Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah..
harini genap 38 minggu baby duk dalam perut mama dia ni.. Belum kasi hint lagi
bila agaknya si kecik ni nak keluar.. Baby tunggu daddy awak balik ke?
Alhamdulillah..
esok nak pergi checkup kat KKIA sini. Tadi dah ambik tarikh appoiment. Nasib la
nurse tak mara. Maklumlah, patutnya pergi last week, tapi terpaksa skip atas
sebab yang tak dapat dielakkan.
Hope
checkup esok everything ok la.. Tadi sempat juga keluar ke shopping complex. Masih
diberi kegigihan nak drive. Kereta manual ye. Haha!..
Yang
kelakar mak la.. Siap cakap boleh drive lagi ke tak..
Assalamualaikum..
Selamat Petang semua..
Tajuk
Bukan kemain panjangkan. Kena tulis jelas-jelas, supaya nanti orang tak
tersalah paham pula. Apa yang pro & kontranya bila saya kena alahan
mengandung? Erm, besar juga la perubahan ni dalam diri saya.
Saya
start mabuk dari awal pregnant lagi. Lebih kurang 4week tahu pregnant, saya dah
start pening, tak sedap badan. Tapi time tu hanya saya & suami je yang
tahu. Orang lain tak tahu lagi. Masa mabuk tu, saya paksa diri untuk makan. Sebab
saya tahu, nanti masuk 2-3 bulan ke atas, confirm tak lalu nak makan kan.
Masa
awal-awal tu paksa makan sampai mak pelik saya ni asik makan je. Memang kuat
makan la senang cite. Saya terpaksa cover, minum air banyak. Takut kurang air,
badan lembik, kang kena pergi hospital masuk air pula. Tak sanggup rasanya nak
serah diri seawal tu. Masuk 2-5 bulan akhir, memang tak lalu makan. Makan pastu
muntah.
Bila
makan, pastu muntah, maknanya saya kena jaga makan. Kadang rasa macam bagus
betul bila kena jaga makan ni. Ambik makanan yang kita serasi je. Even boleh
muntah, tapi kita akan ambik makanan yang takde la nak merapu raban kan.
Tapi
lepas dah habis alahan, masa tu ngam-ngam masuk 6bulan, saya dah boleh makan
itu ini. Tapi masih dalam keadaan berjaga-jaga. Takut nanti tak kena ter-uweek
balik. Ada la kut sekali 2 masa 6bulan jadi camtu. Pastu dah ok. Masuk 7bulan, bulan
puasa time tu. Time tu menggila nak makan kuih. Haha..
Makanan
macam nasi ke yang lain xde sangat. Tak heran. Time tu mood makan membuak-buak.
Selagi boleh makan, nak makan je.. geleng kepala en.suami tengok. Nak buat
macam mana. Asik lapar je. Trimester pertama dan kedua alahan kuat kan, masuk
trimester ketiga mula balun makan merapu-rapu.
Pro
& kontranya kat sini, sampai ke 9bulan ni, bila kena alahan, makan
berjaga-jaga. Bila dah hilang alahan, makan menggila. Tu pasal la MGTT pun
boleh sangkut. Haha.. padanlah dengan diri sendiri. Nak buat macam mana, nafsu
makan tu susah nak stop. Bak kata en.suami, ada membela kan.. ye, membela yang
dalam perut ni sekali. Sebab tu la mulut tak henti-henti makan. Hehe..
Sampai
1 tahap, dress labuh yang biasa pakai pun nampak sendat tang perut. Confirm baby
naik mencanak juga dalam perut ni. hehe.. takpelah nak, janji awak sihatkan..
Tetiba rasa rindu pula dengan mabuk alahan tu. Ehh, bukan la minta, TAPI,
walaupun mabuk alahan tu kadang-kadang kita rasa lembik, tak larat dibuatnya,
tapi tu la kenangan terindah buat diri saya. J
Jangan
pernah merungut/mengeluh tau kalau kena alahan even sampai dah nak bersalin,
semua tu ada hikmahnya. Saya sendiri nampak apa yang baik & buruknya pada
diri saya bila kena alahan tu.. =)
Assalamualaikum..
Selamat Pagi semua..
Pagi
ni saya just nak share antara barang keperluan baby yang baru lahir. Senang kata
baby first macam saya ni la.. senang bila buat list kan.. Nanti akan datang
senang nak rujuk. Ni pun list yang orang bagi pada saya, yang saya rujuk dari
mana-mana blog (minta halal ye) dan juga PaMa.
If
ada yang saya tertinggal ke, inform la ye kut-kut benda tu penting tapi saya
tak perasan. Maklumlah, first baby kan. Macam baju memang saya tak beli banyak
pun. Setakat ni ada 7pasang je. Tunggu nak scan kat ipoh minggu ni hope dapat
la nampak jantina baby. Adakah sama dengan yang HTD bagitahu ke tidak.
Pastu
kalau dah sure, baru tambah. Bukan tak nak beli yang unisex. Kang keluar
perempuan, banyak pula pakai baju tshirt je.. hehehe.. nampak tak cun pula kan..
:P
Kang
asik beli kaler biru, hijau, putih, tup tup girl, takde pula baju pink-pink
kan.. haha.. (pada hakikat mama awak kureng ngan kaler pink2 nak oii)
Macam
mandian, bedak tu saya ambik pek travel je. Sebab kecik comel je kan. Senang nak
bawa sana sini. Lagipun kita tak tahu baby nanti alah ke tak dengan benda tu. So
nak selamat, saya ambik pek travel dulu. Kalau habis kita beli hat lain pula
kan.. J
Ok
la.. setakat ni je la dulu ye.. nanti saya share yang lain pula ye.. ^_*
Maaf kalau ada terkurang ye. list yang korang boleh rujuk dari segi perkara la.. macam bilangan tu sebab saya nak tahu berapa kuantiti yang saya ada.. tu je.. ^_*
Yang mana kosong tu, maknanya memang saya tak beli lagi la..
Yang mana kosong tu, maknanya memang saya tak beli lagi la..
Assalamualaikum.. Selamat Pagi..
alhamdulillah.. 3minggu lagi dari sekarang.. semoga dipermudahkan segala urusan untuk berjumpa dengan Permata Hati ini..
amin..
Assalamualaikum..
Haritu
saya ada kata yang 22hb kena dengar ceramah kesihatan kan? Actually bukanlah
ceramah pun. Sekadar perbincangan kut. Sebab bukan ramai pun yang kena dengar.
Tadi pun 1 group saya just 3 orang.
Kenapa
tak ramai? Sebabnya dorang pilih. Pilih sebab haritu lepas buat BSP doctor dah
tulis siap-siap kena dengar la perbincangan sikit dari pakar yang datang dari
putrajaya tu. Ok la bagi saya. Ingatkan tak dapat pergi. Tapi sebab en.suami
kerja, so saya luangkanlah masa pergi ke sana. Dengar la apa yang patut.
Perbincangan
tadi pakar tu tanya juga makan apa pagi sebelum hari yang kena berpuasa tu. So
dia pesan supaya berjaga-jaga takut nanti lepas masuk umur 40tahun kita boleh
dapat kencing manis yang kekal. Huh! Kena jaga-jaga makan ni.
Then
pakar tu bagitahu juga tentang sukatan makanan yang perlu diambil. Actually apa
yang menyebabkan kita boleh dapat kencing manis ni kalau kita terlebih ambik
karbohidrat dalam pemakanan kita. Contohnya macam nasi, mee, roti, biskut dll..
Gulp!
Terkejut jap. Saya sekarang menggila sukakan roti gardenia yang Rm0.80 tu.
Patutlah kalau kurang makan pun, berat still naik sebab kuat makan roti. Nak
buat camne, tersuka pula dengan roti tu. Then sebaiknya juga makanlah buah
sebelum kita makan nasi.
Pastu
pakar tu juga bagitahu, buah kalau kita buat jus, kandungan gula dia tinggi
walaupun buah tu kita tak bubuh gula. Sebabnya bila kita buat jus, bermakna
kita blender buah tu. Jadi kandungan dia terkumpul. Fuhh, gitu.. baru plan nak
buat jus buah selalu balik ipoh nanti.
Erm,
lagi 1, saya tanya juga adakah minum soya tu tak bagus. Sebab banyak pandangan
yang saya dengar macam-macam akan terjadi pada baby bila lahir. Bak kata pakar
tu, kacang soya elok sebenarnya. Cuma ianya bergantung pada ketahanan badan seseorang
tu. Fuhhh, lega sekejap bila dapat tanya tentang isu soya ni.
Ada
yang kata nanti anak kena eczema la, ada yang kata kena kanser la, sapa yang
tak risau kan? Betul tak? So bila ada peluang bertanya, jadi saya bertanya la.
So lepas ni tak perlu la nak ragu-ragu sangat tentang minum air soya ni. boleh
minum, tapi janganlah minum sampai tak berhengat ye..
Then
lagi 1 elok juga makan tempe, tauhu. Haaaaa, yang tu pun kang dibuat dari
kacang soya juga. Jadi macam mana nak elak kata kacang soya not good kan? Dah
la saya suka makan tempe goreng sekarang ni. bak kata pakar tu, goreng tempe tu
biar sampai minyaknya tos betul-betul baru makan.
Baiklah..
kena beringat sekarang ni. apa-apa pun semua ni bergantung pada ketahanan
seseorang. Jangan terlalu risau nak makan itu ini. Tapi saya tetap juga risau.
Mana taknya, risau baby dapat sakit, kita juga yang salah sebenarnya kan. Sebab
tak jaga makan.
Apa-apa
pun tawakal la.. moga-moga baby kita akan sentiasa dilindungi Allah.. buat masa
ni minum air zamzam. Dah habis stok la pula. Ingat nak cari air safran la pula
esok. Harap-harap la jumpa.
Nota
: sedih.tak dapat balik ipoh harini.postpone next week.hope baby belum bagi
hint nak kuar lagi ye nak.tunggu sampai ipoh.sedih mama awk ni.. :’(
Assalamualaikum..
Orang
selalu kata, kalau time pregnant ni mesti ada benda yang kita suka buat dan ada
benda yang kita tak suka buatkan.. kadang benda tu kalau tak pregnant, jangan
harap la nak buat.. tapi time pregnant mesti sebaliknya..
Sama
la macam saya sekarang ni pun. Sepanjang 9bulan pregnant ni, ada beberapa
perkara yang saya perasan yang dulu suka buat, time pregnant tak suka buat /
tak buat langsung. Adatlah tu kan.. Perubahan yang normal sebenarnya pun.
Salah
1 perkara yang saya perasan bab pakai tudung. Kalau sebelum pregnant, ok je
kalau nak pakai tudung bawal ke, selendang ke, tapi time pregnant ni selendang
langsung tak tersentuh. Sentuh nak kemas adalah. Nak pakai memang tak la..
kalau tudung bawal pula time kerja suka pakai. Tapi kena time pregnant ni cukup
malas. Malas nak iron. Haha!..
Pastu
kalau sebelum pregnant ok je kalau nak bermakeup-makeup sikit kalau nak kuar. Tak
kisah la nak pakai mascara ke apa.. Kena time pregnant ni, usah harap la ye. Cukup
la sekadar tempek krim muka ngan bedak je. Lipstick pun jangan harap la..
aduhai.. pemalas sungguhkan.. Bajet dah cun sangat okeh kalau tak bermakeup
pun. Lepas beranak ni takleh la nak comot-comot. Lari cik abg karang xmo jalan
sebelah. Hehe
Pastu
barang kemas. Kalau dulu nak kuar mesti nak pakai cincin tunang ke, cincin
risik ke, cincin kawin ke, mesti nak terselit la antara 1 tu. Tapi kena masa
pregnant ni, cukup malas nak pakai. Pakai pun cincin sedia ada yang mak bagi
tu. Cincin yang dah dipakai dari tahun 2008 lagi. Tapi sekarang tak pakai apa
dah. Takut jari gemok, lupa buka bengkak pula kan. Kalau rantai leher ke,
jangan ditanya la ye. Memang tersimpan rapi je.
Pastu
kasut kalau time keluar. Dari awal pregnant sampai ke sudah 1 kasut tu je kalau
digunapakai. Haha!.. Jimat sesangat. Langsung takde keinginan nak beli kasut
lain. Memang la time pregnant tak boleh nak pakai heel kan, tapi ntah napa
nafsu nak shopping kasut memang takde. Maybe sebab saya pun tak bekerja kan..
Jadi duit yang ada kena pandai guna.. kan..
Warna
Pink. Ntah kenapa kurang berminat. Saya ada beli 1 dress yang bunganya warna
pink, sampai ke sudah saya tak pakai.. huaaaaaaa… punya dasyat penangan
pregnant ni. sampai nak pakai warna pink pun tak lalu. Kalau beli barang pun
takde nak belek-belek yang kaler pink. Hehehe.. Tapi tak semestinya tak suka
pink, baby boy dalam perut ni kn..
Pastu perfume. Sepanjang pregnant xpakai pun. kalau pakai pun sekadar deodorant je. tak tahan dengan bau perfume. naik pening dengan bau wangi2 ni. sampaikan sabun mandi pun takleh yang wangi2 sangat.
air soya. kalau tak pregnant tak suka minum. kalau minum kadang tu rasa nak muntah. kalau minum banyaklah. tapi masa pregnant suka sangat. tapi bila tahu yang air soya ni tak elok tuk kesihatan and baby, memang stop. hope baby takde pape lah. risau sebenarnya. tu pun memang tanya pendapat orang dan sebagainya.
kuih serimuka. masa belum kawin ke, belum pregnant ke, jangan harap la nak makan sangat. tapi masa pregnant ni boleh pula sampai terngidam-ngidam. tu la penangannya. kalau makan hari-hari pun tak kisah tau. tapi sebab bila makan baby asik laaaa nak tido, maka terpaksalah tinggalkan niat nak makan kuih tu. kuih berpulut menjadi kesukaan time pregnant.
Pastu perfume. Sepanjang pregnant xpakai pun. kalau pakai pun sekadar deodorant je. tak tahan dengan bau perfume. naik pening dengan bau wangi2 ni. sampaikan sabun mandi pun takleh yang wangi2 sangat.
air soya. kalau tak pregnant tak suka minum. kalau minum kadang tu rasa nak muntah. kalau minum banyaklah. tapi masa pregnant suka sangat. tapi bila tahu yang air soya ni tak elok tuk kesihatan and baby, memang stop. hope baby takde pape lah. risau sebenarnya. tu pun memang tanya pendapat orang dan sebagainya.
kuih serimuka. masa belum kawin ke, belum pregnant ke, jangan harap la nak makan sangat. tapi masa pregnant ni boleh pula sampai terngidam-ngidam. tu la penangannya. kalau makan hari-hari pun tak kisah tau. tapi sebab bila makan baby asik laaaa nak tido, maka terpaksalah tinggalkan niat nak makan kuih tu. kuih berpulut menjadi kesukaan time pregnant.
Erm,
perkara-perkara lain, biasa-biasa je kut. Cuma ni antara yang saya rasa memang
ketara la pada diri saya la kut. Senang bila kita catat kat blog ni kan. Kut-kut
nanti pregnant second boleh tahu pe’el nya macam mana..
Yang
first ni pun tak kuar lagi.. ada hati terfikir second baby.. haha.. :p
Ohhh,
tidak..
Nota
: Agak-agak baby girl ke boy eh penangannya ni.. erm.. tak sabar nak tunggu
baby kuar.. sangat surprise baby ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons