Monday, 25 February 2019

Pengalaman Di Hospital : Part 3

Pengalaman Di Hospital : Part 3
Pemasangan TIUB

Hai readers.. Thank you masih sudi singgah sini. Harini kita nak ceritakan lagi pengalaman kita sepanjang di hospital tempoh hari. Dah duduk sana hampir 2minggu, so macam macam la dok merasa. Simpan kat blog ni pun sebagai 1 pengalaman. Mana nak tahu esok zara zhareef besar, nak baca kisah mama dia kan, haaa, bagi je link blog ni, cari la maklumatnya. Hehehe

Kita operation haritu 20januari. Sebelum operation doctor ada bagitahu. Ward ICU buat masa tu full. Muka doctor tu tak tahu nak kata macam mana. Cuak ke apa ntah reaksi dia. Doctor cina lelaki, muda yang handle kes kita.

Bila doctor bagitahu icu penuh, kita risau dia kata nak pending operation. Kita taknak pending. Kalau pending ntah bila operate, makin melarat la sakit kita nanti kan. Masa tuuu laa. Sekarang dah okay. Alhamdulillah..
Then doctor bagitahu, "okay syamimi, operation kita tetap akan buat juga. Tapi nanti kita akan pasang itu TIUB pernafasan luar untuk bernafas. Dengan cara tu you kalau tak masuk icu pun takpe"..

Okay. Nak tahu apa perasaan kita? Ye, seyakinnya kita boleh. Berkat bekalan kekuatan semangat dari family, suami, kengkawan semua. Kita yakin kita boleh. Dengan izin Allah. 

Mula mula doctor cerita bakal tebuk buat pernafasan luar tu, tak boleh nak bayangkan. Sebab kita tak pernah tengok depan depan keadaan orang yang macam tu. Memang tak boleh nak imagine kan diri sendiri. Dengan doctor cakap nanti suara takde la sekejap. Blur juga. Tapi pikir Allah ADA!


Bila operation dah berlaku, dipasangkan tiub tu, memang akan alami batuk yang kuat. Batuk sampai tersentak sentak badan. Dan nurse akan datang untuk sedut kahak. Time sedut kahak tu ddy dorang ada sebelah. Memang tergengam gengam tangan dia. Dia pun macam tak sanggup nak tengok keadaan kita. 3hari juga la batuk teruk. Memang rasa macam Allah.. Kuatkan diri. Tu je pujuk diri. Batuk sampai leleh airmata! 

Bila dah batuk kuat, mula mintak ddy dorang kuatkan kipas. Rasa macam tak cukup oksigen! Tercunggap-cunggap dibuatnya. Tak pernah rasa situasi macam tu. Tapi tak la fikir sampai kata nak mati. Sebab kita nak hidup lama lagi kalau boleh. Alhamdulillah, bila batuk makin berkurang, dah stabil. Pasang kipas slow pun takde masalah. Sebab terasa badan sejuk je. 

Yang kedua al-kisah pasal TIUB untuk minum susu. Siapa pernah alami? Bila pikir balik azabnya rasa. Macam kita masa dipengsankan dalam operation tu memang dorangkan pasangkan siap siap tiub untuk minum susu tu. Sedar-sedar dah ada 1 tiub kat hidung. Rimas okay. 

Then nak jadikan cerita, hari isnin selepas 24jam operation, tak sure pukul berapa masa tu, nurse ada bagi susu untuk yang pertama. Ntah berapa jam dah kita berpuasa. Rasanya dah 36jam kot. Yela, last makan 19hb pukul 11 lebih. Malam. Operation 20hb. Sampai jam 12mlm memang tak makan. Pastu 21hb baru bagi susu. Time pulak tak ingat. Tapi pagi rasanya kot. 

Disebabkan dah berpuasa lama, perut mungkin masuk angin. Then bila nurse bagi susu, selang beberapa minit mula muntah teruk. Kali pertama muntah keluar warna coklat rasanya. Macam baru lepas minum susu dutch lady tu rasanya. Perasan macam tu. Sebab dalam keadaan mata pun pejam pejam gitu. Doctor kata ubat tu dia berlawan dengan badan, sebab tu bagi susu terus muntah balik. Morfin tak sesuai dengan badan kita. Then hari yang sama tu juga sebelah petang, waktu mak abah datang melawat, nurse ada bagi susu. Tak sampai 10minit pun terus termuntah membuak buak. Tak silap kaler kuning pulak. Dorang kata susu tu dia menolak dari dalam perut. 

Effect dari 2x muntah teruk tu, TIUB susu yang dari dalam perut tu menolak keluar. Itupun jururawat lelaki yang perasan masa dia nak buang kahak then sedut airliur yang rasa berkumpul dalam mulut. Sebenarnya kita pun tak perasan. Sebab hari pertama lepas operate kita sangatlah lemah. Kesan ubat yang kuat masa operate kan. Then bila TIUB tu dah ternaik ke dalam mulut, mereka tarik keluar TIUB tu. Fuh dia punya legaaa tu, usah dikata la. 

Tapi!!

Lepas maghrib macam tu tiba tiba jururawat lelaki dan nurse ppuan bagitahu nak masukkan tiub susu balik. Allah.. Geleng kepala masa tu tanda taknak. Seram oiii. Nurse cakap, kalau tak pasang balik nanti awak yang susah. Sebab awak tak boleh makan minum macam biasa. Allah.. Nangis tahu masa dorang pasang balik. Masuk ikut lubang hidung belah kanan. Nurse buat macam tak masuk. Dia suruh telan. Buat gaya menelan. Masalahnya macam mana nak menelan? 

Serius, dalam keadaan masih lemah, memang tak daya tau. Dah la pulak masa tu ddy dorang kat toilet mandi. Bila macam tak boleh masuk,nurse panggil doctor masukkan. Then doctor tu pun sebenarnya fail. Dia lebih bising tang mulut je. Tapi ntah. Still tak berganjak tiub tu masuk ke dalam. Dia suh kita menelan. Yes i try. Banyak kali. Last last dok teruwek uwek nak muntah jadinya. Dalam keadaan tak berjaya tu, doctor tu suruh nurse ambil scoop. Kita dah gerun dengar scoop tu. Memang berderai la airmata.

Dia masukkan camera ikut lubang hidung kiri, then seorang jururawat lelaki ni dia masukkan TIUB tu. Dia senyap je. Takde suh telan ke apa. Sedar sedar tak sampai 10minit elok TIUB susu tu masuk dalam ikut panjang 55mm yang dikehendaki. Masa ddy dorang kuar toilet, terkejut tengok nurse ramai ramai kat katil. Dia tengok dari tepi keadaan kita masa tu dah nangis sambil teruwek-uwek. Cuak muka ddy dorang tu seolah-olah tak sanggup tengok. Kita seolah olah nak mintak tolong dia. Tapi tak mampu. 

Selain 2 TIUB diatas tu, badan kita dicucuk juga bahagian kiri dan kanan dengan TIUB untuk membuang darah kotor..darah lebihan masa operate kot macam tu.. Drain macm tu kita dengar dorang sebut. Belah kiri macam belakang bawah telinga dorang cucuk. Belah kanan sebenarnya kita tak sure kat mana. Kalau ikut kesan dekat leher ni ada 1 kesan yang kita tak pasti kesan apa. 

Hari ketiga TIUB buang darah kotor belah kiri dibuka. Kita tak rasa apa.. Hari keEmpat TIUB belah kanan dibuka. Terasa juga la masa doctor tarik benda tu. Terasa macam ada sesuatu berjalan keluar. 😖😖
Seram uuuii.. Panjang jugak la benda tu dicucuk ke dalam. 

Bak kata orang, kalau bukan sebab sakit, banyak benda kita tak tahu, banyak benda kita tak alami kan? Ni la antara pengalaman kita. Merasa minum susu guna tiub. Serius tak selesa. Lepas je selesai susu dimasukkan, mula perut rasa semacam. Hangat je. Pastu macam nak menggelodak.. Nak pulak susu tu jenis fiber. Yang tak tahan asik rasa buang angin je. Dia tak sakit perut nak membuang. Tapi asik kerja nak buang angin. 

Merasa seksa Tiub dipaksa masuk balik dalam keadaan sedar. Then ada sampai sekarang kesan melecet kat hidung. Merasa pakai tiub pernafasan. Then last merasa la pikul 2 botol untuk buang darah kotor tu. Kalau nak ke toilet memang jenuh berangkut botol drain tu haa.. 

Ni la antara pengalaman kita tentang TIUB. Harap lepas ni takde la pengalaman ni dah. CUKUPLAH SEKALI.

39 comments:

  1. Pasang tracheostomy terus ke? Ke intubation yang tube dlm mulut tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasang tiub pernafasan dari luar tu. Bila dah okay, hari ke-4 tu dorang cabut then tutuo dengan kapas, supaya suara boleh keluar balik slow slow.

      Delete
  2. Baca kisah mimi ni seriau k.el..Allahhuakbar..ujian xkan dirunkan pd hambaya yg lemah..mimi cukup kuat..kagum2 dgn mimi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian dari Allah kak El. Kalau seseorang tu lemah sekalipun, Allah akan beri dia kekuatan dalam keadaan yang dialami. 🤗

      Delete
  3. Aduh ngilu lak ttbe cte pasal tebuk tiub ni.. Rasa sakit x.. Ke xrasa sebab kene bius...??? Kuat semangat mimi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rasa apa wawa. Sebab dorang tebuk pasang tu semua masa kita dah dipengsankan tu.

      Delete
  4. Takut juga rasa kan.. Tapi tak apa, syukur pembedahan pun dah selesai..tunggu mimi betul2 sembuh insyaallah.. Zaza doakan amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye zaza. Btl. Skrng tinggal nak bagi betul betul sembuh je. 🤗

      Delete
  5. semoga cepat sihat sis...ujian allah bagi untuk meningkatkan lagi keimanan kita..insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah.. Keimanan, kesabaran juga dalam masa yang sma.. 🤗

      Delete
  6. moga diberikan kesembuhan buat Mimi. terima kasih sudi berkongsi cerita...kagum dengan Mimi. kuat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Share sebagai sebuah pengalaman yang tak semua orang dapat rasai cik rose. 😀

      Delete
  7. Akak pulak yang rasa sedih.. rasa kesian..

    Benda-benda gini lah yang buat kita lebih menghargai dan mementingkan kesihatan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Kita share bukan nak bagi orang takut.
      Tapi, kita kena sentiasa hargai diri kita bila kita sehat sempurna. Mcm skrng kita nak makan pun payah. Sebab belum baik sepenuhnya. Terasa rindu keadaan masa sihat dulu.

      Delete
  8. ngerinya mama baca. take care semoga cepat sihat ye

    ReplyDelete
  9. Allahu.. Dasytnya pengalaman awak mimi.. Seriau kita baca. Kita bayangkan awak.. Nasib awak takde ape2..

    ReplyDelete
  10. Akak baca pun naik ngeri tau walaupun akak pun pernah operate tp sebab nak bersalin tetap rasa ngilu tu ada. Jaga luka betul betul mimi

    ReplyDelete
  11. Omg... i baca habis setiap perkataan yang you tulis. Macam lah i boleh bayang time you kat hospital with the tuib, nyeri. Pray for your fast recovery and be strong.

    ReplyDelete
  12. Scary betul bila baca, hehe. Tak boleh bayang. nasib baik semuanya okay.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah besarnya dugaan awak. Keep strong sis dan semoga awak cepat sembuh. Allah uji kita bermakna Allah sayangkan kita . Sabar ya. InsyAllah ada sesuatu yang istimewa Allah nak bagi selepas ujian ini...Syafakillah.

    ReplyDelete
  14. Moga dipermudahkan ya. Seram juga baca kalau bab bab ni. Arwah ayah dulu pun pernah dipasang tiub dan tak boleh bercakap. Kalau batuk memang jururawat akan sedut kahak. Tengok pun tak sampai hati tapi sebab nak mengubat kan kena redha juga la....

    ReplyDelete
  15. Sambil baca ni akak bayangkan...mengalir2 air mata akak mimi..terus teringat masa akak sakit dan koma dulu..leher akak kena tebuk jugak untuk pernafasan..dh lupa nama proses tu..seksa batuk..suara takde..masa nak sedut kahak tu yg seksa..bagai di rodok2 leher...dapat nurse kurang ajar..aih macam2...x tau la macam mana dia buat akak masa akak koma tu..lama mimi..3 bulan akak dalam ICU..dsri badan 50kg terus turun jadi 30kg..allah...x sanggup nak ingat...betul..kalau kita x sakit..kita x tau..

    ReplyDelete
  16. Takutnya, dulu zira pun pernah operate tp masa tu kecik lagi sekarang dah lupa macam mana sakit operate Sbb masa tu 4 bulan

    ReplyDelete
  17. Allahu...seram kita baca...terbayang2 tiub tu dimasukkan lalu hidung...sedangkan endoscopy yang takat sampai dinding belakang hidung tu pun da sakit, inikan pulak nak masukkan tiub 55mm...sobssss

    ReplyDelete
  18. Allahu akbar! Kecut perut kte baca. Agak berat gak dugaan ni. Apa pun moga kembali sembuh dan sentiasa berada di bawah lindunganNya

    ReplyDelete
  19. sesungguhnya, sgt mengerikan.
    aida ni amat la penakut. kalau anak cedera skit pun, ibu nyer yg over!
    ini kan plak kuar masuk kuar masuk tiub. Allahu Akbar.
    now da sihat sepenuhnya, mimie?
    moga gitu la ye. sihat sempurna.

    ReplyDelete
  20. Allahu..seriau betul akak baca, walaupun akak pernah operation tapi lain operation lain pengalaman dia. Moga lepas ni kita dijauhkan daripda penyakit yang merbahaya..Aminnn

    ReplyDelete
  21. oh no, lucky you have go through the experience. I wish you do not go thru' this again. It sounds so bad ya the procedure.

    ReplyDelete
  22. Allahu baru tau betapa sakitny ya . tq sebab sharing .semoga dipermudahkan segala urusan kelak ya . very informative

    ReplyDelete
  23. OMG, reading this is really scary to say the least...I am sure it must scary right when you have to all the foreign stuff attached to you. I am sure your God will always be there for you.

    ReplyDelete
  24. Fuhhh mencabar sungguh pengalaman akak. Saya yang tengok arwah abah saya dulu pun dah sedih. Sedangkan mereka rilek je bernafas. Hehehe. Kita tak tau saluran tu macam tu. Sebab saya pernah kena sedut kahak arwah melalui tuang tu. Rasa sedih pula. Mesti sakit. Kena manual sedut. Kadang ada darah keluar. Mesti saya buat kasar. Sian abah. Al-fatihah untuk arwah abah. Huwaaaaaa

    ReplyDelete
  25. Selalu tengok org pasang tiub ni tapi x tahu cam sengsara juga. Takleh imagine kalau baby. Moga awak terus lelas sembuh ya

    ReplyDelete
  26. Saya pon pernah pengalaman masuk hospital. Tapi xdela kes besar sangat sbb buat operation. Buang tonsil, minor operation kt hidung n telinga jugak. Bila sebut bab batuk tu memang kita dpt feel huhu. Byw cpt smbuh ya

    ReplyDelete
  27. Pengalaman operate Dan stay kat hospital dah merasa. Cuma tiub je x pernah kena. Takut juga baca . Dengar operate pun dah berdebar apa lagi tiub

    ReplyDelete
  28. Semoga dah sembuh dan banyak rehat tau. Mengambil masa utk sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
  29. Allahu...ngeri nye dengar. Kita yg baru psg tiub kat tgn masa nak bersalin pun rasa macam ngeri semacam. Ni kan bertiub2 wayar2.

    ReplyDelete
  30. Aduhai membaca pengalaman syamimi un dah terasa sakit yer.. Kuat yer ujian. semoga Allah hadiahkan pahala berlipat ganda dan hapuskan dosa asbab kesakitan yang di alami ni. InshaAllah huda doakan Syamimi akan terus sihat wal afiat. Amin..

    ReplyDelete
  31. Masyallah...I was in tears reading this. Alhamdulillah semua tu dah berakhir. Sekarang akak macam mana? Boleh bernafas macam biasa? Masih nak termuntah ke?

    ReplyDelete
  32. PROMO!!!
    khusus untuk member yg daftar di bulan maret ini akan kmi berikan cashback ya bos. langsung saja klik www.fansbetting.co atau
    untuk info cashback lebih lanjut silahkan di add contact kami
    BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete

Sponsor

Comments