Assalamualaikum..
Salam
isnin.. salam 2 ramadhan buat semua..
Cerita
hari jumaat lepas. En.suami ambik cuti. Kebetulan ada hal penting pun nak
diselesaikan di Melaka. Jadi dah settle hal tu, makanya jom kita shopping
barang baby.. J
Setakat
ni beli ikut dalam list. Tapi banyak lagi yang tak cari lagi. Beli mana yang
penting-penting dulu. Macam blur juga nak cari barang baby ni. hehe..
maklumlah, first time kan. Pening juga nak beli baju baby ni.
En.suami
kata ambik je yang newborn. So beli saiz newborn. Tapi ada juga ambik yang saiz
besar sikit. Sebab tak tahu baby nanti lahir besar mana. Tapi yang saiz newborn
tu taklah ambik banyak pun.
Sebab
tahu baby nanti cepat membesarkan. Setakat ni baju yang ada pun tak sampai 10
pasang lagi. Sebab tak nak beli banyak sebab tak tahu baby muat ke tak kalau
beli saiz newborn tu. Rasa macam kecik pun ada kan. Atau mummy-mummy yang dah
ada pengalaman tu, boleh tolong saya tak? Suggestkan saiz baju yang perlu
dibeli untuk permulaan ni?..
Pastu
yang kedua sebab tak tahu baby lelaki ke ppuan. Jadinya beli la sikit dulu. Nanti
dah tahu gender, kalau ada rezeki masa scan kat HTD nanti boleh la tambah
koleksi baju baby lagi kan..
Shopping
sikit-sikit dulu. Kena la shopping berhemah. Kalau ikut rasa hati memang la nak
borong je kan sebab geram tengok barang baby ni comel-comel. Hehe..
start pregnant sampai la sekarang ni, beli apa pun mesti warna biru, hijau.. kalau pink-pink ke, merah ke, kurang. tak tahu la napa. hehe.. sampai kan peralatan umah pun sama. shopping barang pun sama. tak terfikir nak pilih kaler pink-pink pun. hehe.. cuma towel baby tu je ambik kaler pink merah. sebab nak ada seri kunonnya.. hehe..
Assalamualaikum.. hai semua..
Ada yang berminat ke dengan sambal ikan bilis kering ni? kalau ada saya nak open order.
Lagipun dah nak dekat puasa ni kan?
Mana tahu ada yang nak makan tuk sahur nanti ke..
=)
Kalau ada yang berminat, bagitahu ye..
Sambal ni boleh request nak letak tempe atau tak ye..
kalau nak ikan bilis saja pun boleh..
=)
Assalamualaikum..
Selamat
berpuasa buat semua kawan-kawan yang dikenali.. Tahun ni berpuasa jauh dari
family, hukhukhuk.. sedih.. L
google
Tahun
ni tahun pertama berpuasa dengan suami.. tahun pertama berpuasa sebagai seorang
isteri.. tahun pertama berpuasa dengan cabaran baru dalam keadaan pregnant..
moga dipermudahkan semuanya..
Ya
Allah.. rindunya dengan waktu sahur dengan family.. kalau sebelum ni sahur mak
siapkan, kita sebagai anak ni tahu makan je.. hukhuk.. :’( start tahun ni turn
saya pula kena bangun awal siapkan makan sahur tuk en.suami.. jangan tak
terbangun sahur udah laaaaaaaa.. dah la bangun pagi tadi sempat lagi kena tarik
mengkarung kat betis ni.
Nak
call family pun rasa macam tak sanggup.. huaaaaaa, rindu dengan dorang semua..
adik yang tentera kat kuala lipis kebetulan balik.. bestnya dapat bersahur
sama.. akak dorang ni juga yang jauh.. sebabnya kami kan dah balik minggu
lepas..
Alahai..
sedih laaa pula.. takpe-takpe.. kita tak boleh nak sedih-sedih kan? Nanti kita
sedih, mula la nak touching sepanjang masa kan? Syamimi kuat kan.. hukhuk..
kena kuat.. kuat demi baby juga..
Tadi
berbuka berdua.. x meriah macam selalu.. takpelah, tunggu next year.. berperang
dengan baby.. hehehe.. syuykur Alhamdulillah harini dapat berpuasa.. syukur
baby pun macam memahami je.. pujuk-pujuk dia bagitahu kena puasa.. makan
lambat.. dia tetap bagi respon duk gerak-gerak sebab nak kena monitor
pergerakkan dia.. hope esok-esok pun bagi kerjasama ye baby..
*rindu
suasana bersama family..
Assalamualaikum..
salam sabtu..
Alhamdulillah..
diberi keizinan nak menulis lagi kat sini.. cerita siang tadi.. harini tetiba je nurse call (1.50p.m)
bagitahu nak datang rumah. Sangatlah terkejut. Dah kenapa pula nak kena datang
umah ni. I is segan sebab umah macam tak serupa rumah je.. hehe.. maklum la,
duk ber-2 kan.. barang yang ada pun ala kadar je..
Bersabar
je la tunggu nurse datang. Fikir juga ada kes apa eh?? Haha.. pastu nurse
datang dia cakap memang ada buat checkup kat umah. Lawatan ke rumah. Ooooohh,
gitu.. mana nak tahu.. ingatkan orang lepas bersalin je yang ada camtu.. hihi
Checkup
kat umah xde la apa sangat pun. Setakat check kat perut, check tekanan darah.
Pastu pot-pet pot-pet la apa yang patut. Tanya itu dan ini. Pastu nurse tanya
la soalan itu ini macam biasa. Ada pape yang tak kena ke apa..
Nasib
la nurse tu datang harini. Haha.. nasib juga la kitorang ada kat umah. Sebabnya
semalamnya kitaorang ada urusan kat Melaka. So kalau la nurse tu nak datang
semalam, memang xde la kat umah. If harini kitorang kuar pun, xde la nurse tu
dapat buat lawatan kat umah.
Esok
kan dah start puasa. Tanya juga kat nurse bahaya ke x kalau kita berpuasa.
Maklum la, pernah terbaca kat blog kawan-kawan lain ada yang kata nanti baby
gerak slow la, ada yang bby meninggal dalam perut la, macam macam kisah lain
la.. risau juga dibuatnya.. maklumlah, ni kan pregnancy first.. so banyak benda
yang saya tak tahu.
Pastu
nurse terangkanlah.. nurse kata boleh je berpuasa. Cumanya kalau kita kurang
makan, jadinya baby pun macam lemah sikit la pergerakkan dia. Yela, macam kita
juga. Kalau kurang makan mesti lembik kan? Jadi waktu sahur pastikan makan
sahur dengan secukupnya..
insyaAllah..
esok nak cuba berpuasa. Harap-harap la baby okay.. aktif macam selalu. Cumanya
saya dah confirm la lembik. Hehe.. jangan sampai ke tahap pening sudahlah..
silap-silap kena buka nanti. Tapi en.suami memahami. Dia siap pesan, if xlarat
nanti, buka je… tapi tak bermakna kalau kita x berpuasa tu boleh senang lenang
je.. jenuh kau nak mengganti nanti.. nangis!..
Yang
penting sahur makan secukupnya ye.. if kita x makan, baby akan kurang oksigen..
bila kurang oksigen, tu yang akan buat dia lemas.. minta dijauhkanlah.. risau..
then kalau rasa tak sihat, jangan paksa diri. Takut memudaratkan ibu dan baby..
Dan
nurse juga bagitahu, start esok dah kena kira pergerakan baby.. pergerakan ada
10kali ke x dalam tempoh 12jam tu.. harap-harap la dia gerak selalu.. sebab
baby saya ni ada masa aktif sungguh..
ada masa buat mak dia ni cuak.. sabar je la..
Ok
la.. nanti saya share perkara lain pula ye.. J
Assalamualaikum..
Cerita
tentang pregnancy je lagi kan.. nak buat macam mana, mampu story bab tu je buat
masa ni..
Sekarang
dah masuk trimester ketiga.. kalau orang lain dah dupdap dupdap fikir pasal nak
deliver.. tapi saya biasa je.. tak tahu la napa.. tak nak fikir sangat.. tak
nak rasa takut-takut.. buat biasa je.. sampai masa baby kena kuar juga kan..
huhu
Sekarang
ni baby kuat pula mengeras-ngeras.. Ya Allah, baru tahu rasanya macam mana..
sakit kut.. tak tertahan rasanya.. baru-baru ni baby mengeras kuat sangat. Sakit
ya amat.. selalu dia mengeras juga. Tapi ok lagi la.. boleh tahan lagi..
Baru-baru
ni dia mengeras sampai malam tu saya tak boleh nak tido.. nak kejut en.suami
rasa tak sampai hati sebab dia nak kerja esoknya. Last-last tahan je la sampai
tertido sendiri. Tapi yang tak tahan tu, sampai seram sejuk saya dibuatnya..
nak nangis dibuatnya..
Ada
x kawan-kawan yang alami camtu? Mommy-mommy yang pernah alami share la
pengalaman. Maklumlah, saya kan first pregnancy.. banyak benda nak kena belajar..
yang mampu google je la maklumat.. ada yang kata normal sebab kandungan pun dah
masuk trimester ketiga..
Ada
yang kata rujuk la kat hospital. Huaaa.. nak kuar ke hospital jauh kut. Kalau
yang dekat ni pun HTD (Hospital Tentera Darat). Dalam kawasan kem ni la.. tapi
malasnya la hai nak kuar. Dah la duk umah tingkat 4. Malas nak turun naik
tangga.
Tapi
saya masih boleh rasa lagi pergerakkan baby. Jadi takdelah nak risau sangat.
Kalau dia senyap je mungkin saya turun pergi check juga kut. Tak sanggup kalau
jadi pape kat baby.. karang menyesal tak sudah.. minta dijauhkanlah dari
perkara yang tak elok..
Tapi
yang saya boleh terfikir malam tu, janganlah ni sakit nak beranak. Haha.. giler
betul terfikir camtu. Sebabnya saya terfikir camtu, barang baby tak beli lagi
kut.. barang saya pun sama.. tu yang terfikir sampai ke tahap tu.. bila baby
bagi hint camni, terus ajak en.suami nak beli barang baby yang lain-lain..
Pastu
sekarang ni saya rasa macam tido pun tak nyenyak. Malam tido dah macam tido
gitu-gitu je. Tapi bila pagi, mulalah rasa nak lelap. Kadang pagi saya makan
Obimin. Pastu mulalah ngantuk. Bila kerja dah settle, en.suami pun dah ke
tempat kerja, makanya kena juga la layan mata. Tak sanggup kut nak tahan.
Tapi
normal la semua tu pun kan. Pastu stail saya sekarang ni kadang ngantuk, nak
tido sangat-sangat. Tapi tak boleh nak tido. Haaaa, camne tu.. tak ke sakit
jiwa.. pastu time nak azan asar la mata ni nak terkatup.. walaupun orang kata
tak elok tido time tu, kadang saya lelap juga. Lelap gitu-gitu je la pun.
Sekadar nak hilangkan letih mata ni..
Punca
lagi 1 saya tak boleh tido sebab sakit belakang. Huhuhuuuuuu… nak nangis
kadang-kadang tu.. kalau baring tak boleh baring telentang.. pastu kalau dari
kiri nak pusing ke kanan pun sama.. sakit belakang..
Yang
ni saya kena dari 9week lagi. Ingatkan akan hilang tak lama lepas tu. Rupanya
berlanjutan sampai la ke harini. Mungkin sebab factor pembesaran baby kan..
baru tahu macam mana rasanya time pregnant.. time mak-mak kita dulu pregnant..
sekarang turn kita pula rasa macam mana..
Ni
antara yang saya dah rasa dah.. harap-harap la xde pape yang merisaukan.. nyawa anak, sapa la yang tak risau kan.. dah la xde pengalaman lagi...
Assalamualaikum..
Saya
kalau keluar dengan en.suami, dia mesti tak kan terlepas nak singgah kedai
buku. Tak kira la MPH ke kedai biasa ke, mesti dia nak jengah masuk kejap.
Saya
pula sebelum ni pernah terbaca. Kalau Omputih time pregnant suka buat
matematik. Katanya untuk meransang otak baby dari dalam kandungan lagi. Sebab tu
katanya ada antara mereka yang bijak pandai.
Macam
saya masa kerja dulu memang la ngadap nombor-nombor ni semua sebab buat akaun
kan. Tapi start dah ikut suami, mana saya kerja. Jadi saya nak cuba la dengan
cara ni.
Dah
terniat nak beli buku ni. dah lama dah. Tapi sebelum ni macam tak jumpa yang ok
je. So pendam dulu. Masa balik ipoh ternampak buku ni kat MPH. Harganya hanya
Rm9.90 je. So apa lagi. Belilah 1.
Dengan
harapan harap-harap adalah kerajinan nak buat. Hehehe.. moga-moga baby nanti
bila dah kuar bijak pandai ye.. tapi jangan bijak pandai loyer buruk sudah la..
haha
Assalamualaikum..
terperasan kat nuffnang.. dah bertukar wajah eh?? nampak kemas la pula.. ingat salah masuk web.. hehe
bila buka dalam, pun dah nampak lain.. ada kelainan.. nampak kemas je.. :)
ok la tu kan.. sekurang-kurangnya tak la kita jemu tengok benda yang sama je.. hihi
terperasan kat nuffnang.. dah bertukar wajah eh?? nampak kemas la pula.. ingat salah masuk web.. hehe
bila buka dalam, pun dah nampak lain.. ada kelainan.. nampak kemas je.. :)
ok la tu kan.. sekurang-kurangnya tak la kita jemu tengok benda yang sama je.. hihi
Assalamualaikum..
Dari
bulan lepas terngidam-ngidam nak makan pisang goreng kan? Haa, sekali balik
ipoh dah dapat. Rindu pisang goreng yang selalu mak buat. Sedap sebab rangup
je. Tepungnya bancuh sendiri.
Pastu
berkemas nak balik gemas, terperasan kat dapur ada lagi baki pisang belum
digoreng tu. Jadinya minta sikit kat mak. Bahagi 2 la dengan mak. Mak mesti
bagi punya. Hehe.. sebab saya cakap kat sini susah nak jumpa pisang tuk dibuat
goreng.
So
apa lagi. Ni pisang yang dibawa dari ipoh. Balas makan kat gemas ni lagi. Goreng
pakai tepung adabi je. Senang. Hehehe..
Nasib
la ngidam benda senang. Tapi susah pula nak cari. Mungkin bukan musimnya kut,
kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons