Showing posts with label Segmen Dan Giveaway. Show all posts

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2021 di MiaLiana.com bermula pada 11.00 pagi 30/3/2021 sehingga 11.00 pagi 31/3/2021. Semua blogger dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2021.
** jom support Mia Liana....
Hai semua..
Lamanya tak join apa-apa segmen, giveaway kan..
Rindu sangat macam zaman sebelum ni, lebih kurang 7tahun lepas masa cik mimi belum lagi berkahwin.
Zaman dimana time tu blog yang sedia ada ni meriah sangat la dengan segmen, contest, giveaway. Memang seronok sangat la kalau dapat join. Orang kata kalau dah rezeki menang tu alhamdulillah.. Kalau tak pun, atleast dapat memeriahkan blog kan..
So kali ni jumpa pulak giveaway dari tangan gebu ni.. Tanda support pada penganjur, cik mimi join sama.. Dan dalam masa yang sama, boleh kita sama-sama boleh tambah kenalan kan?
So pada kawan-kawan lain juga yang nak join sama, boleh klik pada banner diatas ye.
Gudluck semua..
Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida
Assalamualaikum.. Selamat bercuti semua..
Salam Maal Hijrah buat semua yang beragama islam..
Hari cuti macam ni apa je planning kengkawan semua?
Cik mimi dirumah aje. Ddy dorang naik duty pulak.. But it's okay..
Rest dekat rumah aje la.. Sehari je cutinya kan?
So, sementara ada masa ni, rindu pulak nak bersegmen..
Rindu zaman baru nak UP dalam dunia blogging dulu..
Siapa nak join sama boleh klik pada BANNER okeh..
Jom ler sama sama memeriahkan segmen sesama kawan blogger okey..
Syarat pun simple aje..
Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat 6 Bilik Tidur 7 Bilik Air Untuk Weekend Resort (4208 kps)
Saturday, 28 March 2020
Hai readers, Assalamualaikum..
Salam hujung minggu.. Kengkawan semua macam mana sementara dalam PKP ni?
Kalau tanya cik mimi. Alhamdulillah masa tu terisi. Cuma kadang kena buat kerja yang sama je, naik boring juga.
Sementara ada masa ni, cik mimi macam biasa la. Jenguk blog, then cuba share kan apa apa info yang bermanfaat buat kita semua.
Harini cik mimi nak bercerita pasal rumah. Semua orang pun inginkan rumah idaman hati kan? Macam macam design ada kan. Nak yang rumahnya nampak melonjong la, memanjang mendatar la.. Ehhh, macam macam bentuk la kan..
Kalau tanya cik mimi kan, kalau la cik mimi punyai tanah sendiri, cik mimi nak buat rumah design mcm ni. Nampak macam menarik je kalau di tengok dari luar tu.
Jom kita tengok sikit info tentang rumah banglo idaman cik mimi ni. Doakan ye mana tahu satu hari nanti tiba tiba ada tanah sendiri. Boleh buat rumah sebiji atas sebidang tanah tu. Hihi
Sekiranya anda mempunyai tanah yang terletak di kawasan tanah tinggi dengan pemandangan yang cantik, sesuai sangat dijadikan rumah percutian keluarga dihujung minggu.
Kami pernah mendapat permintaan dari klien yang inginkan rumah untuk bersantai santai bersama ahli keluarga untuk melarikan diri dari suasana kota yang serba mencabar.
Rumah tersebut mestilah memanfaatkan rupabentuk muka bumi kawasan tersebut dengan susun atur pelan lantai yang mencerminkan ciri ciri rumah peranginan.
Arkitek & pengurus projek di Nas Nuri Construction telah memberikan usul pertama rumah banglo tersebut selepas mengambil kira permintaan khusus klien.

Sebelum memulakan kerja rekabentuk, kebiasaannya kami akan meminta gambar rumah yang menepati citarasa pelanggan.
Tidak sukar untuk mencari idea kerana banyaknya gambar banglo di internet. Hanya perlu google sahaja & boleh pilih pattern yang mana menepati selera sendiri.
Dari gambar yang diberi oleh pelanggan, nampaknya rumah yang bakal dibina mempunyai gaya moden & sesuai untuk aktiviti santai dihujung minggu.
Hasilnya, rekaan rumah banglo 2 tingkat bercirikan moden dan berkonsepkan keselesaan pada setiap ruang ini mempunyai “layout” rumah yang agak “straight forward” untuk memudahkan dan menyelesakan pemilik rumah untuk bergerak di dalam rumah ini.
Salam hujung minggu.. Kengkawan semua macam mana sementara dalam PKP ni?
Kalau tanya cik mimi. Alhamdulillah masa tu terisi. Cuma kadang kena buat kerja yang sama je, naik boring juga.
Sementara ada masa ni, cik mimi macam biasa la. Jenguk blog, then cuba share kan apa apa info yang bermanfaat buat kita semua.
Harini cik mimi nak bercerita pasal rumah. Semua orang pun inginkan rumah idaman hati kan? Macam macam design ada kan. Nak yang rumahnya nampak melonjong la, memanjang mendatar la.. Ehhh, macam macam bentuk la kan..
Kalau tanya cik mimi kan, kalau la cik mimi punyai tanah sendiri, cik mimi nak buat rumah design mcm ni. Nampak macam menarik je kalau di tengok dari luar tu.
Jom kita tengok sikit info tentang rumah banglo idaman cik mimi ni. Doakan ye mana tahu satu hari nanti tiba tiba ada tanah sendiri. Boleh buat rumah sebiji atas sebidang tanah tu. Hihi
Kami pernah mendapat permintaan dari klien yang inginkan rumah untuk bersantai santai bersama ahli keluarga untuk melarikan diri dari suasana kota yang serba mencabar.
Rumah tersebut mestilah memanfaatkan rupabentuk muka bumi kawasan tersebut dengan susun atur pelan lantai yang mencerminkan ciri ciri rumah peranginan.
Arkitek & pengurus projek di Nas Nuri Construction telah memberikan usul pertama rumah banglo tersebut selepas mengambil kira permintaan khusus klien.
Rekabentuk rumah banglo 2 tingkat di kawasan tanah tinggi.

Tidak sukar untuk mencari idea kerana banyaknya gambar banglo di internet. Hanya perlu google sahaja & boleh pilih pattern yang mana menepati selera sendiri.
Dari gambar yang diberi oleh pelanggan, nampaknya rumah yang bakal dibina mempunyai gaya moden & sesuai untuk aktiviti santai dihujung minggu.
Hasilnya, rekaan rumah banglo 2 tingkat bercirikan moden dan berkonsepkan keselesaan pada setiap ruang ini mempunyai “layout” rumah yang agak “straight forward” untuk memudahkan dan menyelesakan pemilik rumah untuk bergerak di dalam rumah ini.
- Rumah ini mempunyai porch kereta yang muat untuk 2 buah kereta dengan saiz 15 x 22 kaki.
- Tangga untuk ke tingkat 1 terletak betul betul di hadapan pintu masuk utama, tingkat bawah mempunyai 1 bilik tetamu & tingkat atas pula mempunyai 3 bilik tidur. Ini memudahkan penjagaan aurat untuk tuan rumah & ahli keluarganya. Interaksi antara tetamu & ahli keluarga tuan rumah diminimakan sebaik boleh, bilik tetamu dilengkapi dengan bilik air untuk memberi keselesaan semasa bertamu.
- Kedudukan tingkap diseluruh rumah terletak pada kedudukan strategik untuk memastikan setiap ruang dan bilik di rumah ini juga menerima cahaya semulajadi & mengelakkan rumah kelihatan gelap disiang hari walaupun tanpa lampu dibuka.
- Keluasan build up area untuk rumah ini adalah 2638 kaki².
- Rekaan ini sesuai untuk tanah yang memanjang ke belakang dan bentuk “layout” rumah ini juga dapat memuatkan taman pada tengah-tengah rumah ini.
Assalamualaikum, selamat pagi semua.. Salam jumaat..
Harini masuk hari ke-10 kita semua berada dalam perintah berkurung kan..
Allah, risaunya bila dalam diam wabak ni makin meningkat di sana sini. Kerana benda ni sesuatu yang tidak nampak, ada kala dikalangan kita ni tidak endahkan iya..
Sama-sama kita berdoa, moga Allah menarik semua dugaan ini. Aamiin..
Dalam tempoh tak boleh nak 'pergi mana-mana' sesuka hati ni, rasanya ada baiknya kalau kita menambah ilmu juga kan.. So cik mimi nak share sikit tentang Hak hak wanita selepas bercerai. Ini yang isteri wajib ambil tahu.
Siapa pun dikalangan kita para isteri nak kan semua ni terjadikan.. Kita semua nak kan kebahagiaan dalam hidup dengan orang yang kita cintai dan saling sayang menyayangi. Namun, kita juga kena tahu, seandainya sudah tertulis perkara sebegini, kita kena bersedia.
Jom kita baca info yang ada ni. Moga-moga kita semua dapat maklumat yang tepat tentangnya.
Apabila telah berlakunya lafaz talak atau cerai dari suami kepada isteri, Islam masih membenarkan kedua-dua belah pihak untuk terus berhubung antara satu sama lain dengan batas pergaulan yang telah ditetapkan.
Ini bertujuan untuk memastikan hak-hak isteri dan anak-anak terus dilindungi walau selepas berpisah serta untuk memastikan si suami terus menjalankan tanggungjawab mereka melalui pemberian nafkah. Ini selaras dengan firman Allah dalam Surah At-Talak ayat 6 seperti di bawah :
Jadi apa hak-hak atau bentuk tuntutan yang boleh dibuat oleh si isteri ke atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah?
Harta sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa masih dalam ikatan perkahwinan sama ada harta alih (seperti wang simpanan dan kenderaan) atau harta tak alih (seperti rumah).
Pada asalnya, tuntutan harta sepencarian adalah berdasarkan undang-undang adat Melayu. Tapi kerana prinsip tersebut tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia. Al-Quran juga ada menyebut :
Berdasarkan ayat di atas, ia menjelaskan bahawa hak wanita di dalam harta benda yang dituntut adalah bergantung dari apa yang diusahakan.
Dalam mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian ditentukan berdasarkan sumbangan pihak-pihak berkenaan dalam pemerolehan harta-harta tersebut. Bentuk sumbangan dibahagi kepada 2 jenis iaitu :
Sumbangan secara langsung merujuk kepada sumbangan bersama suami dan isteri dalam usaha memperolehi harta dan aset.
Merujuk kepada sumbangan dalam bentuk perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumahtangga serta menjaga keperluan keluarga termasuk anak-anak. Sumbangan ini lebih merujuk kepada surirumah tangga sepenuh masa yang mengurus dan mengawal rumahtangga ketika suami bekerja. Seperti yang diluluskan oleh syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup, seseorang suri rumahtangga juga berhak menuntut harta sepencarian dari suaminya yang bekerja.
Mutaah merupakan sejumlah harta yang wajib diberikan oleh si suami kepada bekas isteri yang pernah disetubuhi apabila penceraian yang berlaku bukan berpunca dari isteri dan bukan disebabkan kematian suami.
Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyentuh tentang Mutaah seperti di bawah :
Mutaah boleh diberi dalam bentuk pakaian, barang-barang atau wang bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan kewangan suami. Ini kerana Islam tidak menetapkan kadar pemberian mutaah sebaliknya lebih kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah Syariah sendiri yang akan menetapkan kadar bayaran mutaah tersebut.
Tujuan Islam memberi mutaah
Islam sangat menghormati wanita. Dengan adanya pemberian mutaah, ini membuktikan penceraian yang berlaku bukan berpunca dari si isteri. Sekaligus ini menepis rasa malu dan buruk sangka masyarakat setempat terhadap bekas isteri.
Selain dari tu, pemberian mutaah dianggap sebagai satu bentuk penghargaan dari bekas suami kepada bekas isteri atas sumbangan dan tanggungjawab yang telah dijalankan sepanjang mereka hidup berumahtangga.
Dan bagi bekas isteri, pemberian mutaah ni membolehkan mereka menggunakan harta yang dihadiahkan dari bekas suami sebagai modal atau permulaan untuk hidup berdikari setelah putus tali pergantungan.
Nafkah iddah merupakan nafkah yang wajib dibayar kepada isteri yang telah disetubuhi. Nafkah iddah yang berupa nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu disediakan oleh suami sepanjang tempoh Iddah Raji'e mengikut hukum syarak.
Hikmahnya ialah supaya kedua-dua belah pihak boleh menggunakan tempoh iddah Raji'e tersebut untuk berfikir panjang.
Walau bagaimanapun, terdapat syarat yang membenarkan seseorang isteri yang telah diceraikan berhak untuk mendapat nafkah. Antara syaratnya ialah :
Menurut sepakat dari 4 mazhab, isteri yang telah diceraikan dengan talak Raji'e iaitu talak yang boleh dirujuk berhak mendapat nafkah iddah seperti dalil Nabi Muhammad saw di bawah :
Isteri yang sedang hamil yang diceraikan dengan talak bain iaitu talak yang tidak boleh dirujuk semula juga berhak mendapat nafkah sehingga anak tersebut lahir. Ini sejajar dengan firman Allah swt yang berbunyi :
Sekali lagi ini menunjukkan betapa Islam sangat menjaga wanita bila berlakunya penceraian. Walaupun wanita hamil itu telah diceraikan dengan talak Bain, bekas suami wajib menyediakan nafkah iddah dengan sempurna demi menjaga kebajikan dan kesihatan si ibu dan anak di dalam kandungannya.
Menurut hukim syarak, isteri yang diceraikan dalam keadaan dia taat dan patuh serta tidak berbuat nusyuz juga berhak ke atas nafkah iddah dari suami. Ini seperti yang tercatat dalam kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48 :
Walaubagaimanapun terdapat situasi di mana bekas isteri tidak berhak ke atas nafkah iddah dari bekas suami :
Menurut pendapat Jumhur Fuqaha, isteri yang tidak hamil yang diceraikan dengan talak bain tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw tentang talak tiga :
Isteri yang bercerai mati atau yang kematian suami juga tidak berhak untuk mendapat nafkah iddah walapun mereka sedang hamil. Ini telah dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad saw seperti di bawah :
Kenapa isteri kematian suami tidak berhak mendapat nafkah? Pertamanya kerana kematian suami menjadikan tanggungjawab seorang suami kepada keluarganya gugur secara automatik. Kedua si isteri boleh atau berhak untuk membuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami demi kelangsungan hidup mereka anak-beranak.
Nafkah isteri tertunggak atau tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya semasa dalam ikatan perkahwinan. Ini termasuk tidak membayar mas kahwin, tidak memberi nafkah hidup, tunggakan nafkah anak dan sebagainya. Tunggakan-tunggakan ini pada akhirnya akan menjadi hutang pada si suami dan wajib dibayar. Bekas isteri boleh menuntut tunggakan tersebut di Mahkamah Syariah.
Bagi memudahkan proses tuntutan tunggakan tersebut, kedua-dua pihak adalah disaran menggunakan perkhidmatan peguam. Tapi bagi yang tidak berkemampuan, mereka boleh membuat permohonan kepada Biro Bantuan Guaman.
Secara kesimpulannya, Islam agama yang adil dan saksama kepada kaum wanita. Banyak kelebihan dan hak yang diberi bagi memastikan kedudukan wanita yang diceraikan terjaga dan tidak dipandang serong masyarakat.
Cumanya wanita itu sendiri kena ambil tahu tentang hak-hak yang berhak ke atas mereka dan berfikiran kehadapan dengan membuat tuntutan seperti yang ditetapkan syarak demi kelangsungan hidup yang baru. Dan cara yang sebaiknya adalah dengan selesaikan isu tuntutan tersebut secara berhikmah antara suami dan isteri agar tiada persengketaan di kemudian hari.
Harini masuk hari ke-10 kita semua berada dalam perintah berkurung kan..
Allah, risaunya bila dalam diam wabak ni makin meningkat di sana sini. Kerana benda ni sesuatu yang tidak nampak, ada kala dikalangan kita ni tidak endahkan iya..
Sama-sama kita berdoa, moga Allah menarik semua dugaan ini. Aamiin..
Dalam tempoh tak boleh nak 'pergi mana-mana' sesuka hati ni, rasanya ada baiknya kalau kita menambah ilmu juga kan.. So cik mimi nak share sikit tentang Hak hak wanita selepas bercerai. Ini yang isteri wajib ambil tahu.
Siapa pun dikalangan kita para isteri nak kan semua ni terjadikan.. Kita semua nak kan kebahagiaan dalam hidup dengan orang yang kita cintai dan saling sayang menyayangi. Namun, kita juga kena tahu, seandainya sudah tertulis perkara sebegini, kita kena bersedia.
Jom kita baca info yang ada ni. Moga-moga kita semua dapat maklumat yang tepat tentangnya.
Hak-Hak Wanita Selepas Bercerai
Maksud Penceraian
Apa itu penceraian? Penceraian bermaksud menamatkan satu-satu hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan kadi. Dari sudut bahasa Penceraian bermaksud berpisah atau melepaskan. Manakala dari sudut istilah pula membawa maksud pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talak atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma' ulama.
Hukum Perceraian
Perceraian boleh terjadi dalam pelbagai cara sama ada melalui lafaz yang diucapkan oleh suami kepada isteri atau melalui perbuatan dan niat yang menunjukkan kehendak suami untuk berpisah dengan isterinya seperti dengan tulisan atau dengan isyarat tertentu tertentu. Apakah hukum penceraian?
Wajib
• Apabila perselisihan suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian dan keluarga kedua belah pihak telah bersetuju untuk bercerai.
Sunat
• Apabila suami menjatuhkan talaq ke atas isterinya kerana berkelakuan tidak baik.
Makruh
• Apabila suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang berkelakuan baik dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
Haram
• Apabila suami menjatuhkan talak dalam keadaan isterinya sedang dalam haid atau nifas.
Harus
• Waktu tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri
Hak-hak Wanita Yang Diceraikan
Apabila telah berlakunya lafaz talak atau cerai dari suami kepada isteri, Islam masih membenarkan kedua-dua belah pihak untuk terus berhubung antara satu sama lain dengan batas pergaulan yang telah ditetapkan.
Ini bertujuan untuk memastikan hak-hak isteri dan anak-anak terus dilindungi walau selepas berpisah serta untuk memastikan si suami terus menjalankan tanggungjawab mereka melalui pemberian nafkah. Ini selaras dengan firman Allah dalam Surah At-Talak ayat 6 seperti di bawah :
'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika anda menghadapi kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya".
Jadi apa hak-hak atau bentuk tuntutan yang boleh dibuat oleh si isteri ke atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah?
Harta Sepencarian
Harta sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa masih dalam ikatan perkahwinan sama ada harta alih (seperti wang simpanan dan kenderaan) atau harta tak alih (seperti rumah).
Pada asalnya, tuntutan harta sepencarian adalah berdasarkan undang-undang adat Melayu. Tapi kerana prinsip tersebut tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia. Al-Quran juga ada menyebut :
“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”.
(Surah An-Nisaa’ : 32)
Berdasarkan ayat di atas, ia menjelaskan bahawa hak wanita di dalam harta benda yang dituntut adalah bergantung dari apa yang diusahakan.
Dalam mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian ditentukan berdasarkan sumbangan pihak-pihak berkenaan dalam pemerolehan harta-harta tersebut. Bentuk sumbangan dibahagi kepada 2 jenis iaitu :
1. Sumbangan Secara Langsung
Sumbangan secara langsung merujuk kepada sumbangan bersama suami dan isteri dalam usaha memperolehi harta dan aset.
2. Sumbangan Tidak Langsung
Merujuk kepada sumbangan dalam bentuk perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumahtangga serta menjaga keperluan keluarga termasuk anak-anak. Sumbangan ini lebih merujuk kepada surirumah tangga sepenuh masa yang mengurus dan mengawal rumahtangga ketika suami bekerja. Seperti yang diluluskan oleh syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup, seseorang suri rumahtangga juga berhak menuntut harta sepencarian dari suaminya yang bekerja.
Muta'ah
Mutaah merupakan sejumlah harta yang wajib diberikan oleh si suami kepada bekas isteri yang pernah disetubuhi apabila penceraian yang berlaku bukan berpunca dari isteri dan bukan disebabkan kematian suami.
"Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa".(Surah Al-Baqarah ayat 241)
"Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.
(Surah Al-Baqarah ayat 236)
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah "mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya".
(Surah Al-Ahzab: 49)
Mutaah boleh diberi dalam bentuk pakaian, barang-barang atau wang bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan kewangan suami. Ini kerana Islam tidak menetapkan kadar pemberian mutaah sebaliknya lebih kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah Syariah sendiri yang akan menetapkan kadar bayaran mutaah tersebut.
Tujuan Islam memberi mutaah
Islam sangat menghormati wanita. Dengan adanya pemberian mutaah, ini membuktikan penceraian yang berlaku bukan berpunca dari si isteri. Sekaligus ini menepis rasa malu dan buruk sangka masyarakat setempat terhadap bekas isteri.
Selain dari tu, pemberian mutaah dianggap sebagai satu bentuk penghargaan dari bekas suami kepada bekas isteri atas sumbangan dan tanggungjawab yang telah dijalankan sepanjang mereka hidup berumahtangga.
Dan bagi bekas isteri, pemberian mutaah ni membolehkan mereka menggunakan harta yang dihadiahkan dari bekas suami sebagai modal atau permulaan untuk hidup berdikari setelah putus tali pergantungan.
Nafkah Iddah
Nafkah iddah merupakan nafkah yang wajib dibayar kepada isteri yang telah disetubuhi. Nafkah iddah yang berupa nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu disediakan oleh suami sepanjang tempoh Iddah Raji'e mengikut hukum syarak.
Hikmahnya ialah supaya kedua-dua belah pihak boleh menggunakan tempoh iddah Raji'e tersebut untuk berfikir panjang.
Walau bagaimanapun, terdapat syarat yang membenarkan seseorang isteri yang telah diceraikan berhak untuk mendapat nafkah. Antara syaratnya ialah :
1. Isteri Diceraikan Dengan Talak Raji'e
Menurut sepakat dari 4 mazhab, isteri yang telah diceraikan dengan talak Raji'e iaitu talak yang boleh dirujuk berhak mendapat nafkah iddah seperti dalil Nabi Muhammad saw di bawah :
“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”.
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
2. Isteri Hamil Diceraikan Dengan Talak Bain
Isteri yang sedang hamil yang diceraikan dengan talak bain iaitu talak yang tidak boleh dirujuk semula juga berhak mendapat nafkah sehingga anak tersebut lahir. Ini sejajar dengan firman Allah swt yang berbunyi :
"Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya".
(Surah At-Talaq ayat 6)
Sekali lagi ini menunjukkan betapa Islam sangat menjaga wanita bila berlakunya penceraian. Walaupun wanita hamil itu telah diceraikan dengan talak Bain, bekas suami wajib menyediakan nafkah iddah dengan sempurna demi menjaga kebajikan dan kesihatan si ibu dan anak di dalam kandungannya.
3. Isteri Yang Tidak Nusyuz
Menurut hukim syarak, isteri yang diceraikan dalam keadaan dia taat dan patuh serta tidak berbuat nusyuz juga berhak ke atas nafkah iddah dari suami. Ini seperti yang tercatat dalam kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48 :
“Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran”.
Walaubagaimanapun terdapat situasi di mana bekas isteri tidak berhak ke atas nafkah iddah dari bekas suami :
1. Isteri Diceraikan Dengan Talak Bain
Menurut pendapat Jumhur Fuqaha, isteri yang tidak hamil yang diceraikan dengan talak bain tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw tentang talak tiga :
“Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah”.
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
2. Isteri Kematian Suami
Isteri yang bercerai mati atau yang kematian suami juga tidak berhak untuk mendapat nafkah iddah walapun mereka sedang hamil. Ini telah dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad saw seperti di bawah :
“Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami”.
(Riwayat Darul-Qutni)
Kenapa isteri kematian suami tidak berhak mendapat nafkah? Pertamanya kerana kematian suami menjadikan tanggungjawab seorang suami kepada keluarganya gugur secara automatik. Kedua si isteri boleh atau berhak untuk membuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami demi kelangsungan hidup mereka anak-beranak.
Nafkah Isteri Tertunggak
Nafkah isteri tertunggak atau tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya semasa dalam ikatan perkahwinan. Ini termasuk tidak membayar mas kahwin, tidak memberi nafkah hidup, tunggakan nafkah anak dan sebagainya. Tunggakan-tunggakan ini pada akhirnya akan menjadi hutang pada si suami dan wajib dibayar. Bekas isteri boleh menuntut tunggakan tersebut di Mahkamah Syariah.
Bagi memudahkan proses tuntutan tunggakan tersebut, kedua-dua pihak adalah disaran menggunakan perkhidmatan peguam. Tapi bagi yang tidak berkemampuan, mereka boleh membuat permohonan kepada Biro Bantuan Guaman.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Islam agama yang adil dan saksama kepada kaum wanita. Banyak kelebihan dan hak yang diberi bagi memastikan kedudukan wanita yang diceraikan terjaga dan tidak dipandang serong masyarakat.
Cumanya wanita itu sendiri kena ambil tahu tentang hak-hak yang berhak ke atas mereka dan berfikiran kehadapan dengan membuat tuntutan seperti yang ditetapkan syarak demi kelangsungan hidup yang baru. Dan cara yang sebaiknya adalah dengan selesaikan isu tuntutan tersebut secara berhikmah antara suami dan isteri agar tiada persengketaan di kemudian hari.
Hai, Assalamualaikum semua.. morning 🤗
Ewahh, pagi ni mood baik pulak cik mimi ni kan. Excited la nak menaip kat blog. Dapat idea, laju tekan keypad phone. Nak tekan keyboard laptop, laptop dalam ICU. Lepas 31hb baru boleh siap. But it's okay.. Janji usaha nak update ada kan..
Haaa, dah alang alang tengah cuti perintah berkurung ni, cik mimi mula la terfikir..
Kalau la dapat pergi bercuti, nak bercuti di mana..
Sebenarnya ddy dorang ada plan juga, nak ke Cameron Highland. Ehhh, cik mimi pun sebenarnya berhajat sangat sangat nak ke sana lagi dengan anak anak pulak. Maklumlah, haritu last pergi tahun 2013. Baru sebulan kahwin.
Lepas ada anak anak, memang tak pergi dah. Kiranya masuk 7tahun tak jejak Cameron. Tengok orang pergi ulang alik selalu, jelesnyaaaa..
Dan dalam masa yang sama, cik mimi try la tengok tengok, hotel mana yang best dekat Cameron. Ehhh, sebenarnya banyak hotel menarik. Cik mimi tak tau pun bersepah sana sini hotel. Yela, tak biasa dengan tempat disana kan..
Tapi kan..
Kali ni teringin la nak pergi hotel yang permandangan dia penuh dengan bunga-bungaan.. Sedia maklumlah kan.. Cameron kan terkenal dengan tempat yang sejuk lagi mendamaikan.. Kalau dapat duduk di hotel ala ala dalam ladang bunga pun rasanya best kan..
Nama pun pergi bercuti. Nak tenangkan fikiran. Nak rasa rest sangat dari kesibukan kota. Kita cari la sesuatu yang indah pada pandangan. Tak gitu?
Dan ada 1 benda yang cik mimi terjumpa.
Penginapan di Cameron Highland yang dikelilingi pemandangan ladang yang indah salah satunya Hotel Kea Garden..
Wahhhhhhh.. Teruja pulak tengoknya.. Macam memenuhi keinginan hati je.. Makin berbunga bunga hati cik mimi tengok bunga yang indah tu..
Jom tengok story pasal hotel ni.
Hotel Kea Garden
Hotel ni penuh dengan bunga di sana sini. Pelbagai warna dan jenis pulak tu. Reka bentuk bangunan pun cantik. Macam dalam filem pulak rasanya.
Siap ada air terjun warna warni lagi!! Confirm lawa time malam kan.
Bangku-bangku untuk berehat pun disediakan. Ngam untuk lepak sambil perhatikan anak-anak bermain dalam taman.
Ada 2 jenis penginapan ditawarkan ialah bilik jenis deluxe twin, deluxe king, deluxe queen, family room, suite junior dan suite deluxe.
Dengar kata lokasi hotel ni pun sangat best. Terletak di hujung pasar Kea Farm yang popular tu. So tak perlu nak pening kepala pikir tentang parking. Keluar dari kawasan hotel dah boleh shopping sayur, buah, sourvenir semua tu. Ladang strawberry pula hanya bersebelahan hotel. Syok tu.
Okay, menarik. Boleh masuk checklist hotel pilihan cik mimi. 😍😍😍
Boleh plan bercuti after habis Covid-19 nanti atau lepas raya nanti.

Kea Farm,
39100 Cameron Highlands, Pahang.
Harga : RM140- RM197
Okay, menarik. Boleh masuk checklist hotel pilihan cik mimi. 😍😍😍
Boleh plan bercuti after habis Covid-19 nanti atau lepas raya nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons