Showing posts with label kucing-kucing kesayangan. Show all posts
Showing posts with label kucing-kucing kesayangan. Show all posts

Saturday, 7 September 2019

Chomot Dalam Kenangan.

4:14 pm 2 Comments
Assalamualaikum.. Hai readers.
Saja harini nak share pasal kucing cik mimi hat sekor ni. Kucing ni duduk dengan mak dekat ipoh.
Foto kenangan ni cik mimi sempat rakam masa cik mimi balik cuti bulan 11, 2018.


Si chomot ni pemberian kawan. Masa kecik. Dia bagi sepasang. Si shitam. Tapi shitam dah takde dah. Beberapa tahun dah dia mati. Tak ingat sakit ke apa masa tu. Lupa dah. Shitam pun kucing yang manja dan baik. Sama macam si chomot ni. 

Masa bulan 1 haritu, cik mimi operate. Lepas berapa minggu macam tu si chomot ni pulak mati. Mak kata pagi tu mak bagi makan tengok dia macam elok je. Tak perasan kalau dia ada sakit. Sebab chomot ni jenis baik. Lembut je. Tak banyak ragam la orang kata. 

Cik mimi pun macam terkejut la juga kan. Sebab mak takde pun cakap sebelum tu chomot ni ada sakit. 

Masa balik bulan 4 masa nak ambik anak anak, masa tu dekat dapur, sembang sembang dengan mak. Sekali mak buka mulut. "Agaknya chomot mati pengganti ko.. Biarlah kucing yang mati. Jangan mak hilang anak"..

Allah masa tu cik mimi dah terdiam. 😞 Tak cakap apa dah. Sebab macam tersekat suara kat tekak. 
Nak cakap, takut airmata jatuh. Masa tu senyum kelat buat buat biasa je la. 

Allah.. Hati seorang mak kan. Bayangkan cik mimi operate 12jam masa tu. Macam mana agaknya dia menunggu masa tu. Bila balik bulan 4 masa tu, mak tengok cik mimi pun dah start aktif, dia pun rasa lega. 

Sampai harini teringat kata mak tu.. Mungkin chomot mati sebagai penggantinya.. Wallahualam..

Moga chomot sentiasa doakan kami semua, terutama mak dan abah yang jaga chomot dengan kawan kawan lain dengan baik sekali.. 

Wednesday, 24 July 2013

Wordless Wednesday

9:44 am 30 Comments
Assalamualaikum buat teman setia disini.

Ibu & Anak

hitam : si ibu
name : gebu
born : 01.06.2010

putih : si anak
name : jojet
born : 04.04.2012


nota cinta : tuan saya bz, jadi dia letak gambar kami yang comel ni.

Friday, 21 June 2013

Dia Dah Pergi :(

9:43 am 31 Comments
Assalamualaikum buat sahabat setia disini..

Ingat lagi tak dengan entry saya yang ni? Pasal my cat si jari 6 tu? 

Harini dia dah pergi buat selama-lamanya. :'(



ni gambar masa hari rabu haritu (19.06.13). saya bawa pergi klinik haiwan. sebab dia tak boleh kencing. pastu bila kencing, macam kencing berdarah. doc cakap maybe makanan dia. tapi saya catu makanan kucing-kucing ni.

Semua tu kuasa Allah. redha.



gambar pagi ni setelah dia dah takde buat selama-lamanya.. :'(

lepas ni dah takde panggilan combi lagi. selalu kalau saya balik kerja, mesti dok panggil combi. combi yang comel. mesti dia tengok.

takpe la, daripada dia terus menerus sakit. biarlah Allah tarik nyawa dia. 

dia pergi tadi pun bukan depan mata saya. kebetulan saya hantar adik pergi kerja. balik tu lupa nak tengok. terus masuk bilik nak siap2 beg pergi kerja.

budak yang mak jaga umur 3tahun lebih tu yang bagitahu.

muazam : eeiiaaww dah ati (miaw dah mati)

me : mati? sapa mati?

muazam : eeiiaaww tu arr.. meh engok meh cini (miaw tu la, meh tengok meh sini)

me : mak, combi dah mati ke ni??? dah senyap je dia.

mak : mati la tu. mak tengok pun tak gerak.

Ya Allah. moga Engkau hapuskan dosaku selama menjaganya. menjaga makan minumnya. semasa dia sakit pun saya dah usaha bawa ke klinik. sesungguhnya dia ciptaan Allah. Allah yang tahu selebihnya.



*minta abh tamankan. semalam dia basah duk kat bilik air. saya sempat mandikan dia. dengan air suam bagi badan dia hangat. bagi minum air zam-zam. sesungguhnya saya dah buat yang terbaik tuknya*

Wednesday, 22 May 2013

Si Jari 6!

6:30 pm 16 Comments
Assalamualaikum buat semua sahabat setia disini..

siapakah si jari 6??

namanya ialah combi.. kucing ni dibagi oleh jiran belakang rumah.. tak pasti la dia sesat atau ada orang tinggalkan dia depan umah jiran tu.. masa tu dia kecik lagi.. sekarang dah besar la..

kenapa si jari 6? sebab combi ni kelebihan dia 6 jari.. memang la kita biasa je dengar kucing  pun ada yang 6 jari.. tapi bila ada sekor dalam jagaan sendiri, macam tak caya je..

bukti?


nampak kan? jari-jari dia ada kelainan.. jari kaki dia pun sama tau..


combi yang terkini.. badan dah besar sikit..sikit je la.. pertumbesaran dia lambat.. muka pun still comel je macam masa mula-mula dia datang kat rumah..

orang kata kalau ada bela kucing jari 6 ni ada membawa rezeki.. erm, setakat ni macam biasa-biasa je walaupun dah setahun dia duk bersama.. yela, mana nak datang rezeki melimpah ruah kalau kita tak berusaha kan.. betul x?

Sunday, 28 April 2013

Selamat Dimandulkan!..

8:49 pm 21 Comments
assalamualaikum dan salam sejahtera..
buat semua pembaca blog setia disini.. :)


cerita 2 hari lepas.. jumaat.. cepatnya masa berlalu.. esok dah isnin.. macam tak caya je.. macam tak puas cuti.. sobss..


4 ekor anak kucing jantan telah selamat dimandulkan..

time ni lebih kurang 2-3 jam camtu la lepas dimandulkan.. still lemah lagi.. yang hujung kanan tu still tak larat nak angkat badan.. gary.. gary..


ni la gary.. lembik je dia.. di antara 6 beradik, dia paling kecik.. manja.. lemah lembut.. ahaaaaks!.. :p


jojet.. time ni pun dia lembik.. gagahkan diri juga tu nak bangun..


adik combi.. haha.. kelakar kan nama dia.. panggil dia adik combi, tapi badan dia lagi besar dari adik beradik dia yang lain..

nama dia camtu sebab saya ada sekor kucing betina nama dia combi.. pastu adik combi ni rupa corak & warna dia sama ngan si combi tu.. maka panggil la ia adik combi..


gary.. kuarkan dia dari sangka.. masih xlarat bangun.. lembik noo kamu ni gary.. hehe.. sekarang sume dah aktif..


*dimandulkan pada hari jumaat.. bak kata mak, kena sunat pd hari jumaat yang mulia.. haha.. 

Tuesday, 11 December 2012

2 Tahun Dah

9:50 pm 20 Comments
assalamualaikum..

harini 11 Dis 2012 .. 2 tahun dah dia.. tapi dia tak sihat start dari semalam..

tak mau makan..

kurang minum..

dah bawa jumpa doc.

doc. cakap tak pasti dia sakit apa..

bila pegang badan dia, mesti dia kuar kan bunyi..

sian kat dia..

harini besday dia.. nak blnja makan best pun dia tak lalu..

moga cepat baik ye.. 

eh, cite pasal sapa ni???

hahaha..

mesti pening kan..?

pasal dia ni ha.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ni la empunya besday.. nama dia Oyen.. tarikh lahir dia 11.12.10.. senang nak ingat.. Oyen ni 4 beradik.. tapi si Qoala mati masa umur dia lebih kurang 3month.
warna kelabu..

lagi 2 beradik kaler oren juga..tapi susah nak ambik gambar mereka.. 1 nama panjang, 1 lagi nama montel.. 

yang ni nama dia panjang.. susah nak ambik gambar dia.. sebab nama panjang? ekor dia panjang..hehe

gambar montel takde la pula.. dia comel sikit dari si panjang ni..warna lebih kurang gitu..tapi corak lain..

Thursday, 18 October 2012

Awasi Kucing-Kucing Anda!!

9:46 am 2 Comments
*Sesiapa yang ada bela kucing, harap dapat luangkan masa kejap untuk baca*


assalamualaikum..

Selamat Pagi semua kawan-kawan sy yang comel dan kacak belaka.. Nampak tak tajuk kat atas tu 'Awasi Kucing-Kucing Anda!!..
Gaya macam nak bagi amaran keras je kan..
Macam ada masalah sedang berlaku..

Ok..berbalik pada tajuk kat atas tu, sy disini ingin mengingatkan kepada semua pemilik-pemilik kucing yang ada, awasi la kucing-kucing kesayangan anda.. Jangan main lepaskan sesuka hati.. ni bukan kes culik atau bunuh ye..
tapi risiko kepada kemalangan!..

Ok, paham kan? Macam ni, mereka-mereka yang tinggal kat kawasan taman, mesti juga ada bela kucing kan? Ok, fine..sy pun duduk kawasan taman dan bela kucing..ada 16ekor juga la semuanya..tapi disimpan dalam 3 kandang besar.. dan 3 ekor dalam rumah.. *sebab dorang baik* hehe

Permasalahannya disini, sy cuma nak ingatkan, jangan lepaskan kucing anda sesuka hati, lagi-lagi waktu pagi - time budak-budak nak pegi sekolah, time orang nak kuar bekerja..sangat BAHAYA!

Pagi tadi sy nyaris-nyaris nak terlanggar sekor kucing..ni bukan kes sy yang nak langgar dia okeh. Tapi dia yang nak langgar sy.. nampak tak kes tu..hehehe.. *gaya serius sangat cik mimie pagi ni..macam bagi ceramah khas*
ahaaaks!..

Punya la brek mengejut sampai terlupa tekan clutch *betul ke ejaan ni*..
last-last mati enjin tengah jalan..nasib la xde bas or kenderaan lain.. tak ke naya camtu.. selama 7tahun drive, ni la kali pertama terjadi dalam hidup..
terasa diri ni yang nak tercabut nyawa okeh! terkejut punya pasal..

Ingat tadi mati dah kucing tu..elok je dia lari bawah kete..Ya Allah..ngeri rasanya! sangat-sangat ngeri!!.. last-last nampak dia kat seberang tu.. kalau kucing awak mati, tolong jangan salahkan pemandu semata-mata ye.. kat dalam kes macam ni, sy tak salahnya kucing tu..sebab dia memang tak tahu apa-apa..
tuannya yang harus disalahkan..sebab tidak prihatin..

Kalau tinggal kat kawasan kampung, mungkin selamat juga..tapi tidak la selamat 100% kalau kita biarkan juga..tapi kalau kawasan taman, memang agak berbahaya juga.. sebab kereta banyak..pagi-pagi bas sekolah keluar masuk..

harap-harap, sesiapa yang ada kucing tu, berhati-hati la ye..nak lepaskan boleh..mungkin time jalan tak sibuk..sy kalau lepaskan pun dalam rumah sekejap, then tutup pintu cermin..

kalau rasa-rasanya kucing awak tu memang awak sayang, pantau la pergerakkan nya ye..hehe.. *dah macam kes culik je bunyi nya*

sy bukan la berniat nak mara ke apa..tak de pun..tapi berniat nak mengingatkan je.. sebab sekarang jalan walaupun dikawasan perumahan makin sibuk.. lagi-lagi kalau ada sekolah.. tadi pun kesnya sy baru balik dari hantar adik sekolah..

ambik lah iktibar dari apa yang nak terjadi kat saya pagi ni ye..dan sampai sekarang ni pun, saya menaip entry ni, bila diingatkan balik, rasa macam ngeri je..sangat-sangat!..rasa takut.. kecut perut rasanya..

so, beringatlah sebelum terjadi ye..  :)

sekian ceramah kucing untuk pagi ini.. :)

*google*


Tuesday, 2 October 2012

Selamat..hehe

11:19 pm 0 Comments
assalamualaikum..

akhirnya..semalam selamat juga dia di operate.. hehehe..

nak tahu sapa?? jap nak tunjuk..


Gebu [ lahir : 01.06.2010]

akhirnya.. selamat di operate tuk buang prnakan dia..pasni tuan awak x perlu risau kalau terlepas lagi.. kalau x, kuar lagi la 6 ekor tecik-tecik.. ahaaaks!..

nanti dah ok, kita tengok hasilnya ye.. tadaaa..

* nanti nak story pasal kucing pula la..boleh?? haha, xde modal nak story mory je rasa.. kat umah kan ada 15 ekor kucing, so 1 hari up satu story ye..* ahaaakss..

boleh geng ngan Iyo la nanti..hehehe


Friday, 11 May 2012

oOohh baby..

2:38 pm 0 Comments



baby suka sangat kalau tuan dia bagi susu..
nak-nak pula susu Dutch Lady..oOohh baby..




suka la tu dapat minum susu Dutch Lady Fresh lagi..
setengah botol tu tuk dia pun boley habis..



klakar je sampai sampai lidah terkluar macam tu..
sedap sangat ye baby.. :-P
combi pun nak tumpang skli..padahal dah minum dulu.. ;-)


round ke-2 minum lagi sebab x cukup.. + kesedapan susu tu..haha..
tengok la badan dia macam mana..
jelingan maut dari combi..  ;-P



okeh, cukup la tu baby kan..muka bengang je sebab minta lagi dah x bagi..
takut nanti dia termuntah sebab baru pas makan piskis bnyk..  :-)


agak-agak ada xperaduan macam ni..peraduan kucing minum susu ?
kalau ada boleh la baby join kan..hahaha..
#pengsan#

Wednesday, 4 April 2012

6 baby miaww???

2:04 pm 0 Comments
assalamualaikum..


wah..wah..meriah betul rumah saya sekarang ye.. T___T
dapat lagi 6 baby miaw pagi tadi..memula ingat 5 je..tu pun dah kira banyak..
sekaliiii my mum nak bersihkan sikit tempat kucing tu tengok anak nya 6 ekor..
pengsan mak oii...


alahai gebu..banyak betul anak ko..patut la perut ko gemuks semacam je..
dah la jalan tergedek-gedek..


nanti la i update pic nya ye..


ni gebu masa ngah bunting..hu hu

Thursday, 8 December 2011

miaw baru..

10:25 pm 0 Comments
assalamualaikum..


malam ni xde benda nak update sangat..tapiii...nak cite 1 benda..
semalam my mum ambik sekor lagi anak kucing belakang umah..
sebabnya dia mengiaaaww je..tp mak dia xde pun datang..


sian kat dia sebab macam tersesat..macam dibuang tuan..macam terpisah dari mak dia..
so, dia macam letih + lapar kan sebab dah seharian kesorangan..
so, pagi semalam cakap kat mak suh ambik anak kucing tu..umur dia tengok gaya macam baru 1 bulan ke 1 bulan lebih kot..


so..sian kan..kecik2 dah hilang mak dia..
pastu bila tengokkk..dia sungguh shomel..so, buat masa sekarang ni sy jaga kat dalam umah..
bila nak dekat macam garang..tapi bila dah pegangggg..punya la manja..


so, suka tengok dia..dah la kecik, shomel..pndai main..bersih je bdan dia pula tu..
so, sy bagi dia nama 'kenit'..sebabnya lepas la rindu kat kenit yang dah mati tu..


harap-harap la kenit yang ni boleh membesar dengan baik.. :-)




buat masa ni gambar xde lagi.. :-)
dah ada nanti sy letak eh..

Sunday, 25 September 2011

Shitam pula pergi..

8:01 pm 0 Comments
assalamualaikum.. 

copy paste dr blog lama..


lama dah x update blog ni kan..
ni sume gara-gara laptop kena format balik..
pastu dah kemalas-malasan sikit..


ok..xde apa nk update sangat..
cuma nak catat, 17 September 2011, sekor lagi kucing kita mati..
xsempat nak bawak g klinik..
mungkin shitam xnak susahkan tuannya kan..
xpelah, kami sume redha walaupun sedih juga sebab sunyi je rasa..
daripada dia terseksa, biarlah shitam pergi..



Sunday, 24 July 2011

akhirnya Debab pergi jua.. :'(

11:04 pm 0 Comments
copy paste dari blog lama..

assalamualaikum..

sedihnya rasa..debab pun dah pegi tinggalkan aku..
hampir 2bulan dia sakit, kta yang jaga dia..
kita yang mandikan dia bila dia kotor..
pastu pula start dari 17hb kut, dia manja je..nak tido sebelah kta..
adakala kta bawak dia ke depan, kta baring sebelah dia..
tetiba dia nak manja-manja..
dan dh disebabkan dia sakit, kta layankan la juga..
kta yang bagi dia makan..
kta macam yakin je yang dia akan baik..sebab dia ada nampak perubahan..
ada selera makan..kadang tu makan banyak..
tapi xpelah, kta xterkilan sangat bila dia mati..sebab kta rasa kta dah jaga dia dengan sebaik mungkin..
kta bagi dia mandi..kta bagi dia makan..kta bagi dia minum.. kta tido kan dia..
kta temankan dia..rasanya dah buat yang terbaik untuk dia..
dan mungkin dah ajal dia kan..kta redha kan je..walaupun sedih, tp kta tetap anggap sume ni dah ketentuan dari Allah..memang dia dipinjamkan untuk setahun je..
dari dia terus menderita, kts redhakan je Allah tarik nyawa dia..
anggap je la yang hidup pasti akan pergi juga kan..
xpelah, xtahu nak story macam mana lagi..
pape pun kta sy kan debab tau..sampai bila-bila..
rindu kat debab..  :-(


 kenangan masa debab masih sihat..
 sejak sakit. . .
 dia nak manja-manja..tarik tgn kta, siap peluk tkut kta lari x temankan dia tido..
 semua ni hanya tinggal kenangan..


ni gambar dia bila dah mati..sedih juga..tp kta redha kan aje..sebab tahu dia yang menangung segala kesakitan..
gambar ni kta ambik lebih kurang pukul 6 pagi - 23 Julai 2011


moga lepas ni jgn la ada lagi kucin-kucin kta yang sakit..  :(

Monday, 21 March 2011

Qola pun dah pergi sama.. :'(

9:39 pm 1 Comments
copy paste dari blog lama..

assalamualaikum..
morning..

pagi ni ingat semangat la masuk keje..tp rasa macam sama je..
buat sy bertambah sedih adalah..
kucing kesayangan dah pegi lagi..
kenapala yang sy sayang-sayang tu pergi dulu..
pertama kali sy tengok kucing mati macam mna..

hari jumaat hari tu dah rasa hati ni nak bawak sama-sama balik kmpung..
rasa x sanggup nak tinggalkan dia kat umah..
sebab tahu adk msti biarkan je..
tapi sebab abh cakap xyah, so sy tinggalkan ajela..
erm..
pastu semalam bila sampai umah tengok dia dah kering sangat-sangat..
sy dah rasa dia pun akan mati sama..
xpe la qola..daripada qola terseksa kerana sakit, biarlah qola pergi..

malam semalam sy bisik kt telinga qola..sy kata kat dia
'' Ya Allah..jika benar qola boleh sembuh, sembuhkanlah dia esok bila aku bangun..
jika dia umr pendek, Engkau tariklah nyawanya esok..aku x sanggup nak tengok dia menderita..''
x sangka, x sampai 10 minit sy kata gitu dia pergi untuk selama-lamanya..
tidak sy sangka, dia nak pergi depan mataku, dia pergi diatas ribaku..
Ya Allah..sesungguhnya Engkau mendengar permintaanku..
kerana terlalu sayangkan nya..sy x sanggup dia menderita..
sesungguhnya dia masih kecik untuk tanggung kesakitan tu..


sy yng jaga dia..x sangka qola nak 'pergi untuk selama-lamanya' dia tunggu sy balik dari johor..


Ya Allah..sy redha dengan sumenya..
dulu kecik, kenit..kini qola..
walaupun dia hnya seekor kucing, tetapi dia juga makluk ciptaanMu Ya Allah..
kerana hidupnya juga perlukn kasih & sayang.. :'(


ni la Qola dalam kenangan..





biarlah Qola pergi dengan aman..
11.12.10 - 21.03.2011  

Sponsor

Comments