Showing posts with label Resepi Donut Gebu. Show all posts
Showing posts with label Resepi Donut Gebu. Show all posts

Thursday, 8 November 2018

Cara Uli Doh Donut

6:14 pm 13 Comments


Hai readers.
Petang-petang gini dah standby minum petang ke? Harini mama zara buat donut lagi. Haha
Kes nya nak bagi jiran rasa. Sebabnya haritu letak gambar donut kat status whatsApp, jiran kata nak beli. Kita tak menjual pun. Haritu pun buat ngam tuk makan sendiri je. So harini kita buat dengan niat nak bagi rasa la.

Cerita pasal buat donut ni, kita tunjuk la step dia ye sesikit. Takde video tutorial tau. Hehe. Sebab dan snap step dia je la. Rasanya boleh je paham. Sebab senang je pun cara dia. 
So, jom tengok step dia. Yang dah memang teror buat tu jangan kecam ye. Kita nak tolong kengkawan yang baru nak belajar je. 

Bahan-bahannya :  (ni ukuran kita ye)
1 cawan tepung gandum (kita guna gelas tinggi sejengkal je macam tu)
1 sudu marjerin
1 sudu susu pekat manis
1 sudu teh yis (kita guna mauripan)
1/4 cawan air (air ni kita tak terus masukkan semua ya, masukkan sikit-sikit)
Secubit garam
Gula ( tak letak sebab nak elakkan terlebih manis)

Cara-caranya : 



Masukkan tepung, planta, susu pekat manis, yis dan kacau rata dahulu. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit. 



Gaul rata sampai menjadi doh. Kalau nak tahu doh tu dah menjadi ke belum, pastikan tangan dah tak terlekat dengan tepung doh tu tau.


Macam tangan kita ni, kira doh dah cukup air semua la. Dah tak lembik. 


Uli dalam 10 minit macam tu sebelum bentukkan dia. (kalau ukuran kecik, takyah uli terlalu lama)

Kita buat lubang bila dia dah betul-betul kembang. Kiranya masa nak goreng baru kita buat lubang tengah. 


Sebelum goreng, doh tu kita biarkan dalam sejam tau. Bagi dia betul-betul kembang. Jadi tak la bila makan tu rasa macam yis tak kembang ke apa. Kadang ada rasa pelik kalau yis/mauripan tu tak cukup kembang kan. Bila goreng, donutnya tu macam meresap minyak banyak. (pernah ada pengalaman) 😅


Okay, agak-agak macam mana? Mesti boleh paham kan? So, selamat mencuba. 


Monday, 8 October 2018

Donut Sedap, Mudah Untuk Dibuat.

9:01 am 23 Comments

Donut Sedap, Mudah Untuk Dibuat.


Sebenarnya kita ni seorang yang suka sangat dengan donut. Dulu kalau duduk dengan mak, mak rajin la buat. Sejak kita pindah, mak cakap kalau buat donut dah takde sapa nak makan. Alahai.. Sedih pulak dengar. Yela, penat je uli tepung, pastu takde tukang makan kan?

Sejak kawen kita bukan jenis kerap balik umah mak. Jauh. Dulu masa duduk gemas, ada la setahun balik sekali. Kalau ada hal penting, setahun 2kali. Jadi kalau teringin masakan mak, memang agak terhad. So, nak taknak, kena belajar buat sendiri. Mintak resepi dari mak, then buatlah.

Sejak dari kat gemas lagi, banyak kali dah try and error buat donut. Kebanyakkannya resepi dari google la. Ada yang copy dari FB. Ada yang tak menjadi. Naik memang naik. Tapi macam tak gebu. Tepung dia macam serap minyak. Sebab resepinya tu ada pakai minyak. Ada pakai majerin sekali. So, fail kat situ.

Malam hari isnin minggu lepas tu terbayang bayang donut gebu gebas then disaluti gula ala ala pakai bedak tu haaa.. So semalam pagi selasa esoknya tu gigih la main uli tepung. Kebetulan ddy dorang keluar kerja awal. So macam macam projek la kita boleh jalankan. Hehehe

Sementara budak budak masih tidur, so kita buat la kerja dengan tenang. 
Ni kita share bahan yang digunakan untuk buat donut ni ye. Kalau nak bagi lagi sedap gebu, biarkan dia naik betul betul kembang tau. 

Bahan bahannya : (ni ukuran saya ye)
1 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 sudu susu pekat manis
1 sudu teh yis 
1/4 cawan air (air ni saya tak terus masukkan semua ya, masukkan sikit-sikit)
Secubit garam
Gula (saya tak letak sebab nak elakkan terlebih manis)

Cara-caranya : 
Masukkan tepung, planta, susu pekat manis, yis dan masukkan air sikit demi sedikit. 

Gaul rata sampai menjadi doh. 

Uli dalam 20-30 minit macam tu sebelum bentukkan dia. 

Doh Selepas Diuli
Lebih kurang 50minit dibiarkan kembang.
5 minit masa tambahan.
Selepas digoreng.
Siap untuk dihidangkan.

Resepi ASAL saya rujuk dari SINI. Selamat mencuba! 

Sponsor

Comments