Saturday, 7 September 2019

Chomot Dalam Kenangan.

Assalamualaikum.. Hai readers.
Saja harini nak share pasal kucing cik mimi hat sekor ni. Kucing ni duduk dengan mak dekat ipoh.
Foto kenangan ni cik mimi sempat rakam masa cik mimi balik cuti bulan 11, 2018.


Si chomot ni pemberian kawan. Masa kecik. Dia bagi sepasang. Si shitam. Tapi shitam dah takde dah. Beberapa tahun dah dia mati. Tak ingat sakit ke apa masa tu. Lupa dah. Shitam pun kucing yang manja dan baik. Sama macam si chomot ni. 

Masa bulan 1 haritu, cik mimi operate. Lepas berapa minggu macam tu si chomot ni pulak mati. Mak kata pagi tu mak bagi makan tengok dia macam elok je. Tak perasan kalau dia ada sakit. Sebab chomot ni jenis baik. Lembut je. Tak banyak ragam la orang kata. 

Cik mimi pun macam terkejut la juga kan. Sebab mak takde pun cakap sebelum tu chomot ni ada sakit. 

Masa balik bulan 4 masa nak ambik anak anak, masa tu dekat dapur, sembang sembang dengan mak. Sekali mak buka mulut. "Agaknya chomot mati pengganti ko.. Biarlah kucing yang mati. Jangan mak hilang anak"..

Allah masa tu cik mimi dah terdiam. 😞 Tak cakap apa dah. Sebab macam tersekat suara kat tekak. 
Nak cakap, takut airmata jatuh. Masa tu senyum kelat buat buat biasa je la. 

Allah.. Hati seorang mak kan. Bayangkan cik mimi operate 12jam masa tu. Macam mana agaknya dia menunggu masa tu. Bila balik bulan 4 masa tu, mak tengok cik mimi pun dah start aktif, dia pun rasa lega. 

Sampai harini teringat kata mak tu.. Mungkin chomot mati sebagai penggantinya.. Wallahualam..

Moga chomot sentiasa doakan kami semua, terutama mak dan abah yang jaga chomot dengan kawan kawan lain dengan baik sekali.. 

2 comments:

Sponsor

Comments