Showing posts with label Pengalaman Di HSI. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Di HSI. Show all posts

Monday, 1 April 2019

Ct Simulation Dan Cabut Gigi.

12:43 am 20 Comments
Assalamualaikum.. 
Bismillahirahmannirrahim.. .
Untuk harini, mungkin perkongsian entri yang agak panjang. Masih ingat yang kita pernah operation masa bulan 1 haritu?
Sebenarnya, selepas operation, kita masih belum habis rawatan lagi dengan pihak hospital tau. Kecuali la kita tak datang terus semua appoiment, tu lain la. Memang anggap settle la. Hehe

Sebenarnya, selepas 5minggu operation macam tu doctor pakar ENT bagitahu, kena jumpa pakar Onkologi pulak. Untuk buat Radioterapi. Radioterapi tu apa? Radioterapi ni dia macam menggunakan laser macam tu. Then buat kat bahagian yang dikatakan ada sel sel kanser je. Kira macam kita operation kat bahagian leher, so nanti kena buat kat bahagian leher la. 

Radioterapi ni beza ye dengan kimoterapi. Kimo ni kena masuk ubat. Radio ni dia macam menggunakan laser berkuasa tinggi macam tu.


Ct Simulation 25.03.2019
Sebelum buat radioterapi ni. Kita perlu buat topeng muka dulu. Untuk cover bahagian yang sepatutnya la. Macam kita kena buat bahagian leher, so bahagian muka tu perlu dicover. 
Hari isnin 25.03.2019 kita ada appoiment dengan bahagian onkologi. So haritu kena buat ct scan dan lepas tu buat topeng sekali. 

Mesin Ct Scan

Seperti gambar dibawah ni. Sebiji macam ni la topengnya.


Masa buat ct scan tu macam biasa la. Kena puasa 6jam sampai ke waktu nak kena buat. Sebab kena masuk ubat contras tu. Badan dah kecik ni, isi pun takde, bila masuk ubat tu Allah.. Terasa gak la sakit sikit. 


Walhal sebelum ni, sebelum operation ada je buat. Tapi macam tak rasa sakit sangat. Berzikir je la bagi kurang sakit.

In shaa allah, untuk radioterapi ni akan bermula pertengahan bulan 4 nanti. Selama 33sesi. 1minggu 5hari kena buat. Setiap minggu kena buat. Doakan ye kawan kawan semoga kita kuat, dijauhkan dari rasa sakit. Supaya kita kuat untuk selesaikan sebelum raya.

Cabut Gigi | 28.03.2019
Sebelum buat radioterapi ni, doctor bagitahu kena cabut gigi. Kenapa kena cabut gigi? Sebab doctor cakap dalam kesan jangka panjang lepas radioterapi tu nanti kemungkinan airliur akan berkurang. Jadi gigi mudah rosak. So bila gigi rosak, bila dicabut risau kemungkinan lambat nak baik. Lagi lagi gigi belakang tu. Geraham. 

Macam kita, haritu 2 doctor ada bagitahu, gigi memang masih cantik. Memang sayang nak cabut. Sebab memang masih elok. Cuma prosedur untuk radioterapi tu dah macam tu. Katanya kalau taknak cabut pun boleh. Cuma risau nanti mulut susah nak buka luas. Nak cabut gigi pun susah. Kira macam tanggung sendiri la macam tu. 

Sebenarnya mula mula doctor ada bagitahu kat ddy zara kena buang 12batang gigi. Can u imagine? 12batang gigi perlu dibuang. Nak buang 1 pun seksa. Ni kan 12. Masa kita tanya doctor lelaki ni, berapa nak kena cabut. Dia kata 8batang gigi. Terkejut jap. Dok pandang encik suami. Tak terkata apa dah. Cakap kat doctor tu. Kenapa banyak sangat. Tak boleh kurang ke.. Dia geleng kepala. Ohhh makk.. Balik tu stress dia Allah je yang tahu. 3hari kot cuba pujuk hati. Terbayang bayang 8btng gigi nak kena cabut. 

Haritu kebetulan jumpa doctor lain. Doctor perempuan, cina. Cakap kat dia. Kena buang 8batang gigi jugak ke? Then dia pun terangkan macam macam. Tapi nampak dia seorang yang boleh consider. So kita cakap. Kalau nak cabut juga, cabut la 4batang je. 8batang tu banyak sangat. Saya baru nak boleh makan.

Alhamdulillah. Doctor tu macam tak menekan sangat. Dia bagi buang 4batang je. Cuma dia kata risiko rosak tu je la. Actually rosak tu lambat. Bukanlah harini selesai, esok esok gigi rosak. Ada kita sembang dengan sorang akk ni, lepas 2tahun gigi dia goyang. Means, lambat la juga kesan tu. Depend atas badan individu juga sebenarnya. Kita paham. Tapi buat masa ni encik suami macam tak izinkan nak buang lagi 2batang tu. Lagi-lagi kita bergantung harap nak mengunyah belah kanan la..sebab belah kiri ni otot lidah macam masih lemah lagi. 

So, ramai tanya, apa kaitan nak buat Radioterapi tapi kena buang gigi tu, kisahnya sebab kesan dari radioterapi tu. Kalau buat radiaterapi dekat leher, dan yang berdekatan ni, macam boleh merosakkan gigi la macam tu. 

Senang cerita, kisah kita. Buat radioterapi nanti di bahagian leher. Pastu doctor bagitahu, airliur akan kering. Pastu bila airliur kering sikit, gigi mudah rosak. 
Bila rosak, goyang ke apa la maksudnya, kena cabut. Bila cabut, luka tu lambat nak sembuh.
So doctor taknak jadi macam tu.

Then lagi 1 kata doctor, kemungkinan pesakit akan susah nak nganga luas. Erm.. Hat nganga luas ni, sekarang pun tak berapa luas juga pun. 
Tapi semuanya apa yang doctor bagitahu la. 
Kira effect dia tu. So, kalau gigi banyak rosak nanti kalau nak cabut pun, kita tak boleh sembarangan ke klinik gigi. Kena rujuk dengan HSI tu juga la. 

So, rasanya faham kan apa kita ceritakan ni? Kiranya cabut gigi tu sebab doctor macam nak ambil langkah memudahkan pesakit la macam tu. Tapi macam pesakit, kalau boleh taknak la cabut gigi selagi dia belum rosak kan? Sesungguhnya cabut secara paksa ni terseksa. Kita tak pernah sakit gigi. 😭
Kena cabut paksa 2batang tu pun Allah.. Cukup menyeksakan. 
Doctor cabut belah atas tu, siap boleh stop. Then kita pun tak tahan nganga mulut lelama. Lenguh.
Kita tengok gaya doctor cabut geraham atas tu dah macam orang bersusah payah nak cabut pokok ubi kayu tu haa..

Muka lepas kena cabut 2batang gigi

And now, i'm traumaaaa! 😫😫

Monday, 25 February 2019

Pengalaman Di Hospital : Part 3

11:04 am 39 Comments
Pengalaman Di Hospital : Part 3
Pemasangan TIUB

Hai readers.. Thank you masih sudi singgah sini. Harini kita nak ceritakan lagi pengalaman kita sepanjang di hospital tempoh hari. Dah duduk sana hampir 2minggu, so macam macam la dok merasa. Simpan kat blog ni pun sebagai 1 pengalaman. Mana nak tahu esok zara zhareef besar, nak baca kisah mama dia kan, haaa, bagi je link blog ni, cari la maklumatnya. Hehehe

Kita operation haritu 20januari. Sebelum operation doctor ada bagitahu. Ward ICU buat masa tu full. Muka doctor tu tak tahu nak kata macam mana. Cuak ke apa ntah reaksi dia. Doctor cina lelaki, muda yang handle kes kita.

Bila doctor bagitahu icu penuh, kita risau dia kata nak pending operation. Kita taknak pending. Kalau pending ntah bila operate, makin melarat la sakit kita nanti kan. Masa tuuu laa. Sekarang dah okay. Alhamdulillah..
Then doctor bagitahu, "okay syamimi, operation kita tetap akan buat juga. Tapi nanti kita akan pasang itu TIUB pernafasan luar untuk bernafas. Dengan cara tu you kalau tak masuk icu pun takpe"..

Okay. Nak tahu apa perasaan kita? Ye, seyakinnya kita boleh. Berkat bekalan kekuatan semangat dari family, suami, kengkawan semua. Kita yakin kita boleh. Dengan izin Allah. 

Mula mula doctor cerita bakal tebuk buat pernafasan luar tu, tak boleh nak bayangkan. Sebab kita tak pernah tengok depan depan keadaan orang yang macam tu. Memang tak boleh nak imagine kan diri sendiri. Dengan doctor cakap nanti suara takde la sekejap. Blur juga. Tapi pikir Allah ADA!


Bila operation dah berlaku, dipasangkan tiub tu, memang akan alami batuk yang kuat. Batuk sampai tersentak sentak badan. Dan nurse akan datang untuk sedut kahak. Time sedut kahak tu ddy dorang ada sebelah. Memang tergengam gengam tangan dia. Dia pun macam tak sanggup nak tengok keadaan kita. 3hari juga la batuk teruk. Memang rasa macam Allah.. Kuatkan diri. Tu je pujuk diri. Batuk sampai leleh airmata! 

Bila dah batuk kuat, mula mintak ddy dorang kuatkan kipas. Rasa macam tak cukup oksigen! Tercunggap-cunggap dibuatnya. Tak pernah rasa situasi macam tu. Tapi tak la fikir sampai kata nak mati. Sebab kita nak hidup lama lagi kalau boleh. Alhamdulillah, bila batuk makin berkurang, dah stabil. Pasang kipas slow pun takde masalah. Sebab terasa badan sejuk je. 

Yang kedua al-kisah pasal TIUB untuk minum susu. Siapa pernah alami? Bila pikir balik azabnya rasa. Macam kita masa dipengsankan dalam operation tu memang dorangkan pasangkan siap siap tiub untuk minum susu tu. Sedar-sedar dah ada 1 tiub kat hidung. Rimas okay. 

Then nak jadikan cerita, hari isnin selepas 24jam operation, tak sure pukul berapa masa tu, nurse ada bagi susu untuk yang pertama. Ntah berapa jam dah kita berpuasa. Rasanya dah 36jam kot. Yela, last makan 19hb pukul 11 lebih. Malam. Operation 20hb. Sampai jam 12mlm memang tak makan. Pastu 21hb baru bagi susu. Time pulak tak ingat. Tapi pagi rasanya kot. 

Disebabkan dah berpuasa lama, perut mungkin masuk angin. Then bila nurse bagi susu, selang beberapa minit mula muntah teruk. Kali pertama muntah keluar warna coklat rasanya. Macam baru lepas minum susu dutch lady tu rasanya. Perasan macam tu. Sebab dalam keadaan mata pun pejam pejam gitu. Doctor kata ubat tu dia berlawan dengan badan, sebab tu bagi susu terus muntah balik. Morfin tak sesuai dengan badan kita. Then hari yang sama tu juga sebelah petang, waktu mak abah datang melawat, nurse ada bagi susu. Tak sampai 10minit pun terus termuntah membuak buak. Tak silap kaler kuning pulak. Dorang kata susu tu dia menolak dari dalam perut. 

Effect dari 2x muntah teruk tu, TIUB susu yang dari dalam perut tu menolak keluar. Itupun jururawat lelaki yang perasan masa dia nak buang kahak then sedut airliur yang rasa berkumpul dalam mulut. Sebenarnya kita pun tak perasan. Sebab hari pertama lepas operate kita sangatlah lemah. Kesan ubat yang kuat masa operate kan. Then bila TIUB tu dah ternaik ke dalam mulut, mereka tarik keluar TIUB tu. Fuh dia punya legaaa tu, usah dikata la. 

Tapi!!

Lepas maghrib macam tu tiba tiba jururawat lelaki dan nurse ppuan bagitahu nak masukkan tiub susu balik. Allah.. Geleng kepala masa tu tanda taknak. Seram oiii. Nurse cakap, kalau tak pasang balik nanti awak yang susah. Sebab awak tak boleh makan minum macam biasa. Allah.. Nangis tahu masa dorang pasang balik. Masuk ikut lubang hidung belah kanan. Nurse buat macam tak masuk. Dia suruh telan. Buat gaya menelan. Masalahnya macam mana nak menelan? 

Serius, dalam keadaan masih lemah, memang tak daya tau. Dah la pulak masa tu ddy dorang kat toilet mandi. Bila macam tak boleh masuk,nurse panggil doctor masukkan. Then doctor tu pun sebenarnya fail. Dia lebih bising tang mulut je. Tapi ntah. Still tak berganjak tiub tu masuk ke dalam. Dia suh kita menelan. Yes i try. Banyak kali. Last last dok teruwek uwek nak muntah jadinya. Dalam keadaan tak berjaya tu, doctor tu suruh nurse ambil scoop. Kita dah gerun dengar scoop tu. Memang berderai la airmata.

Dia masukkan camera ikut lubang hidung kiri, then seorang jururawat lelaki ni dia masukkan TIUB tu. Dia senyap je. Takde suh telan ke apa. Sedar sedar tak sampai 10minit elok TIUB susu tu masuk dalam ikut panjang 55mm yang dikehendaki. Masa ddy dorang kuar toilet, terkejut tengok nurse ramai ramai kat katil. Dia tengok dari tepi keadaan kita masa tu dah nangis sambil teruwek-uwek. Cuak muka ddy dorang tu seolah-olah tak sanggup tengok. Kita seolah olah nak mintak tolong dia. Tapi tak mampu. 

Selain 2 TIUB diatas tu, badan kita dicucuk juga bahagian kiri dan kanan dengan TIUB untuk membuang darah kotor..darah lebihan masa operate kot macam tu.. Drain macm tu kita dengar dorang sebut. Belah kiri macam belakang bawah telinga dorang cucuk. Belah kanan sebenarnya kita tak sure kat mana. Kalau ikut kesan dekat leher ni ada 1 kesan yang kita tak pasti kesan apa. 

Hari ketiga TIUB buang darah kotor belah kiri dibuka. Kita tak rasa apa.. Hari keEmpat TIUB belah kanan dibuka. Terasa juga la masa doctor tarik benda tu. Terasa macam ada sesuatu berjalan keluar. 😖😖
Seram uuuii.. Panjang jugak la benda tu dicucuk ke dalam. 

Bak kata orang, kalau bukan sebab sakit, banyak benda kita tak tahu, banyak benda kita tak alami kan? Ni la antara pengalaman kita. Merasa minum susu guna tiub. Serius tak selesa. Lepas je selesai susu dimasukkan, mula perut rasa semacam. Hangat je. Pastu macam nak menggelodak.. Nak pulak susu tu jenis fiber. Yang tak tahan asik rasa buang angin je. Dia tak sakit perut nak membuang. Tapi asik kerja nak buang angin. 

Merasa seksa Tiub dipaksa masuk balik dalam keadaan sedar. Then ada sampai sekarang kesan melecet kat hidung. Merasa pakai tiub pernafasan. Then last merasa la pikul 2 botol untuk buang darah kotor tu. Kalau nak ke toilet memang jenuh berangkut botol drain tu haa.. 

Ni la antara pengalaman kita tentang TIUB. Harap lepas ni takde la pengalaman ni dah. CUKUPLAH SEKALI.

Tuesday, 19 February 2019

Setiap Minggu Date Dengan Dental.

9:25 am 24 Comments
Hai readers.. Morning..
Semalam turun lagi ke HSI. Tiap minggu kena date dengan doctor dental. Setiap kali dah sampai sana, memang rasa seram tu datang. Serius, kita ni cuak jugak dengan doctor dental. Ntah kenapa. Selepas kes kena jait balik tu, seramnya tak habis habis.

Semalam gerak dari rumah jam 6.40pagi macam tu. Sampai HSI jam 9.45pagi macam tu. Kiranya lambat! Jalan jem. Tapi sebenarnya masalah cuaca juga. So tak boleh nak laju. Hujan renyai dari mersing ke kota tinggi. Bila dah masuk jam 8 pulak start dengan jem la pulak.


So kena daftar dulu di kaunter pendaftaran. Selalu tunggu turn memang makan masa sikit la. Ya Allah ramainya la orang. Mujur la anak anak kita masih di Ipoh. Kalau tak mesti dah macam macam ragam!

Settle bahagian kaunter atas pun dah pukul 10 lebih ke pukul 11pagi ntah. Pastu turun bahagian bawah. Pergi ke klinik Pakar yang kita perlu berurusan. Actually semalam sepatutnya ada 2 pakar kena jumpa. Ingatkan nak settle kan dental dulu baru pergi ke ENT. Sekali urusan ke dental selesai lambat. Jam 1.15petang settle. Masuk jumpa doctor dental tu dalam pukul 12lebih. 

Semalam jumpa dental tu tawakal je. Yang penting takmo dapat sakit. Semalam dorang buka ikatan benang yang ada dalam mulut. Ddy dorang cakap banyak juga la benang tu. Dia tengok sebba dia mesti akan temankan sampai ke dalam. Kalau dia temankan, so perasaan takut tu akan kurang la sikit. Jahitan benang dalam mulut tu kira hampir sebulan dah. So bila dibuka taklah sakit pun. Tapi bila nampak benang tu dikeluarkan lega la. 

Tapi tang bahagian yang dijahit balik tu baru 2week kan. Hat situ serammmmm! Ada rasa sakit sikit. Kecut perut jugak laa kita ni. Ddy dorang siap pegang kaki kita lagi. Haha. Bukan la kita meronta..tapi dia nampak kita dah terpejam pejam mata dok takut. Hihi.
Bila doc kata okay.. Settle.. Fuhh dia punya legaaaaaaa tu tuhan aje la tahu!.

Then disebabkan dah pukul 1.15petang, try ke kaunter ENT. Doc yang handle kes pulak tak dapat dihubungi. Sebab dah keluar makan. Pastu menunggu juga la sampai ke jam 2 petang. Nurse kata tak dapat dihubungi juga. Okay xpe. Tukar date lagi. 2kali dah tukar date. Tak dapat jumpa doctor ENT. So, balik nak kata rasa hampa sangat tu tak la. Happy sebab benang dah buka. Tapi still kena jaga jaga juga la. 

Bab makan tu still soft diet. Buat masa ni kita berani makan bubur je la. Nak mengunyah belum boleh. Sebulan makan bubur. Dok telan terus kan. So nak mengunyah jadi tak reti. Lagi lagi kawalan lidah tu. Masa buang tumor, doctor ada bagitahu lidah akan terganggu sikit. So kita kena sabar dulu la..

Nasi Beriani Mamak.

Balik dari urusan dah pukul 2petang. Ddy dorang ajak driver pergi minum dulu. Kitorg gerak ke JB naik kereta ZD. Mudahkan pergerakan kan. Pastu sampai kedai mamak order air je. Milo ais. Perut memang lapar. Sebab last makan semalamnya jam 8mlm. Lepas maghrib macam tu last makan bubur. Bubur ni setakat sejam boleh la tahan kan. Lepas tu krak krukk la balik perut. Dah la masa ke spital pun memang tak makan apa.


Sekali pekerja kedai mamak tu tegur "kakak, kasi ambik la nasi beriani. Sedap"..
Allah.. Kalau laaaa dia tahu, nak je cakap. Memang saya nak makan.. Tapi saya tak boleh nak kunyah makanan. Sedangkan minum air milo guna straw biasa tu pun mudah tersedak tau. 
So, memang kita kena banyak banyak bersabar la.

Balik dari tu terus ke Pusat Bandaraya. Nak cari Etiqa Takaful. Sebenarnya kita tak pernah sampai ke pusat bandaraya tu. Terasa macam jauhnyaaa. Paling takut kalau sesat, walaupun ikut google maps. Kita ni jenis cuak sikit. Dengan tempat tak biasa pergi. Tapi semalam hal Etiqa tak dapat diselesaikan lagi. Ada borang lain pihak hospital kena tolong isikan. Erm.. Bertabah la..

Balik rumah penatnya rasa badan. Malam tu sambil tengok majalah 3 dah terlena. 

Sunday, 17 February 2019

Pengalaman Di Hospital : Part 2

4:18 pm 9 Comments
Hai readers. Harini kita nak sambung membebel lagi dekat blog. Ntah kenapa sekarang ni kalau tak update blog rasa macam tak keruan gitu. Hehe.. Seronok share cerita dengan kawan kawan, then sudi singgah baca. 

Alkisahnya pada 15 januari 2019 (selasa), kita diminta untuk admit ward. Sebab 16 januari 2019 (rabu) kena buat MRI kan..

Kekuatan Dan Kesabaran



Masa masuk ke ward, kita disapa oleh sorang abang ni. Agaknya dia tengok kita senyap je, takde kawan sembang, so dia datang sembang. Terasa sedikit segan juga sebenarnya. Hehe
Sebenarnya kita macam tak selesa sebab ward tu bercampur lelaki perempuan. Dah pulak masa tu katil sebelah lelaki. Katil depan lelaki. So kita pun buat je la hal kita kan. 

Dia tanya, kita sakit apa. Kita bagitahu la pasal masalah diri ni. Detect ada ketumbuhan kalenjar airliur. Tapi dalam hati masih berharapan ianya tidaknya terlalu merbahaya.

Kisah abang tu pula, dia kata luka kat mata. Ouuucchh.. Kita pulak terasa ngerinya. Mata kan.. Patut mata dia sebelah bertutup. Dari cerita dia. Dia potong pallet. Ntah macam mana, dah siap dah buat kerja tu. Tiba tiba dia nak sambung sikit lagi katanya. 

Nak jadikan cerita, benda tu terpelanting. Kena ke mata. Allahuakbar. Bila kita bersama sama dengan kumpulan mereka yang sakit ni, kadang kadang kita jadi lupa sakit yang melanda diri kita, sebab kita tengok ada orang lagi besar dugaan dia kan. 

Pastu apa yang tertarik dengan cerita abang ni. 
Dia cakap "Allah nak uji kita dik. Ada sebabnya. Mungkin nak hapuskan dosa-dosa kita.. Mungkin nak buat kita lagi banyak bersabar.."

Pastu dia tanya lagi.. Suami kerja apa.. Siapa temankan..
Then kita bagitahu la, suami tentera.. Dia temankan. Dia ambil cuti.

Abang tu cakap lagi.. Sebenarnya ada hikmah apa yang terjadi pada kita ni. "Mungkin suami pun sebelum ni sibuk dengan kerja kan. Jadi Allah uji, nak dia luangkan masa dengan adik"..

Allah.. Kita sebak sebenarnya. Sebab ada kebenarannya disitu..

Pastu dia kata lagi.. Macam abang ni.. Boleh je kalau Allah nak uji kat tempat lain. Kat tangan ke, kat badan ke.. Tapi dah takdirnya, kena di mata kan..

Erm.. Tak mampu nak kata apa... Melainkan senyum je la.. Dan dengar cerita dari dia. Terus rasa tenang. Tenang sebab kita akan sentiasa kuatkan semangat kita. Kita akan sentiasa dalam keadaan bersabar. 

Allah uji ni memang bersebab. Dan kalau Allah tak  uji bukan bermakna DIA tak sayangkan kita. Cuma kelebihan mereka yang diuji tu. Allah kadang tu bukan nak uji kita seorang sebagai pesakit ni. Tapi Allah nak uji keseluruhan disekeliling kita. Keluarga kita. Sedara mara kita. Sahabat kita semua.. Betul tak.. 

Macam kita, kita tak sangka juga bila kawan kawan dengar kita bakal dioperate, kawan yang dulunya susah nak tanya khabar elok je berwasap-wasap. Dari situ Allah rapatkan kembali hubungan tu kan..

Bila ditimpa musibah. Jangan rasa down. Kadang kala orang sekeliling kita juga akan beri semangat pada kita. Macam kita berjumpa abang tu dihospital. Dalam keadaan dia juga sakit, dia mampu menenangkan kita yang juga tengah sakit. 

Thursday, 14 February 2019

Kenapa Dental Tu Menyeramkan?

9:01 am 19 Comments
Hai readers.. Harini masuk 25hari kita dah lepas operation. So now tinggal jaga nak bagi baik elok then kena jaga permakanan sekali. Lagipun sebelah dalam mulut ni jahitan ada yang tak dibuka lagi. Then ada yang belum baik lagi. So doctor kata better makan bubur dulu la. Then doctor dental bagitahu benang pada gigi dan dalam mulut tu dia akan reput sendiri. So bertabah je la..

Serius, jumpa pakar dental sangat menyeramkan. Dah la last kita ni check check gigi 3tahun lepas masa pregnantkan zhareef. Tapi jumpa bahagian gigi masa pregnant ni tak seram mana. 

04 Februari ada appoiment dengan Dental. Masa tu sikit pun tak nervous. Berharap sangat benang kat gigi dorang buka. Tapi pergi masa tu kena jait bahagian dalam ni. Sebab ada yang terbuka. Ya Allah.. Seramnyaaaa. Sakit lepas ubat bius habis tu usah dikata. Sampai malam nak tidur still tak hilang sakit tu. Berdenyut denyut. Semacam je rasa kat mulut. Bagaikan dilumur dengan cili api segenggam!


Minggu ni kelmarin 12 Februari jumpa doc pakar yang handle kes kita masa operation tu. Siap cakap dekat dia. Minggu ni saya taknak sakit lagi. Doc lain yang check bahagian dalam mulut kata ada terbuka sikit. Ya Allah.. Berderau darah! Doa sangat jangan la cucuk lagi. Mujur doctor bagitahu dorang nak cuci je. 

Fuhh lega dia tu, tuhan aje yang tahu. Takut tu memang lain macam. Minggu depan ada checkup lagi dengan dental. Seminggu sekali mesti jumpa. So seminggu sekali kena turun HSI la. 

Sebelum balik doctor pakar tu sempat bagitahu report masa operate. Katanya, bahagian leher yang dioperate tu clear. Bebas dari sel sel tumor. Allahuakbar.. Syukur Alhamdulillah. Doctor bagitahu tinggal tunggu report rahang yang dibuka tu je. Doakan ye moga moga kita bebas terus dari sel-sel jahat tu. Cukup la sekali ni je Allah uji kita sebesar dugaan macam ni. 

Sebab doctor bagitahu, seandainya masih ada sel sel jahat tu maybe rawatan susulan ada kimo or yang sepatutnya la. Kita sebolehnya taknak. Kita taknak nanti badan lagi lemah. Kita masih ada tanggungjawab lain nak diselesaikan. Anak perlu dijaga. Perlu dihantar ke sekolah. Apa apa pun, Allah maha mendengarkan..


Sebelum balik dari hospital haritu, doctor siap bekalkan ni. Air ni untuk cuci bahagian dalam mulut dekat tempat yang dijait balik tu. Dia minta suami tolong cucikan sebab kita tak nampak. 
Apa apa pun, kita berharap cepatlah jahitan tu baik. Buat masa ni ada masa sakit juga bahagian dalam tu. Tapi ada gel yang dorang bekalkan untuk bubuh disitu.

Monday, 11 February 2019

Pengalaman Di Hospital : Part 1

9:34 am 22 Comments
Pengalaman Di Hospital : Part 1
Dapat 2 Orang Kakak

Assalamualaikum readers..
Harini rasa nak share pengalaman 12hari lebih kurang semasa di hospital. Dari admit ward sehingga ke saat keluar hospital selepas operation.

Selama 12hari disana, macam macam la sebenarnya yang berlaku. 12hari, bukan satu jangka masa yang pendek. Bagi kita 12hari berumah di HSI tu lama. Harini kita share la pengalaman kita ye. Ada banyak pengalaman sebenarnya. So kita buat by part eh. Jangan cemuih baca ye. Hehe..

Masa masuk ward, kita ditempatkan di katil 9. Disitu ditempatkan 4katil. Kedudukannya disebelah kanan dari arah pintu masuk. 3katil yang lain adalah lelaki. Ward 8B kita ditempatkan. Ward ni bercampur lelaki perempuan ya. Suami tanya, duduk katil ni, sebelahnya lelaki ke?


Then nurse bagitahu, "kejap lagi ada kosong kita tukar katil ya"..

Okay lega. Sebab agak terkejut sebab bercampur lelaki perempuan kan. Agak kurang selesa sikit la. Dan masa lepas ddy dorang dah hantar, dah selesai tu ddy dorang balik dengan anak anak. Masa tu mereka semua menumpang di rumah kawan kitorang yang berpindah ke JB tu. 

Bila dah keboringan, layan main fon la. Dan masa tu disapa oleh seorang abang ni. Sebenarnya segan juga nak bersembang dengan dia. Tapi layankan juga la. Erm.. Apa yang disembangkan? Nanti kita share kat entri lain eh. Dalam part 2 la.

Sebelah petang, tiba tiba nurse bagitahu nak tukar tempat. Pindah ke katil lain. Duduk ke belah belakang. Tak silap katil 20. Kita ikut je. Lepas tukar katil, terus ke toilet. Lepas keluar toilet, tengok tengok dapat kawan. Katil sebelah ada orang. Kak Rahimah nama nya. Kak Rahimah sakit naik bengkak kalenjar. Dia bernanah macam tu. Lebih kurang macam sakit kita juga. Cuma kita ni tahap serius la sikit. Perlukan operation besar.

Kak Rahimah cerita dia kena sakit bengkak tu sebab 3minggu demam. Then naik membesar tu dalam tempoh sebulan. Dan rajin juga la kami bersembang walaupun baru kenal. Then kak Rahimah bagitahu kalau takde kes, mungkin dia akan dioperate. Kiranya kami admit ward pada hari yang sama. 

Hari rabu esoknya, kita pergi buat MRI. Kak Rahimah pula bakal dipanggil untuk operation. Kita selesai MRI tengok kak Rahimah takde. Dalam pukul 6setengah petang macam tu kak Rahimah selesai ke ward. Syukur dalam takut takut dia, dia selesai buat operation. Kita pula masa tu ingatkan boleh balik. Sekali mereka tahan untuk buat CT Scan 1 badan. Maka, masih boleh bersembang lagi la dengan kak Rahimah. Masih berkawan la dengannya.

Hari khamis kalau tak silap, nurse bagitahu nak tolak masuk ke bilik pula. Bilik tu beraircond. Satu bilik boleh muat 4orang. Kira dalam bilik tu semua perempuan. Kak Rahimah pun bertukar katil juga. Join duduk dalam bilik tu. 

Then esoknya hari jumaat, kalau tak silap masuk sorang lagi pesakit. Kak Fauziah namanya. Dia nak buat operation juga. Nak tutup lubang di gegendang telinganya. Kami bertiga berkawan la dalam bilik tu. Sorang lagi pesakit  aunty cina. Tegur pun biasa biasa je. 

Kak Fauziah akan buat operation pada hari sabtu. Kami bertiga jadi rapat bila duduk dalam 1bilik. Bersembang bersama. Kita dapat 2 orang kakak yang baik. Kita bertukar cerita. Cuba ceriakan suasana. Hilangkan ketakutan. Share apa je cerita yang boleh disembangkan. Dah macam jadi satu family. Walaupun baru kenal.

Hari Sabtu kalau tak silap, kak Rahimah dah boleh discharge. Sedih juga. Sebab dah beberapa hari dengan dia. Bersembang. Tanya keadaan Dia bila bangun tido ke.. Saling bertegur. Ntah kenapa rasa senang sangat berkawan dengan kak rahimah ni. Dia bahu tempat kita meluah perasaan. Hari kak Rahimah nak balik, kami berpelukan. Sama sama menangis. Rasa macam taknak kak Rahimah balik dulu. 

Ada 1 hari tu, lepas kita buat Ct Scan kalau tak silap, kita luah perasaan dekat kak Rahimah. Kita cuba tahan perasaan taknak menangis. Ntah macam mana, kak Rahimah pun ikut menangis. Allah.. Susah nak jumpa kawan yang boleh sama sama faham perasaan ni. 😢

Kak Rahimah la kawan kita banyak mengadu masa tu. Menangis dengan dia. Bergelak dengan dia. Kak Fauziah pun kita rapat juga. Lagi lagi bila kak Rahimah dah balik. 

Kalau tak silap, kak Fauziah balik hari ahad. Sebab kita masuk operation hari ahad jam 10 lebih tu kak Fauziah still ada lagi dia ward. Bila kita  sedar dari Operation, kita memang tak tahu apa. Sebab kita dah bertukar katil. Katil yang menghadap depan kaunter nurse. 

Cerita dari kak Fauziah masa kami berjumpa pada hari ahad, 27hb januari. Seminggu lepas operation.

"Akak balik hari ahad, hari mimi operation. Ntah macam mana malam tu akak dah tidur, tiba-tiba terjaga. Terus teringatkan mimi. Tapi akak tak tahu nak tanya keadaan mimi macam mana masa tu"..

Allah.. Sebak dengar.. Kakak yang kita baru kenal, dok teringatkan keadaan kita. Allah bagi kita kakak yang baik untuk kita berkawan.. Sungguh, tak semua orang akan rasa macam tu kan.. 

Hari ahad 27hb januari, dalam perjalanan balik ke Mersing kita Msg dengan Kak Rahimah pula.. Bagitahu dah keluar ward. Then dalam sembang-sembang tu dia pun cerita asik teringatkan kita. 



Apa pun, moga tali persahabatan kita dengan kak Rahimah dan Kak Fauziah akan kekal sampai bila bila.. Itulah antara pengalaman bila dah duduk di ward dalam jangka masa yang lama. 

Lupa pula nak bergambar dengan mereka.. Moga satu hari nanti kami dapat berjumpa kembali. 
In shaa Allah..

Sponsor

Comments