Showing posts with label Lempeng. Show all posts
Showing posts with label Lempeng. Show all posts

Monday, 9 September 2019

Resepi Lempeng Yang Cukup Senang.

10:11 am 25 Comments
Hai readers, Morning.. 🤗
Salam Hari Keputeraan Agung..
Hari cuti macam ni korang kemana je?
Cik mimi harini duduk rumah je. Cukup la dah berjalan kan 2 hari lepas. Next entri la cik mimi share ke mana ye.

Bila duduk rumah hari cuti ni mula la ligat kepala ni memikirkan menu apa nak disediakan..
Bangun pagi tadi tanya ddy dorang, nak sarapan apa pagi ni. Mujur dia request benda yang senang nak dibuat. 😬😬

Lempeng Tepung

"Buat lempeng cicah sambal je la"..

Fuhhh, mujur sangat la bahan pun ada je dekat rumah. So, zasss ready to cooking je la. 

Meh la cik mimi share kan bahan bahan nak buat lempeng ni. Walaupun ianya mudah je, ada juga orang yang tak tahu bahan nak digunakan,kan?
Cik mimi pun first time sebenarnya buat lempeng ni. Haha.. Bukan tak reti buat. Tapi kalau takde request dari ddy nya, risau kang buat buat takde sapa nak makan je. 

Bahan bahan :
Tepung dalam 2 cawan kecil
Garam sesudu kecil
Telur Sebiji
Air dalam 2 cawan ukuran tepung tadi
Sedikit Minyak Masak

Campur kan bahan tu semua, then kalau nak cantik adunan tepung tu, cik mimi blender kan sekejap tadi. Taknak dia berketul.

Nak mudah masak, gunakan kuali jenis tak mudah lekat ye. Kalau takde, gunakan je la apa pun kuali yang ada. Hehe.

Okay la, selamat mencuba ye.. Cik mimi nak sambung makan lempeng balik. Dah lama tak makan ni, rasa sedap la pulak.. 



promosi terkini produk produk cuckoo di e brandstore paksu store

Sponsor

Comments