Monday, 22 December 2014

Shopping Pertama Di ZALORA



Assalamualaikum.. hai semua..

Sebelum ni saya tak pernah pun beli barangan secara online di ZALORA. Buat pertama kalinya saya membeli di website berkenaan, sangat sangat berpuashati. Sebenarnya dengan lebih tepat saya bukanlah shopping dengan mengeluarkan duit pun. Tapi saya tebus voucher RM50 yang pernah diberikan dahulu.

Alhamdulillah. Barang sampai dengan cepat menggunakan perkhidmatan Gdex. Disebabkan saya menggunakan alamat di Ipoh, jadi lambat sikit la saya terima barang tu kembali. Alhamdulillah, mak datang ke rumah dan bawa sekali barang saya ni.

Sebenarnya beg yang saya survey adalah sangat sangat banyak yang menarik. Harga juga berpatutan. Rambang mata nak pilih. Saya berkenan sangat dengan 2 beg. Tapi disebabkan nak tebus voucher dulu, jadi saya pilih beg yang ni.



Kenapa saya pilih beg yang ni? Memikirkan saya sekarang ni mempunyai anak kecil, jadi bagi saya bagpack seperti ini lebih sesuai daripada membawa handbag. Kerana keperluan barang anak adalah sangat penting untuk dibawa bersama bila keluar berjalan. Malahan barang anak sebenarnya lebih banyak dari barang ibu.

Berkenaan dengan harga dan jenama, beg yang saya pilih ini brand Jaxon. Harganya semua mampu milik. Hanya Rm45 sahaja. Disebabkan memerlukan wang penghantaran, hanya Rm5 sahaja sebagai tambahan. Jadinya Rm50 bayaran keseluruhan, saya tidak mengeluarkan sebarang bayran pun. Ini kerana nilai voucer tersebut Rm50.

Dari jenis material, kain beg ni sememangnya jenis kain yang tahan dan tebal. Ianya bukanlah jenis plastic. So, usah ragu ragu ye. 



Pembelian Rm75 dan ke atas di ZALORA tidak memerlukan bayaran tambahan untuk pos. so, enjoy la ye shopping di ZALORA. Saya sudah.. Anda bila lagi.. :p





Pssstt : Ni bukan entry berbayar ye. Tapi hasil perkongsiaan saya shopping barang di ZALORA.


13 comments:

  1. Yup dengar jugak Zalora antara tempat shopping online yang terbaik..ntah bila nak shopping di Zalora pun tak tau..

    ReplyDelete
  2. Best kan shopping kat Zalora. Kita pum first time shopping kat sini, memang puas hati sangat :)

    Jemput singgah : Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak!

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak ber-shopping di Zalora... hu hu hu

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi shoping dekat zalora

    ReplyDelete
  5. dh prnh tebus voucher kat zalora.. mmg puas hati..
    =)

    ReplyDelete
  6. Cantik....pink gtu...cii mah pun ngah mencari beg juga...bilalah nk beli ni..

    ReplyDelete
  7. last mamamyja shopping kasut jer kat zalora. tapi memang puas hati. hehe

    ReplyDelete
  8. dh sekali je masa dpt voucher hari tu.ambil kasut

    ReplyDelete
  9. Akak tiap bulan beli jubah dah dress kat zalora..hihi..cantik beg tu dik

    ReplyDelete
  10. cuci mata je kt zalora... kalau xde voucher taknak membeli.. dah makin mahal rasa kt zalora tu...

    ReplyDelete
  11. Xpernah lg membeli kat zalora.. Ntah, X berminat lg rasanya..

    ReplyDelete
  12. Xpenah lg mmbeli dgn zalora..

    ReplyDelete

Sponsor

Comments