu kan.. Tetapi
tidak di PGMall ye. Di PGMall, Jewellery pun ada ye. Mudah kan?
Menurut Iprice insight, PGMall berada di tangga ketiga teratas. Ini bermakna,
PGMall kini telah mendapat kepercayaan pada pengguna di Malaysia.
Dan
yang paling best ‘shopping’ di PGMall ni lagi, ia menerima pembayaran dari
e-wallet dan juga ‘payment gateway’.. Ini sangat-sangat memudahkan kita untuk
membuat sebarang pembelian di sana. Sungguh, memang memudahkan dari segi
pengalaman cik mimi sendiri la membuat pembelian disitu.
Sebelum
terlambat, sebab kita punyai masa 24jam lagi untuk shopping di PGMall untuk
barang kemas/barang perhiasan wanita ni, cik mimi nak share kan 1 berita
menarik ni.
Tawaran Diskaun Di PGMall JEWELLERY
Untuk
membuat pembelian Eksklusif dari 10 hingga 12 Nov 2020, korang boleh masukkan
kod-kod dibawah ni ye. Untuk mendapatkan diskaun semasa membuat pembelian
nanti.
PGJewel
-: KBBM30
Aurora
-: FPX10
Tai
fook -: KBBM30
Muzium
Emas PG -: FPX10
Kalau
korang semua nak tengok, apa sahaja barang perhiasan wanita yang ada dijual di
PGMall ni, korang boleh klik link ni ye >> https://pgmall.my/gold-jewellery-day
In Shaa Allah ada pelbagai pilihan disitu dan boleh buat rambang mata. Biasa la, wanita dan emas tidak boleh berpisah bukan? Dan ini la masanya kalau korang nak minta suami hadiahkan ke.. Betul tak?
Kempen Membeli Barangan Malaysia
Selain
dari barang perhiasan wanita, ibu-ibu atau golongan para isteri ni selalunya
akan membuat list untuk membeli barangan keperluan di rumah untuk kegunaan
seisi keluarga kan?
Bermula dari bulan Julai yang lalu sehingga bulan Disember ini, PGMall ada menawarkan jualan barangan tempatan. Contohnya Beli produk keperluan rumah, barangan runcit, barangan Kanak-kanak dan Bayi, barangan penjagaan Kesihatan & Kecantikan, Automotif & Sukan, Peralatan Elektronik, Fesyen dan sebagainya.
Mereka
juga mempunyai slogan yang tersendiri iaitu Sokong tempatan dengan #BarangBaikBarangkita
Dekat
mana korang boleh tengok barang-barang ini? Korang just klik link ini okey
>> https://pgmall.my/proudly-local-campaign
Antara kedai
yang terpilih dan terlibat untuk KBBM ialah :-
•
Dr.Irma
Skincare | https://pgmall.my/DR.-IRMA-SKINCARE
•
Foodzyla | https://pgmall.my/Foodzyla-Shop-1
•
Herbal | https://pgmall.my/Herbal
•
Pagoda | https://pgmall.my/PAGODA-1
•
SIN
SING COFFEE OFFICIAL STORE | https://pgmall.my/SIN-SING-COFFEE-OFFICIAL-STORE-1
•
Prowell | https://pgmall.my/Prowell-1
•
Sin Teo Hiang
Biscuits Sdn Bhd | https://pgmall.my/Sin-Teo-Hiang-Biscuits-Sdn-Bhd-1
•
Sin Lian Seng
& Sons Sdn Bhd| https://pgmall.my/seller.../Sin-Lian-Seng-amp;-Sons-Sdn-Bhd
•
Sabahborneo123 | https://pgmall.my/Sabahborneo123-1
•
NFA Mismis | https://pgmall.my/NFA-MISMIS
Okay,
selain dari tu, kalau korang semua tak pasti, kedai mana yang terpilih untuk
jualan Super Brand Store pula, korang boleh tengok link yang cik
mimi sediakan dibawah ni ye. Bolehlah shopping puas-puas di situ okeh.
1.
P&G
Official Store | https://pgmall.my/P-and-G-Official-Store
2.
BRAND'S
SUNTORY (M) SDN BHD | https://pgmall.my/BRANDS-SUNTORY-(M)-SDN-BHD
3.
REVLON Official
Store | https://pgmall.my/REVLON-Official-Store-1
4.
Crocs | https://pgmall.my/CROCS-1
5.
Nestlé Online
Store | https://pgmall.my/Nestl%C3%A9-Online-Store-1
6.
Julie's | https://pgmall.my/Julies
7.
Focus
Point | https://pgmall.my/Focus-Point-1
8.
GINTELL (M) SDN
BHD | https://pgmall.my/GINTELL-(M)-SDN-BHD-1
9.
Skechers
Malaysia| https://pgmall.my/Skechers-Malaysia
10.
vivo Malaysia |
https://pgmall.my/vivo-Malaysia-1
11.
HURIX'S| https://pgmall.my/HURIXS-1
12.
G2000 Malaysia
Official Store | https://pgmall.my/G2000-Malaysia-Official-Store-1
So,
apa lagi? Sambil sambal korang main fon tu, cepat-cepat buka website PGMall dan
cari barang yang korang inginkan, masukkan dalam “troli” okey. Orang kata
inilah masa yang sesuai nak shopping. Sementara ada tawaran promosi yang hebat.
Dan
jangan lupa okeh, cuci mata sikit tengok blink-blink kilauan emas yang ada.
Maklumlah, makin lama, makin naik harga Emas kan? Rugi kalau kita tak kumpul
sikit sikit waktu ni. Biar pun sekecil-kecilnya..
Untuk
dapatkan maklumat lanjut mengenai PGMall, sila layari :-
Website :
www.pgmall.my
Facebook:
www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/
Telegram
: https://t.me/pgmallofficial001
Hashtags:
#PGMall
#onlineshopping
#shopping
#MalaysiaNo1ecommerceplatform
#ecommerceplatform
#Shopnow
#Shoponline
#ByMalaysiansToMalaysians
#BarangBaikBarangKita
#1111sales
#superbrandstore
#Stayathome
Jangan Ingat Wanita Nak Hamil Saja Perlu Makan Asid Folik, Yang BELUM KAHWIN Pun Kena Ambil!
Tahukah anda, asid folik bukan hanya diambil ketika hamil, tetapi vitamin ini juga perlu diamalkan oleh wanita yang belum dan tidak mengandung.
Asid folik ialah sejenis Vitamin B yang penting untuk tumbesaran bayi ketika mengandung.
Bayi memerlukan asid folik bagi tujuan tumbesaran. Pengambilan asid folik juga boleh mengelakkan bayi daripada mengalami kecacatan pada otak dan juga tulang belakang (kecacatan tiub neural).
Jika anda pernah mengandung, maka anda pasti sudah tidak asing lagi dengan asid folik.
Namun, tahukah anda bahawa pengambilan asid folik tidak terhad kepada wanita mengandung sahaja? Malah, lelaki juga perlukan asid folik!
Bagi wanita mengandung, pengambilan asid folik adalah penting untuk kedua-dua ibu dan juga bayi dalam kandungan. Wanita yang ingin mengandung perlu ambil asid folik sebanyak 400 mg selama sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan.
Saya belum mengandung, perlukah saya ambil asid folik?
Sebenarnya, semua wanita disarankan mengambil asid folik walaupun tidak bercadang untuk mengandung dalam masa terdekat!
Kesedaran dalam pengambilan asid folik bagi kalangan wanita muda masih lagi rendah. Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Korea terhadap wanita berusia 19 – 45 tahun, 7 daripada 10 wanita tahu dan pernah dengar mengenai asid folik.
Namun, hanya 2 orang sahaja yang faham tentang fungsi sebenar asid folik untuk melawan kecacatan janin semasa mengandung.
Walaupun mereka faham tentang kebaikan asid folik, hanya 1 dari 10 wanita sahaja yang benar-benar mengamalkan pemakanan suplemen asid folik secara konsisten.
Wanita yang berumur 19 – 24 tahun yang belum berkahwin juga mempunyai kesedaran yang lebih rendah mengenai asid folik. Golongan ini jarang mengambil supplemen asid folik, mungkin kerana kurang kesedaran terhadap kepentingan vitamin ini.
Selain itu, pengambilan asid folik juga terbukti untuk mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan juga sebahagian jenis kanser.
Bila saya perlu ambil asid folik?
Wanita perlu mengambil suplemen asid folik atau makan makanan yang kaya dengan asid folik bermula dari sekarang hinggalah 12 minggu pertama kehamilan.
CDC juga menggalakkan wanita untuk mengambil asid folik sebelum dan semasa kehamilan supaya kecacatan pada otak dan tulang belakang bayi dapat dielakkan.
Dos yang disarankan ialah sebanyak 400 mg kepada semua wanita yang boleh mengandung.
Sebanyak 40% daripada kehamilan di seluruh dunia adalah tidak dirancang. Oleh itu, pengambilan awal asid folik akan membantu para ibu untuk mencapai tahap folat yang mencukupi untuk tumbesaran bayi.
Tambah lagi, kecacatan tulang belakang dan otak bayi boleh berlaku seawal 3 – 4 minggu kehamilan iaitu sebelum kebanyakan wanita tahu bahawa dia sedang mengandung.
Sebab itulah penting untuk wanita mengambil asid folik walaupun masih belum mengandung!
Jika anda tidak pernah mengambil asid folik sebelum hamil, maka anda disarankan untuk segera makan suplemen ini setelah anda tahu anda hamil.
Dos untuk wanita hamil ialah sebanyak 500 – 600 mg, mengikut situasi dan juga keadaan ibu ketika mengandung.
Walau bagaimanapun, kami sarankan untuk para ibu mengandung mendapatkan konsultasi daripada doktor kerana keperluan setiap ibu mungkin berbeza-beza mengikut situasi.
Bagaimana saya boleh dapatkan amaun asid folik yang mencukupi?
Ada 3 cara untuk anda mendapatkan asid folik yang mencukupi bagi keperluan tubuh badan anda:
- Makan makanan yang kaya dengan asid folik
- Makanan seperti sayur-sayuran yang berdaun gelap (sawi dan bayam)
- Brokoli, kubis, kubis bunga, asparagus
- Buah-buahan seperti buah oren, nanas, pisang dan betik
- Ambil suplemen yang mengandungi 400 mg asid folik
- Makan makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti nasi, pasta ataupun roti yang diperkaya dengan asid folik
Jika anda sedang mengandung, adalah agak mustahil untuk anda mendapatkan asid folik yang mencukupi hanya daripada diet anda.
Oleh itu, anda haruslah mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan asid folik anda setiap hari.
Kesimpulan
Pengambilan asid folik adalah penting bagi semua wanita. Walaupun anda belum mengandung atau tidak berkahwin, asid folik ada banyak kebaikan lain seperti mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser.
Selain itu, pengambilan asid folik ketika mengandung juga dapat mempengaruhi kecerdasan anak. Jika diambil secara konsisten sewaktu mengandung, asid folik mampu meningkatkan keupayaan anak menguasai bahasa.
Pengambilan asid folik secara berkala juga dapat meningkatkan kesuburan wanita.
Penting untuk wanita zaman sekarang faham akan kepentingan mengambil asid folik pada usia muda. Oleh itu, kesedaran perlulah dipupuk seawal usia remaja lagi.
Jangan tunggu sehingga anda mengandung baru mahu mengambil suplemen asid folik. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan ya!
Sumber : https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/kesihatan-wanita/belum-mengandung-asid-folik/
Berakhirnya Persekolahan Tahun 2020 Dalam Kesebakkan..
Assalamualaikum, selamat pagi readers..
Bila semalam cikgu Pra zara share kan cuti sekolah berakhir terus untuk tahun ni, cik mimi pulak rasa sebak. Macam tak percaya sekolah dah mulai ditutup.
Zara last jumpa kawan kawan Pra dia semalam.
Mama dia rasa sebak sebab banyak kelebihan dia masuk Pra. Sungguh. Ni bukan kes mama dia dekat rumah lepas tangan. Tapi bila di sekolah, dia mudah ingat apa yang "Cikgu Nik" dia ajarkan.
Tak semua orang paham bila mak mak ni rasa sedih anak habis sekolah macam tu je. Ada orang komen dekat komen cik mimi dalam 1 post orang lain ni.
"Katanya ajar je la anak tu dirumah. Bukan susah pun"
Ada lagi komen lain, katanya "mak mak ni kena la ajar anak dari rumah dulu. Baru la anak mudah ingat"
Dipendekkan macam tu la komennya. Tapi cik mimi rasa mak mak tu jenis tak paham hati dan perasaan orang.
Kita risaukan anak tu, sebab dia banyak tertinggal dalam pelajaran. Nak pulak tahun depan bakal masuk darjah 1. Mama dia boleh ajar. Tapi setakat belajar cara kita tanpa ada modul pembelajaran. Lain la kalau mama dia ni cikgu. Memang ada modul pembelajaran tuk anak anak.
Ada je mama dia ni minta ddy dorang save dan print mana mana kerja yang mudah tuk zara buat. Tapi serius cakap. Masa PKP haritu, cik mimi ajar zara. Tapi kita kekok nak mengajar dia dalam sebutan fonik. Kena cari di YouTube dulu.
Dia cakap cikgu nik sebut lain. Kenapa mama lain?
So, nak cakap mama dia tak ajar dekat rumah ke? Cuma cik mimi nak zara ni rasai Belajar dengan kawan kawan tu dengan penuh semangat. Memang nampak bila dengan kawan tu dia belajar cepat ingat.
Akhirnya persekolahan mamanya dulu ada juga buat jamuan macam tu. Sekali zara ni, berakhir PRA macam tu je. Takde kenangan bergambar dengan cikgu kelas dia.
Apa apa pun, cik mimi dah plan juga nak beli white board tuk Zara belajar ni. Cik mimi memang hari hari sibuk dengan tugas yang ada. Tak bererti zara ni cik mimi tak tunjuk ajar. Sometimes sambil pintal eskrim pun cik mimi ajar dia baca iqra ye.
Sungguh, tahun 2020 penuh dengan 1001 dugaan hidup. 🥺🥺
Moga tahun 2021 beri 1001 kemanisan hidup baru. Aamiin..
Harini cik mimi rasa nak share kisah ni dekat blog. Moga tersimpan rapi kenangan yang menakutkan ni.
Semalam kami dari Mersing gerak ke Felda Tenggaroh. Anak buah di tempat kerja ddy dorang ni ada jemput ke rumah family in law dia. Buat majlis Aqiqah.
Dah ddy nya ajak, kita ni ikut je la kan.
Nak kata dekat, erm.. jauh juga la. 30-45min kut kalau dari Mersing. Tak perasan pulak.
Masa pergi tu pun ada jugak dugaan kecil. Kami tak arif bab jalan belah sana. Dah pakai Google Maps. Tapi macam kawasan situ tak update kut dekat Maps. Maps stop macam tu je.
Takpe la, kami ni call juga la orangnya. Pastu tanya tanya orang. Sampai juga ke rumah orangnya.
Cerita masa balik pulak.
Dekat satu selekoh ni, ddy dorang tak berapa slow mana. Tiba tiba kereta hilang kawalan. Allahuakbar.
Kereta kami terpusing 180 darjah rasanya. Dari duduk lorong nak menuju ke Mersing ni, kereta masuk lorong sebelah dah mengadap jalan nak ke Kota Tinggi balik.
Allah. Dah macam buat driff.
Allahuakbar..
Allah panjangkan usia kami semua.
Masa kereta hilang kawalan tu, cik mimi dah tawakal kalau kena hentam dari belakang oleh kereta arah sebelah tu. Sampai terpikir akan masuk longkang dah.
Memang tak tahu macam mana ddy diorang kawal kereta masa tu.
Yang cik mimi perasan kereta exora putih sempat laju. So kami tak hentam la belakang dia. Dan kereta belakang tu macam alza warna hitam. Dia sempat berhenti
Allahu Akbar.. 🥺🥺🥺
Takutnya jangan kata. Anak anak takde apa. Dorang sikit pun takde rasa takut. Tapi mama ni yang real tengok kereta berpusing, takutnya tu tak tahu nak kata. Mau fobia jugak ni.
Ni kali kedua peringatan kat kami. Dulu pernah juga dekat selekoh tu. Kereta macam hilang kawalan. Jalan memang lembab semalam. Lepas hujan renyai.
Tapi tu la. Cik mimi selalu cakap "slow, slow, slow!" . Macam tak diendahkan je.
Now Allah bagi peringatan sangat sangat.
Elok la PKPB buat cik mimi. Duduk je la umah. Takyah kuar mana mana. Takut tak habis lagi. Mungkin sendiri drive takpe. Tapi kalau naik dengan orang, mesti trauma. 🥺🥺
Allah..
Bagaikan dapat nyawa ketiga je cik mimi rasa lepas kejadian Operation tahun lepas.
Malaysia, sebuah negara yang sering menjadi destinasi tarikan pelancong untuk pelbagai aspek. Antaranya pemandangan yang menarik, budaya yang pelbagai, peramah dan tak lupa juga syurga makanan yang boleh menambat selera sesiapa saja termasuk pelancong dari luar.
Banyaknya makanan di Malaysia ini boleh membuatkan sesiapa saja berasa sukar untuk menentukan untuk makan apa. Tapi, hakikatnya boleh saja tentukan tempat makan di mana dan mahu makan apa, sesuai dengan sesuatu lokasi tempat di mana sedang berada. Soal harganya pula, rata-rata makanan di Malaysia ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan sekali.
Antara menu utama yang sudah berjaya mendapat carta teratas dikalangan warga Malaysia adalah :
#1 - Nasi Lemak
Nasi Lemak yang dimasak dengan santan berserta aroma haruman daun pandan untuk wangian, benar-benar boleh membuka selera. Makin sedap bila nasi lemak ini disajikan dengan sambal tumis pedas, telur rebus, kepingan timun dan ayam goreng atau rendang.
Sebilangan kacang dan ikan bilis goreng yang ditaburkan di bahagian atas turut memberikan tekstur yang lebih
best ketika makan. Nasi Lemak sememangnya sudah terkenal di Malaysia dan
sering dianggap sebagai hidangan kebangsaan disebabkan sejarahnya yang sudah lama ada di Malaysia.
#2 - Roti Canai
Roti canai adalah sejenis roti India yang lembut seperti penkek. Roti canai ini orang biasanya makan dengan kari dan harganya jarang sangat terlalu mahal. Ada banyak tempat hanya jual dalam RM1 dan di bawah RM2 untuk setiap keping.
Terdapat pelbagai jenis roti canai mengikut selera masing-masing. Antaranya roti canai bom, roti canai tisu, roti canai telur, roti canai sardin dan bermacam lagi.
#3 - Roti Titab
Jika suka makan roti ala toast, harus cuba roti titab yang menggabungkan roti bakar,
telur mata dan juga kaya. Tiga bahan utama yang digabungkan ini memang
ternyata sedap dan nikmat saat sedang di makan. Untuk membuatkannya lebih sedap,
anda boleh meletakkan kicap dan lada sulah (lada putih) sebagai bahan untuk
melengkapkan rasa.
Roti titab mungkin sebuah menu yang cukup ringkas, akan tetapi ia merupakan menu
yang cukup terkenal di Kelantan. Harga untuk set roti titab ini juga tidaklah semahal mana
dan jika roti canai sering dijual di kedai ala mamak, roti titab ini pula sering dijual di
kedai kopitiam. Ada juga kedai yang turut menjualnya serentak di bawah satu bumbung.
#4 - Teh Tarik
Seiring dengan roti canai dan roti titab adalah teh tarik. Jika roti canai dan roti titab merangkumi kategori makanan, teh tarik ini pula merangkumi minuman yang tak patut dilepaskan. Gabungan teh tarik dengan roti canai dan roti titab merupakan satu hidangan yang sesuai. Lagi-lagi jika dinikmati saat masih panas.
Teh Tarik adalah salah satu minuman sinonim di Malaysia dan teh tarik ini dibuat daripada
serbuk teh yang dicampurkan dengan susu pekat manis. Kemudian ia di tuang dari
bekas A ke bekas B secara berulang kali sehingga mengeluarkan buih. Proses ini
dipanggil sebagai ‘tarik’ dan secara tak langsung membuatkannya berasa makin sedap!
Harganya pula kurang dari RM 3 ($ 0.70) untuk segelas. Air teh tarik sangat terkenal
di Malaysia malah sekarang ini, telah terdapat air teh tarik yang ditinkan.
#5 - Satay
Satay merupakan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan kemudiannya
dibakar hingga garing dan berjus. Di Malaysia, satay dihidangkan bersama dengan
kuah kacang, timun, bawang dan nasi himpit.
Satay ini ada pelbagai jenis mengikut daging yang digunakan seperti ayam, daging lembu,
kambing, arnab, rusa dan pelbagai jenis lagi. Makin best, ianya dibakar menggunakan
kayu arang yang secara tak langsung telah berjaya memberikan rasa dan aroma yang
lebih baik pada satay tersebut.
#6 - Nasi Kerabu
Nasi Kerabu asli Kelantan sudah lama terkenal di kawasan sekitar Pantai Timur dan menu
nasi kerabu ini turut ada di jual di negeri yang lain. Selalunya nasi kerabu ini berwarna
biru kerana di masak menggunakan bunga telang.
Nasi kerabu yang paling sedap sudah semestinya nasi kerabu asli Kelantan yang rata-ratanya
menyajikan nasi kerabu biru ini dengan lauk ayam atau daging bakar, ulam-ulaman dan
tak lupa juga budu serta kuah tumis yang diperbuat dari santan. Kuah tumis ini
membuatkan nasi kerabu tersebut lebih terasa berlemak dan pedas manis saat menikmatinya.
Harga nasi kerabu di Kelantan masih berada dalam anggaran bawah daripada RM7 dan
untuk nasi kerabu basa (tanpa daging) berharga hanya RM3.50
#7 - Nasi Kandar
Sekiranya anda mahukan pengalaman makanan tempatan di Malaysia, kunjungilah salah
satu restoran mamak India bagi mencuba sepiring nasi putih bersama dengan lauk
yang disebut sebagai nasi kandar. Nasi kandar ini sering dikaitkan dengan negeri Pulau Pinang.
Bila sudah order, jangan terkejut kerana yang tiba adalah nasi putih bersama lauk pilihan
seperti ayam, daging kambing, udang, telur dan sayur-sayuran dengan limpahan kuah
kari yang pelbagai rasa dicampur menjadi satu dalam pinggan yang sama. Ianya dipanggil
sebagai nasi kandar dan sekali makan boleh kenyang sampai tersandar disebabkan saiz
makanannya yang agak besar.
Nak Makan Apa? Di Mana? Berapa Harga? Boleh Order Online Dengan Semua Info Menerusi Foodpanda!
Sekarang ni semua orang tak berani nak keluar rumah kan? Tapi bila soal makan kalau
boleh memang nak makan yang sedap sedap belaka. Sebagai contoh makanan sedap
yang mesti kena cuba di Malaysia ni. Itu baru sikit, belum lagi tunjuk contoh menu
makanan yang lain.
Kita bernasib baik kerana ada servis online food delivery yang boleh kita gunakan
pada bila-bila masa dan di mana jua. Nak apa, order online dan pihak Foodpanda boleh
hantar untuk kita nikmatinya bersama keluarga di rumah.
Dengan adanya servis penghantaran Foodpanda ini, proses kuarantin di rumah juga
menjadi lebih senang. Buktinya, jika terasa ingin makan sesuatu, boleh search di website
Foodpanda kemudian buat order dan tunggu team Foodpanda hantar sehingga ke depan pintu.
Penghantaran Foodpanda turut ada social distanding yang membolehkan kita mengambil
makanan dalam jarak yang sepatutnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons