Assalamualaikum..
hai semua..
hari ahad lepas mak singgah ke gemas ni. mak bawa sekali ubi keledek. sebab sebelum sebelum tu mak ada msg kata buat kuih keria. Allah, sedapnya la hai.. teringat kuih yang mak buat. kalau teringin sangat pun, bila beli rasa macam tak puas makan. pastu rasa pun ntah hape-hape je kadang tu.
so hari rabu kerjakan ubi keledek tu. kang dibiar lama-lama risau masuk angin pula,kan? kebetulan suami pun cuti. so apa lagi.. jalankan misi la. hehehehe.. kiranya ni percubaan pertama la ye.

Assalamualaikum.. hai semua..
Mengidam lepas bersalin. [part 1]
tengok tajuk bukan kemain kan?? tapi itulah yang terjadi sekarang ni. Allah.. nafsu makannnnnnn.. bukan kemain nak itu, nak ini. dah kenapa laaaaa dengan tekak ni kan. haha..
dek kerana terpengaruh dengan iklan, beli la burger ni. serius, tak berapa nak kena dengan tekak. macam tak best je. lepas ni xmo beli dah la.. hehe.. lagipun terasa pedas-pedas sikit. bila saya makan 2x zahra membuang.kesian zahra. padahal merasa sikit je pun.

Assalamualaikum.
Hai semua..
Hari
ahad baru ni mak, abah adik-adik singgah ke rumah ni. Allah, rindunya pada
mereka. Padahal baru 3minggu saya balik sini. Bila dengar mak nak ke PD,
berharap sangat mak dapat singgah sini even sekejap.
Alhamdulillah,
bila dengar mak jadi singgah, of course la happy kan. Terus rasa semangat je
perasaan ni. Semuanya pun rindukan Zahra kan? Nak-nak my mum. 2bulan setengah
lebih kurang Zahra membesar kat ipoh, tentulah mak rindu cucu pertama dia ni.
Meriahnya
la hai rumah sekejap. Even sehari je mereka datang, cukup buat saya seronok. Dapat
lepas rindu. Paling best dapat masakkan untuk mereka walaupun masakan saya
tunggang langgang. Haha!
*Opah cium siap tertinggal lipstik kat pipi zahra* hihi
Assalamualaikum..
hai semua..
Sebelum
ni saya tak pernah pun beli barangan secara online di ZALORA. Buat pertama kalinya saya membeli di website berkenaan,
sangat sangat berpuashati. Sebenarnya dengan lebih tepat saya bukanlah shopping
dengan mengeluarkan duit pun. Tapi saya tebus voucher RM50 yang pernah diberikan dahulu.
Alhamdulillah.
Barang sampai dengan cepat menggunakan perkhidmatan Gdex. Disebabkan saya
menggunakan alamat di Ipoh, jadi lambat sikit la saya terima barang tu kembali.
Alhamdulillah, mak datang ke rumah dan bawa sekali barang saya ni.
Sebenarnya
beg yang saya survey adalah sangat sangat banyak yang menarik. Harga juga
berpatutan. Rambang mata nak pilih. Saya berkenan sangat dengan 2 beg. Tapi disebabkan
nak tebus voucher dulu, jadi saya pilih beg yang ni.
Assalamualaikum..
hai semua..
Harini
kita share resepi pulok ye. Bajet macam la pakar sangatttttt bab masak nak
share-share resepi ni kan. Kahkahkah. Daripada share gambar je, adalah lebih
afdal kita share resepinya sekalikan? Betul tak?
Alaaaa,
kali ni share masakan simple je. Sayur Campur. Ehhhh, kalau kita tak share
resepi, ada juga orang yang tercari-cari resepi semudah ni juga kan? Betul tak?
Ok la, back to the title, kihkihkih, marilah kita teruskan meng-share resepi ni
ye..
Assalamualaikum..
hai semua..
Ni
kawan Zahra. Nama dia Nur Jannah Aqilah. Ehhhh, kenapa baju Zahra dan aqilah
sama??? Oohhh yaa.. baju yang Zahra pakai ni mama aqilah bagi. Alhamdulillah..
moga murah rezeki mama aqilah bagi Zahra baju.
insyaAllah
nanti ada rezeki mama Zahra beli kan tuk aqilah ye. Cari corak sama juga. Kata
geng.. hihihi..
actually
aqilah tua 2 bulan dari Zahra. Sekarang aqilah nak masuk 5bulan. Zahra baru
masuk 3bulan.
Saya
selalu bertukar cerita dengan mama aqilah. Selalunya pasal anak la. Kelakar je
rasa, bila whatapps mesti pasal anak. Dasar mak mak sangat sekarang ni.
hihihi.. Pastu papa aqilah ni tentera juga tau. Sama macam daddy Zahra juga..
So, ni geng anak tentera la ni. hehe..
Assalamualaikum..
hai semua..
Sejak
ada Zahra, buat apa pun mesti untuk dia. Seronok bila ada anak kecik ni
walaupun kehidupan kadang kala lintang pukang. Hehehe.. kali ni share almari
baju Zahra. Zahra takde pun almari khas. Macam anak kecik orang lain tu. Cukup
la dapat 1 ruang kecil pun jadi la.
Macam
kat umah kauters ni, setiap bilik dah tersedia almari. So selamat la takyah nak
kuar duit beli almari baju sendiri. Tapiiiiiiiiiii.. setiap almari dah penuh.
Padahal baru 3 orang dalam umah ni. haaaaa, camne tu..
Actually
banyak barang daddy Zahra. Jadi simpan la semuanya dalam almari. Kalau baju tu
jangan cite la. Kalah baju kita ni tau. Hehee.. nak nak baju loreng. Kan tebal.
Kalau dilipat tu makan ruang.
Assalamualaikum..
hai semua..
Alhamdulillah,
semalam Zahra genap 3bulan secara rasmi mengikut tarikh lahir dia. Kalau ikut
kiraan hari, Zahra dah 92hari semalam. Alhamdulillah.. settle juga semalam
urusan kesihatan zahra. Semalam main terjah ke HTD tuk checkup dia. Kalau ikut
rekod dia, 24hb baru checkup. Tu tarikh yang kkia yang di ipoh bagi.
Tapi
disebabkan kat HTD ni checkup baby hari rabu & khamis, baik pergi je. Minta
daddy Zahra hantarkan. Sebabnya kalau saya nak drive sendiri payah. Takde siapa
nak pegangkan Zahra. Nak nak zahra bukannya mau duk diam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons