Sponsor

Monday, 8 October 2018

Donut Sedap, Mudah Untuk Dibuat.

Donut Sedap, Mudah Untuk Dibuat.


Sebenarnya kita ni seorang yang suka sangat dengan donut. Dulu kalau duduk dengan mak, mak rajin la buat. Sejak kita pindah, mak cakap kalau buat donut dah takde sapa nak makan. Alahai.. Sedih pulak dengar. Yela, penat je uli tepung, pastu takde tukang makan kan?

Sejak kawen kita bukan jenis kerap balik umah mak. Jauh. Dulu masa duduk gemas, ada la setahun balik sekali. Kalau ada hal penting, setahun 2kali. Jadi kalau teringin masakan mak, memang agak terhad. So, nak taknak, kena belajar buat sendiri. Mintak resepi dari mak, then buatlah.

Sejak dari kat gemas lagi, banyak kali dah try and error buat donut. Kebanyakkannya resepi dari google la. Ada yang copy dari FB. Ada yang tak menjadi. Naik memang naik. Tapi macam tak gebu. Tepung dia macam serap minyak. Sebab resepinya tu ada pakai minyak. Ada pakai majerin sekali. So, fail kat situ.

Malam hari isnin minggu lepas tu terbayang bayang donut gebu gebas then disaluti gula ala ala pakai bedak tu haaa.. So semalam pagi selasa esoknya tu gigih la main uli tepung. Kebetulan ddy dorang keluar kerja awal. So macam macam projek la kita boleh jalankan. Hehehe

Sementara budak budak masih tidur, so kita buat la kerja dengan tenang. 
Ni kita share bahan yang digunakan untuk buat donut ni ye. Kalau nak bagi lagi sedap gebu, biarkan dia naik betul betul kembang tau. 

Bahan bahannya : (ni ukuran saya ye)
1 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 sudu susu pekat manis
1 sudu teh yis 
1/4 cawan air (air ni saya tak terus masukkan semua ya, masukkan sikit-sikit)
Secubit garam
Gula (saya tak letak sebab nak elakkan terlebih manis)

Cara-caranya : 
Masukkan tepung, planta, susu pekat manis, yis dan masukkan air sikit demi sedikit. 

Gaul rata sampai menjadi doh. 

Uli dalam 20-30 minit macam tu sebelum bentukkan dia. 

Doh Selepas Diuli
Lebih kurang 50minit dibiarkan kembang.
5 minit masa tambahan.
Selepas digoreng.
Siap untuk dihidangkan.

Resepi ASAL saya rujuk dari SINI. Selamat mencuba! 

23 comments:

  1. fav sha ni donut! dulu try buat tapi keras hahaha

    jom join giveaway sha :D http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete
  2. suka makan donut tapi nak buat memang tak jadi..tangan kalau bab masak kuih-kuih nie memang terus tak jadi haha..kalau masak lauk tu boleh pulak menjadi..

    ReplyDelete
  3. mcm2 resepi doh donut ni..tp mostly sama jer..kat rumah tu mmg wajib buat donut tiap2 2 3 kali sebulan semuanya hantu donut hehe

    ReplyDelete
  4. Bila buat donat ni kan kadang tak lembut, kenapaa yeah.

    ReplyDelete
  5. Wah sedapnya donut.. Lama dh xbuat.. Mesti kekok.. Ada resepi ni sngla nk tgk.. Hehe..

    ReplyDelete
  6. Adoi sedapnya lah.. Boleh lah zaza belajar buat donat pulak nanti

    ReplyDelete
  7. Oh yes! and boleh dobuat pau or roti juga, I suka di sapu sambal ikan bilis.

    ReplyDelete
  8. kita pun suka makan donat..tu la takut kalau buat mesti tak menjadi..keras la..lembik tepungla..hahaa..tapi rasa nak buat juga

    ReplyDelete
  9. One of my fav ! Yummyy. Tapi kalau part buat tu sy tak brapa cun, part makan serah je pada i ..haha

    ReplyDelete
  10. Akak suka donut..tapi tu la...akak x pandai buat kuih..akak pandai masak lauk je.. adik akak yg pandai buat kuih..heheh

    ReplyDelete
  11. Wahh mudah Dan sedap! Rasa nak Cuba masak sendirilah nanti hehe pikat mak mertua

    ReplyDelete
  12. Tiba2 mengidam lepas tgok donut ni. Nak suh mak buat lah. Nak buat sendiri tak geti. Mesti gebu gebas kan donut ni..

    ReplyDelete
  13. Sis memang tak pernah cuba lagi buat donut. Tak berani nak cuba takut tak menjadi..hehehe. Nanti nak cuba jugaklah, sampai bila tak nak cuba ya tak? Tak cuba mana tahu menjadi ke idok..:D. Ok nanti sis nak cuba pakai resepi ni..tq ya

    ReplyDelete
  14. Gebu-gebu betul donut tu. Rasa teringin pulak nk mkn donut buatan sendiri. Okay nk cubalah buat guna resepi yg akak bg. Hopefully menjadi. Thanks for sharing the recipe ya

    ReplyDelete
  15. alamak ringkas je bahan dia konpem anak akan suka kalau i buat ni sebab dia memang peminat donut... nak pula donut yang gebu gebas mesti lah dia suka... weee.. nampaknya I nak try la resepi u ni memang nampak ringkas sangat nyum nyum nyum :)

    ReplyDelete
  16. Kak pun suka mkn donat,tp feel nk buat donat heeee. Dah ada resepi ni blhlah cuba

    ReplyDelete
  17. Resepi ni memang simple tapi kan kena pandai buat ikut bahan yang cukup. Ada pernah buat donut jadi keras terus xnampak lubang. kembang terus.

    ReplyDelete
  18. Setakat ni tak pernah lagi buat donut sendiri. Takut tak jadi je hahah. Pandai Mimi boleh buat sendiri, boleh letak gula secukup rasa kan heheh.

    ReplyDelete
  19. Gebunya donat awakkkk...
    Adui fav sangat niiii
    Tpi kita failed bab2 buat kuih muih ni

    ReplyDelete
  20. I didn't know it's that easy to make donuts, thanks for sharing the recipe, I'll try it out soon.

    ReplyDelete
  21. Lama sungguh tak makan donat ni. Ada jenis beli kat luar tak sedap, tercekik je bila makan.

    ReplyDelete
  22. Alahai sedapnya donat. Saya suka malan donat big apple. Nal buat sendiri xde skill haha

    ReplyDelete

Comments