Assalamualaikum..
Salam
4 ramadhan.. kejap je dah 4 hari kita berpuasakan.. moga sentiasa diberi
kekuatan oleh Allah untuk berpuasa.. baby pun kena la memahami sama ye sayang..
Alhamdulillah..
pejam celik, pejam celik dah 8bulan hidup bersama en.suami.. macam tak caya je
secepat tu masa berlalu..
Syukur
atas nikmatnya juga, dalam 8bulan kehidupan ni Allah beri rahmat yang sangat
besar buat kami berdua..
Tak
sabar nak tunggu baby lahir.. sebagai peneman kami, sebagai pelengkap kehidupan
kami.. insyaAllah..
Assalamualaikum..
Hai
semua.. salam 3ramadhan.. kejap je dah 3hari kita berpuasakan? Syukur Alhamdulillah..
Saya setakat ni dapat berpuasa 3hari ni penuh. Risau juga nak berpuasa ni. Bukan
niat nak mengelak dari berpuasa tau. Cuma risau sebab berpuasa dalam keadaan
pregnant kan. Nak-nak first time pula tu.
Harini
ada lagi checkup. Saya checkup 2minggu sekali. Orang lain sebulan sekali je,
saya sebulan 2kali. Tapi dalam bulan 7 ni berkemungkinan 3kali. Tengok nurse
dah tulis tarikh siap-siap. Nak buat macam mana. Nurse sayanggggggggg kita
lebih. Haha..
Tadi
timbang tengok berat tak naik banyak pun. Haritu 48kg.. harini 48.5kg je.. tak
tahu la sebab puasa ke apa. Saya ni kalau bulan puasa memang akan kurang makan.
Tak lalu nak makan sangat. Kalau berbuka pun memang susah nak sentuh nasi. Harap
makan sahur je la..
Bab
HB macam biasa la.. still rendah. Haritu 9.5, tadi 10.0. ok la naik sikit. Lepas
ni kena usaha naikkan lagi.. kena makan ikan bilis banyak-banyak. Kerang saya
dah lama tak sentuh. Tak lalu. Bayam pun kadang-kadang je. Bila nurse tanya
memang la cakap makan, tapi hakikatnya??? Hukhuk.. start duduk sendiri ni
selera makan kurang.. tak lalu nak makan yang sendiri masak..
Kalau
nak berselera makan kena orang lain masak.. boleh camtu?? Kadang makan kat
kedai pun bukan lalu sangat.. sabar je la.. macam-macam peel sekarang ni..
tekanan darah macam biasa la.. saya pun pelik. Tiap kali check sama je. 90/60..
ntah bila nak ada perubahan.. ke alat tu ada problem?? Haha
Masalah
lain sekarang ni kalau sejuk sikit bangun pagi mula la kena ‘simpul mengkarung’..
tapi simpul mengkarung ni saya memang selalu kena pun.. start dari sekolah
rendah lagi..bak kata nurse time pregnant memang akan selalu kena. Sebab badan
kita kurang kalsium. Lepas ni kena makan kalsium la pula.. so nak elak dari kena, saya cuba tido pakai stokin..
Macam-macam
peel sekarang ni.. sabar je la nak hadapi.. kena kuat tempuh semua ni.. kalau
tak silap saya dalam bulan ni kena minum air gula lagi sekali.. adeh.. macam
mana nak elak dari kena minum eh???
Assalamualaikum..
Salam
isnin.. salam 2 ramadhan buat semua..
Cerita
hari jumaat lepas. En.suami ambik cuti. Kebetulan ada hal penting pun nak
diselesaikan di Melaka. Jadi dah settle hal tu, makanya jom kita shopping
barang baby.. J
Setakat
ni beli ikut dalam list. Tapi banyak lagi yang tak cari lagi. Beli mana yang
penting-penting dulu. Macam blur juga nak cari barang baby ni. hehe..
maklumlah, first time kan. Pening juga nak beli baju baby ni.
En.suami
kata ambik je yang newborn. So beli saiz newborn. Tapi ada juga ambik yang saiz
besar sikit. Sebab tak tahu baby nanti lahir besar mana. Tapi yang saiz newborn
tu taklah ambik banyak pun.
Sebab
tahu baby nanti cepat membesarkan. Setakat ni baju yang ada pun tak sampai 10
pasang lagi. Sebab tak nak beli banyak sebab tak tahu baby muat ke tak kalau
beli saiz newborn tu. Rasa macam kecik pun ada kan. Atau mummy-mummy yang dah
ada pengalaman tu, boleh tolong saya tak? Suggestkan saiz baju yang perlu
dibeli untuk permulaan ni?..
Pastu
yang kedua sebab tak tahu baby lelaki ke ppuan. Jadinya beli la sikit dulu. Nanti
dah tahu gender, kalau ada rezeki masa scan kat HTD nanti boleh la tambah
koleksi baju baby lagi kan..
Shopping
sikit-sikit dulu. Kena la shopping berhemah. Kalau ikut rasa hati memang la nak
borong je kan sebab geram tengok barang baby ni comel-comel. Hehe..
start pregnant sampai la sekarang ni, beli apa pun mesti warna biru, hijau.. kalau pink-pink ke, merah ke, kurang. tak tahu la napa. hehe.. sampai kan peralatan umah pun sama. shopping barang pun sama. tak terfikir nak pilih kaler pink-pink pun. hehe.. cuma towel baby tu je ambik kaler pink merah. sebab nak ada seri kunonnya.. hehe..
Assalamualaikum.. hai semua..
Ada yang berminat ke dengan sambal ikan bilis kering ni? kalau ada saya nak open order.
Lagipun dah nak dekat puasa ni kan?
Mana tahu ada yang nak makan tuk sahur nanti ke..
=)
Kalau ada yang berminat, bagitahu ye..
Sambal ni boleh request nak letak tempe atau tak ye..
kalau nak ikan bilis saja pun boleh..
=)
Assalamualaikum..
Selamat
berpuasa buat semua kawan-kawan yang dikenali.. Tahun ni berpuasa jauh dari
family, hukhukhuk.. sedih.. L
google
Tahun
ni tahun pertama berpuasa dengan suami.. tahun pertama berpuasa sebagai seorang
isteri.. tahun pertama berpuasa dengan cabaran baru dalam keadaan pregnant..
moga dipermudahkan semuanya..
Ya
Allah.. rindunya dengan waktu sahur dengan family.. kalau sebelum ni sahur mak
siapkan, kita sebagai anak ni tahu makan je.. hukhuk.. :’( start tahun ni turn
saya pula kena bangun awal siapkan makan sahur tuk en.suami.. jangan tak
terbangun sahur udah laaaaaaaa.. dah la bangun pagi tadi sempat lagi kena tarik
mengkarung kat betis ni.
Nak
call family pun rasa macam tak sanggup.. huaaaaaa, rindu dengan dorang semua..
adik yang tentera kat kuala lipis kebetulan balik.. bestnya dapat bersahur
sama.. akak dorang ni juga yang jauh.. sebabnya kami kan dah balik minggu
lepas..
Alahai..
sedih laaa pula.. takpe-takpe.. kita tak boleh nak sedih-sedih kan? Nanti kita
sedih, mula la nak touching sepanjang masa kan? Syamimi kuat kan.. hukhuk..
kena kuat.. kuat demi baby juga..
Tadi
berbuka berdua.. x meriah macam selalu.. takpelah, tunggu next year.. berperang
dengan baby.. hehehe.. syuykur Alhamdulillah harini dapat berpuasa.. syukur
baby pun macam memahami je.. pujuk-pujuk dia bagitahu kena puasa.. makan
lambat.. dia tetap bagi respon duk gerak-gerak sebab nak kena monitor
pergerakkan dia.. hope esok-esok pun bagi kerjasama ye baby..
*rindu
suasana bersama family..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons