Monday, 9 September 2019

Resepi Lempeng Yang Cukup Senang.

Hai readers, Morning.. 🤗
Salam Hari Keputeraan Agung..
Hari cuti macam ni korang kemana je?
Cik mimi harini duduk rumah je. Cukup la dah berjalan kan 2 hari lepas. Next entri la cik mimi share ke mana ye.

Bila duduk rumah hari cuti ni mula la ligat kepala ni memikirkan menu apa nak disediakan..
Bangun pagi tadi tanya ddy dorang, nak sarapan apa pagi ni. Mujur dia request benda yang senang nak dibuat. 😬😬

Lempeng Tepung

"Buat lempeng cicah sambal je la"..

Fuhhh, mujur sangat la bahan pun ada je dekat rumah. So, zasss ready to cooking je la. 

Meh la cik mimi share kan bahan bahan nak buat lempeng ni. Walaupun ianya mudah je, ada juga orang yang tak tahu bahan nak digunakan,kan?
Cik mimi pun first time sebenarnya buat lempeng ni. Haha.. Bukan tak reti buat. Tapi kalau takde request dari ddy nya, risau kang buat buat takde sapa nak makan je. 

Bahan bahan :
Tepung dalam 2 cawan kecil
Garam sesudu kecil
Telur Sebiji
Air dalam 2 cawan ukuran tepung tadi
Sedikit Minyak Masak

Campur kan bahan tu semua, then kalau nak cantik adunan tepung tu, cik mimi blender kan sekejap tadi. Taknak dia berketul.

Nak mudah masak, gunakan kuali jenis tak mudah lekat ye. Kalau takde, gunakan je la apa pun kuali yang ada. Hehe.

Okay la, selamat mencuba ye.. Cik mimi nak sambung makan lempeng balik. Dah lama tak makan ni, rasa sedap la pulak.. 



promosi terkini produk produk cuckoo di e brandstore paksu store

25 comments:

  1. Best juga ni..nak buat la kejap lagi hehe

    ReplyDelete
  2. yum yum! this makes me feel so hungry

    ReplyDelete
  3. makanan simple macam nilah sedap, makan bertambah pun tak sedar tau

    ReplyDelete
  4. oh begitu resepinya patotlah mek buat tak jadik. macam roti canai aje rupenya. mek tak letak telur and minyak masak. thankyou ye sharing resepi.

    ReplyDelete
  5. elok sangatttt cuti-cuti camni buat lempeng. haa boleh minum petang, or bawak pi picnic ke kan.. hehe senang nye nak buat! okay petang nanti siapp! hehehe

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nampak lempeng tu. Resepinya ringkas nampak. Maybe amatur people like me can try. Thanx for sharing and have a good day.

    ReplyDelete
  7. Husband kalau masak lempeng, dia mesti tambah susu tepung sket. Nak kasi lemak katanya.. Makanya, susu tepung anak, mak pak pun leh makan skali la. Haha

    https://anakperak.com

    ReplyDelete
  8. Looks like a very simple recipe. Maybe I should try it someday. If it's successful I'll add it to my kids' school snack menu hehehe.

    ReplyDelete
  9. Sesekali pekena lempeng dengan sambal memang best

    ReplyDelete
  10. Bila buntu nak buat breakfast untuk anak², lempeng je la jawabnya. Anak² Sal pun suka sebab cecah dengan sambal. Resipi paling simple dan sedap !!

    ReplyDelete
  11. LAMA TAK MAKAN LEMPENG NAK BUAT SENDIRI MALAS HEHEHE TAPI TENGOK RESIPI YANG MUDAH DAN SENANG NI RASA MACAM NAK BUAT ESOK PAGI NAK MAKAN LEMPENG JER WAKAKAKAKA CEPAT DAN KENYANG HEHEHEHE...

    ReplyDelete
  12. Kita tadi pun
    Baru buat lempeng. Tapi makan dengan sambal sadin. Makan panas2 mmg sedap

    ReplyDelete
  13. Baru je lepas mkn lempeng minggu lepas. Saya lgi suka resepi yg mudah mcm ni. Senanng nk buat, dan yg penting sedap! Thanks share ya.

    ReplyDelete
  14. sedapnye lempeng..
    sy suka lempeng nyor..
    mkn cam gitu je dh sedap.. hihi

    ReplyDelete
  15. Lempeng memang senang nak buat. Anak anak akak pun suka makan lempeng. Tapi diorang suka cicah dengan gula.

    ReplyDelete
  16. Kalo kak min tak suka letak telur tapi cairkan sikit bancuhan so lempeng akan lembut giler. Lagi best bila wat lempeng kelapa perghhhh makan lak ngan sambal! Mabeles!

    ReplyDelete
  17. lama tak buat lempeng camni. huda suka makan dengan kuah kari. jarang makan dengan sambal. huda pun memang bancuh guna blender, baru la cantik dan halus jer permukaan lempeng tu

    ReplyDelete
  18. Yeahh lempeng zaza pun suka makan. Lama juga tak membuatnya. Biasa makan dengan gula atau cicah kuah2 mcm kari..

    ReplyDelete
  19. ya Allah.
    Sedap nyer, mimi.
    Dgn sambal! Memang best.
    Boleh bertambah lempeng 4-5 keping.
    Thus is better than pancake omputeh tu kan :)

    ReplyDelete
  20. Alahai tetiba teringat makan lempeng dekat Terengganu tempohari. macam perfect sangat lempeng dia. sambal dia pergh memang power.

    ReplyDelete
  21. kalau guna tepung ata pun ok ni .. leh jadi capati.. sedap jugak ni.. cara masak sama cuma tukar tepung je kan mimi?

    ReplyDelete
  22. sedapnya makan lempeng....

    psst... thanks sudi join segmen Mia.
    blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html

    ReplyDelete

Sponsor

Comments