Melepas Rindu.

Tuesday 23 December 2014

Assalamualaikum. Hai semua..

Hari ahad baru ni mak, abah adik-adik singgah ke rumah ni. Allah, rindunya pada mereka. Padahal baru 3minggu saya balik sini. Bila dengar mak nak ke PD, berharap sangat mak dapat singgah sini even sekejap.

Alhamdulillah, bila dengar mak jadi singgah, of course la happy kan. Terus rasa semangat je perasaan ni. Semuanya pun rindukan Zahra kan? Nak-nak my mum. 2bulan setengah lebih kurang Zahra membesar kat ipoh, tentulah mak rindu cucu pertama dia ni.

Meriahnya la hai rumah sekejap. Even sehari je mereka datang, cukup buat saya seronok. Dapat lepas rindu. Paling best dapat masakkan untuk mereka walaupun masakan saya tunggang langgang. Haha!

*Opah cium siap tertinggal lipstik kat pipi zahra* hihi


Zahra pula 1 hari tu tak senang duduk. Minta dilayan je. Agaknya resah semua dah dok ingat kat dia je kan. Nasib la daddy dia ada. Boleh juga cover-cover jagakan Zahra sekejap.
Dengan tak mau tido siangnya. Sabar je la.

Dalam kalut kalut tu, sempat juga la gorengkan bihun, masakkan nasi, lauk ayam merah, kubis goreng, gorengkan keropok. Pagi isnin pula sempat gorengkan mee.. fuhhhhh, tetiba boleh jadi superwomen. Kahkahkah sangattttt…. Eehhhh, kita masak dengan penuhhhhh kasih sayang tahu.. licin semuanya.. hihihi

Malam hari ahad tu Zahra pun tido lena. Barangkali kepenatan. Dah tu siang taknak tido. Lega mama nak. Dapat rehat sikit. Malam pun takde nak ngempeng sepanjang masa. Thank u Zahra sayang.. muaaaaahhh kat dia. :p

Harap-harap lepas ni dapat berkumpul lagi ramai-ramai macam tu. Seronok.. Mekasih juga kat nana sebab sudi layan akan sembang sembang.. ;-)


10 comments

  1. bila berjauhan dgn family ni mmg terasa sgt kan! rindu makin bertambah2.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mimie, comelnya zahra. ye, family datang ziarah. rasa best kan..

    ReplyDelete
  3. sekejap je kan dh balik gemas 3 minggu
    zahra paham tu..

    ReplyDelete
  4. Biasanya kalo tahu parents nk dtg umah, semangat jadi tinggi that's why boleh masak macam2 :)

    ReplyDelete
  5. Seronok bila berkumpul ramai² kan..

    ReplyDelete
  6. sma2 akk nana pun seronok dapat sembang gan akk . :) dpt lepaskn rindu kat si kecil hihi

    ReplyDelete
  7. Zahra makin bam bam da..hihi

    ReplyDelete
  8. family dtg memg seronokkan

    ReplyDelete