Sunday, 7 October 2018

Nufael, Susu Kambing 100% Asli Dan Organik Bermanfaat Seisi Keluarga!

Nufael, Susu Kambing 100% Asli Dan Organik Bermanfaat Seisi Keluarga!


Bila bercerita pasal susu ni, tentunya kita terbayangkan susu yang berwarna putih kan? Tak tak semua orang suka dengan susu yang berwarna putih, betul tak? 
Tapi kan, harini mama zara nak share la tentang 1 susu ni tau. Susu Nufael nama dia. Pernah dengar tak?



Alaaa, korang tak kan tak perasan. Adik Fattah Anas dutanya tu haa.. Ehhh, tak kenal siapa Fattah Anas? Haaa, kena google la nampaknya tu. 
Rugi tau tak kenal siapa Fattah Anas tu. Budak yang licah dan petah berkata kata tu haa.. 
Petah bercakap lepas minum susu Nufael ke tu..
Hehe

Harini, kalau mama zara ni nak share tentang susu Nufael ni, ada ke yang nak tahu ni? Rugi tau kalau tak ambik tahu kelebihan dan kebaikan tentang susu Nufael ni. Kalau tak nak tahu, mama zara ni tetap nak share tentang susu ni jugak ehh..

Pengenalan :
Nufael adalah produk terbaru keluaran jenama POPULAR BAJU MENYUSU Feedmilk. Feedmilk telah berjaya membantu ramai golongan para ibu melalui keluarannya iaitu Baju Menyusu #SelamberSelak diikuti oleh Milkbooster Femilac dan diikuti dengan alat membantu ibu menyusu iaitu Breastpump Magik dan juga Milk Storage. Complete set!



Founder FEEDMILK :
Anys Syuhada atau dikenali lebih mesra dengan panggilan Anys Paloma merupakan founder Feedmilk. Seorang wanita muda yang bekerjaya telah mengeluarkan produk baru iaitu Susu Kambing 100% Asli dan Organik. 

Kini Nufael merupakan produk terbaru mereka dalam pasaran Feedmilk. Apa yang menariknya tentang NUFAEL ni ialah, Susu yang dikhaskan untuk kegunaan seisi keluarga. Yang saya tahu, dari peringkat anak berumur 2tahun dah boleh minum susu Nufael ni tau. Sehingga la ke peringkat atok nenek pun boleh.

Rumusan Istimewa! :
Nufael dihasilkan dengan bahan bahan yang istimewa. Ini kerana ia dihasilkan dengan 100% susu kambing ASLI dan ORGANIK!
Serta Ekstrak dari Bahan Sebenar iaitu Delima, Madu, Kurma, Kismis, Manna dan juga Minyak Zaitun.

Golongan Disarankan :
Nufael boleh dikatakan seperti #Supermilk kerana boleh diminum seisi keluarga dan juga mereka seperti :



1. Ibu Hamil : Ibu hamil digalakkan untuk mengambil susu nufael kerana ia dapat membantu untuk memudahkan bersalin, in shaa Allah kandungan tidak akan mendapat jaundice selepas dilahirkan, HB juga terkawal. Dapat menstabilkan hormon dan juga memberikan tenaga sepanjang hari. 



2. Kanak-kanak : Untuk kanak kanak, disarankan yang berumur 2tahun dan ke atas ye. Ini kerana dikatakan susu Nufael dapat membantu untuk mereka cepat bercakap, fokus dalam pembelajaran, mudah menghafal dan menambahkan selera makan disamping membantu mereka dalam melawaskan pembuangan dan mengelakkan kembung perut.



3. Ibu Berpantang : Susu Nufael juga dikatakan dapat membantu ibu berpantang dalam memberikan tenaga dan mengelakkan sembelit. Bagus juga saranan ni kan? 2kali dah merasa pengalaman mengandung dan melahirkan. Masa dalam pantang pulak nak makan apa apa sangatlah terhad. Kalau la susu Nufael dah ada sebelum ni, memang mama zara ni tak lepaskan peluang tuk amalkan tau. Sebab nak bagi baby pun kenyang masa menyusu.

4. Wanita : Golongan wanita ni kita sedia maklum selalu sibuk dengan pelbagai kerja. So apa kata, cuba la susu Nufael. Boleh menambahkan tenaga untuk kehidupan seharian dan melancarkan peredaran darah juga.

5. Pelajar : Kalau ada anak anak yang bersekolah, rasanya elok juga galakkan mereka minum susu Nufael ni. Mudah mudahan boleh membantu untuk mereka lebih fokus belajar dan mendatangkan minat yang tinggi untuk belajar.

6. Lelaki : Golongan suami atau lelaki diluar sana boleh je amalkan minum susu ni tau. Sekiranya ada masalah kesihatan macam kencing manis ke, kolestrol ke, boleh je amalkan. Sebab susu Nufael ni TIADA GULA TAMBAHAN, PERASA dan PERISA TAMBAHAN.

7. Warga Emas : Selalu ibu ibu kita mesti minum susu kan untuk kekal bertenaga? Apa kata kita beri mereka susu Nufael ni. Boleh hadiahkan pada mereka sebab khasiatnya yang tersendiri. 

ADAKAH IANYA HALAL ?
Semestinya susu NUFAEL ini HALAL. Walaupun ianya produk baru keluaran Feedmilk, pihak Feedmilk dalam proses mendapatkan logo HALAL Jakim yang dijangka akan dapat pada hujung tahun ini.

Dan juga kilang pemprosesan NUFAEL ialah dipantau oleh MESTI dan KKM SUCI dan BERSIH.

Mungkin ada yang kurang berkeyakinan nak mencuba kan? Jom kita tengok beberapa TESTIMONI pengguna lain. 












Cara Bancuhan :

- Campurkan 3 skop dengan 170ml air suam dan kacau lawan arah jam sehingga larut untuk kebersanan dari bahan sebenar.

PERINGATAN :
1. Pastikan semua peralatan  telah dicuci bersih sebelum penyediaan.
2. Elakkan menggunakan air panas mendidih untuk bancuhan supaya khasiat susu sebenar dan ekstrak bahan sebenar tidak hilang.
3. Bancuh menggunakan air suam dan juga boleh diminum sejuk.
4. Untuk kanak kanak, pastikan tidak melebihi 4kali dan perlu diseimbangkan dengan makanan sihat.



Pendapat Mama Zara Setelah Merasai Sendiri Susu Nufael.

Sebenarnya kan, saya kalau dengar je susu tu adalah 'susu kambing', macam-macam la ada dalam kepala otak ni tau. Dari bujang lagi tak berapa nak telan kalau susu tu kaler putih. Macam susu Nufael ni kan, bila terbaca dia adalah susu kambing 100% asli dan organik, rasa macam nak cuba jugak. 

Seumur hidup pertama kali rasa susu kambing, susu Nufael ni la. Tak sangka pulak susu Nufael ni sedap. Rasa macam kurma pun ada tau. Berbau?? Langsung takde bau pelik. Bau sedap je ada la. Masa minum tu tak perasan pulak susu tu susu kambing. Dah habis minum baru perasan, ehhh ni susu kambing kan?? Haha

Lepas ni nak bagi Zhareef minum pulak. Sebab mana tahu boleh membantu dalam melancarkan percakapan dia kan. Ikutkan dia boleh je bercakap. Tapi malu malu. Zara pun ada masa suka minta susu yang adik dia minum sekarang ni. So lepas ni boleh la gantikan susu Nufael untuk seisi keluarga.

Mungkin kalau ada keizinan Allah untuk pregnant lagi, saya akan memilih NUFAEL sepanjang proses mengandung. In shaa Allah! Tak perlu pening kepala dah pikir susu apa nak minum,kan.

Dan mungkin nak suggest juga dekat adik ipar yang tengah pregnant sekarang untuk amalkan minum susu Nufael ni. 

Mungkin ada yang nak tahu, berapa harga yang ditawarkan untuk sekotak susu Nufael ni kan? 
Harga yang ditawarkan untuk sekotak susu Nufael ni ialah RM 48 sahaja. Dengan berat 300gram.

Maklumat lanjut mengenai NUFAEL :


Alamat HQ : 

No 9, Jalan Keluli, AK7/AK, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Website Official :




Facebook page : Nufael Susu Kambing HQ



No. Tel : 0168404932



Instagram Anys Paloma (Founder)

https://www.instagram.com/anyspaloma/

Kepada yang nak jana pendapatan dengan Modal dropship tetapi keuntungan Stokis,
boleh terus daftar disini, terhad tau!

Pengedar

22 comments:

  1. Replies
    1. Best ciknor. Meh la try. Sebab 1fmly blh minum tau.

      Delete
  2. wahh tak bau kan baguslah boleh minum hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berbau pelik. Bau sedap je tau. Meh la try. Untungnya 1fmly blh minum. Hihi

      Delete
  3. Ramai dah orang bercerita tentang susu kambing nufael ni walaupun produk ni baru dipasaran.. gara2 fattah anas viral ni yea.. huhu

    ReplyDelete
  4. bagus susu kambing ni untuk ibu-ibu mengandung dan menyusu, baca khasiatnya kemain hebat lagi ek... tambahan pulak produk tempatan ni kan

    ReplyDelete
  5. susu kambing memang banyak khasiat kan...ramai juga yang dah minum susu nufael ni...nak beli juga lah untuk anak2

    ReplyDelete
  6. Wahh menarik juga produk ni! Selalu baca review berkenaannya. Memang rata2 berpuas hati. Yang lagi best susunya sesuai untuk semua peringkat umur tu. Keenakan dan khasiat yang boleh berkongsi memang sentiasa pilihan yang terbaik! Hihi

    ReplyDelete
  7. banyak juga iklan nufael ni. banyak juga promosi mereka. siapa fattah anas ni?

    ReplyDelete
  8. Susu si fattah anas comel. Susu kambing mmg baik untuk baby ke ibu mengandung. Tambah2 ni ada ramuan organik kan. Mesti lagi bagus. Nak try consume lah.hehehe

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi try Nufael ni tp teringin nak cuba. Tau pasal jenama ni sebab viral pasal anas dan papa anas tu hehe

    ReplyDelete
  10. Sama macam Cik Min. Tau pasal jenama susu ni sebab viral kes Anas, Papa Anas dan founder di IG. Tak pernah try Nufael ni.

    ReplyDelete
  11. Ramainya blogger shared pasal susu viral ni. SR tak pernah cuba lagi minum susu ni. hehe.

    ReplyDelete
  12. nampak seperti ia sebuah susu formula yg bagus. susu kambing fresh mmg bagus tp hanyir dia xtahan. sebab tu lebih memilih susu formula. okay bolehlah pertimbangkan susu nie nanti

    ReplyDelete
  13. Banyak betul ye khasiat susu ni. Bahan yang digunakan pun makanan sunnah. Bagus untuk minda

    ReplyDelete
  14. Anys Paloma ni viral sebab orang ingat dia mama fattah anas. hehehe tapi bagus jugak, terus orang kenal produk susu kambing nufael ni hehehe

    susu kambing ni memang banyak banefit, nanti nak check lagi info tentang susu ni. boleh share dekat kawan-kawan yang ada anak kecik.

    ReplyDelete
  15. Ada campuran madu ke dalam susu Nufael ni? Sebab tu sedappp. Rasa tertarik sebab ada madu heheh. Jarang jumpa susu yang takde bau susu ni.

    ReplyDelete
  16. Ooo ni la susu viral tu kannn...
    Tak pernah try lgi yg ni..nanti boleh la give a try utk anak i yg no 2 ni sebab nk wean off dah

    ReplyDelete
  17. Oh nufael ni susu organik rupanya. Emi first time tahu pasal jenama ni. Anak buah emi minum susu kambing jugak, tapi dari jenama yg lain. Emi pun dah lupa jrnama apa.

    ReplyDelete
  18. Banyak rupanya khasiat susu kambing ni..eh bau pun takde ye. Biasa susah nak minum susu kambing ni sebab bau hamisnya yg kuat..yg tepung takde isu kan

    ReplyDelete
  19. Ni yang susu fatah anas minum ye..hehehe...susu kambing semua bagus..untuk anak-anak dan orang dewasa..memnag kena maik sebagai minuman harian ni...banyak khasiat

    ReplyDelete
  20. Susu kambing ini sangat banyak manfaatnya bagi kesehatan kita kita ya. Baik.pada kanak kanak maupun pada orang dewasa dan orang tua. Semua pantas mencoba untuk kesehatan badan kita

    ReplyDelete

Sponsor

Comments