Showing posts with label Kisah Zara Sekolah. Show all posts

Berakhirnya Persekolahan Tahun 2020 Dalam Kesebakkan..
Assalamualaikum, selamat pagi readers..
Bila semalam cikgu Pra zara share kan cuti sekolah berakhir terus untuk tahun ni, cik mimi pulak rasa sebak. Macam tak percaya sekolah dah mulai ditutup.
Zara last jumpa kawan kawan Pra dia semalam.
Mama dia rasa sebak sebab banyak kelebihan dia masuk Pra. Sungguh. Ni bukan kes mama dia dekat rumah lepas tangan. Tapi bila di sekolah, dia mudah ingat apa yang "Cikgu Nik" dia ajarkan.
Tak semua orang paham bila mak mak ni rasa sedih anak habis sekolah macam tu je. Ada orang komen dekat komen cik mimi dalam 1 post orang lain ni.
"Katanya ajar je la anak tu dirumah. Bukan susah pun"
Ada lagi komen lain, katanya "mak mak ni kena la ajar anak dari rumah dulu. Baru la anak mudah ingat"
Dipendekkan macam tu la komennya. Tapi cik mimi rasa mak mak tu jenis tak paham hati dan perasaan orang.
Kita risaukan anak tu, sebab dia banyak tertinggal dalam pelajaran. Nak pulak tahun depan bakal masuk darjah 1. Mama dia boleh ajar. Tapi setakat belajar cara kita tanpa ada modul pembelajaran. Lain la kalau mama dia ni cikgu. Memang ada modul pembelajaran tuk anak anak.
Ada je mama dia ni minta ddy dorang save dan print mana mana kerja yang mudah tuk zara buat. Tapi serius cakap. Masa PKP haritu, cik mimi ajar zara. Tapi kita kekok nak mengajar dia dalam sebutan fonik. Kena cari di YouTube dulu.
Dia cakap cikgu nik sebut lain. Kenapa mama lain?
So, nak cakap mama dia tak ajar dekat rumah ke? Cuma cik mimi nak zara ni rasai Belajar dengan kawan kawan tu dengan penuh semangat. Memang nampak bila dengan kawan tu dia belajar cepat ingat.
Akhirnya persekolahan mamanya dulu ada juga buat jamuan macam tu. Sekali zara ni, berakhir PRA macam tu je. Takde kenangan bergambar dengan cikgu kelas dia.
Apa apa pun, cik mimi dah plan juga nak beli white board tuk Zara belajar ni. Cik mimi memang hari hari sibuk dengan tugas yang ada. Tak bererti zara ni cik mimi tak tunjuk ajar. Sometimes sambil pintal eskrim pun cik mimi ajar dia baca iqra ye.
Sungguh, tahun 2020 penuh dengan 1001 dugaan hidup. 🥺🥺
Moga tahun 2021 beri 1001 kemanisan hidup baru. Aamiin..
Tahun 2020 di PRA Sek Keb Kem Iskandar | Assalamualaikum, hai readers semua..
Awal awal tahun ni tak sah kan kalau takde story mory pasal anak sekolah. Anak baru masuk tadika.. Anak baru masuk darjah 1.. Anak naik tingkatan 1.. Ehh macam macam la kan..
Untuk tahun ni Zara ada peluang masuk ke PRA pulak. Cik mimi saja apply. Rezeki dia dapat. Dan sebenarnya nak bagi satu peluang baru pada dia. Sebab masa dia sekolah tadika tu, dia macam tak berapa nak je. Maybe sebab first time masuk sekolah kan. Mood main melebihi segalanya. Walhal cikgu, pembantu cikgu semua baik.
Bila try mohon PRA ni dapat, so mama dia memang berharap sangat la dia happy. Kalau tak happy jugak, memang tak tau la mama dia nak campak dia masuk sekolah mana pulak dah. 😅😅😅
Alhamdulillah, 01.01.2020 ddy dia yang hantar. Johor dah start sekolah tarikh tu. Takde ambil cuti awal tahun. Bila ddy nya yang hantar, dia tak boleh la nak buat perangai. Tapi tengok elok je mood dia pagi tu, alhamdulillah la.. Sampai ke balik tengok elok.
Masa di sekolah pun bila ada gambar diambil, tengok dia takde buat drama airmata, syukur sangat la. Kalau dia nak berdrama airmata pun, nasib laaaa.. Takde makna la cikgu dia nak kisah. Sebab di PRA ni cikgu kelas dia cikgu Lelaki. 😄😄
Tahun ni Mama zara berkesempatan nak update kisah zara berbanding tahun lepas bila mana mama dia terpaksa turun naik hospital sampai la kisah kena operation. Moga tahun 2020 Allah gantikan semua kebahagiaan yang ada.
Hi, Assalamualaikum readers..
Harini Cik Mimi nak update blog kesayangan ni. Banyak sangat benda nak share, tapi tak tershare pun kan.
So sebagai kenangan, entri ni wajib di share.
Last update blog 07 oktober. Hampir 2 weeks tak berupdate, so, jangan lupa baca entri terbaru ni okay. Kira masih fresh lagi entri ni. Hihihi..
19.10.2019
Seperti yang telah dirancang, makanya program yang diharapkan bakal berjalan. Actually, masa bulan 8, dalam 1 program ni dok sembang sembang dengan cikgu kelas zara, ada yang kata apa kata kita buat Family Day. Sebagai salah satu aktiviti tuk family dimana anak anak berada dalam kelas pandai. Dan kebanyakkannya bersetuju, termasuklah mama zara. I'm so Excited!
Jam 07 pagi bergerak keluar dari rumah untuk menuju ke Pantai Pasir Lanun, di Endau Mersing..
Perjalanan pagi tu ngam ngam 1jam. Sebab sampai sana jam 08 pagi.
Cuak sekejap bila sampai sana sebab nak pergi ke tempat tu macam kena redah hutan sikit. Haha..
Dengan map yang dah terpusing pusing.. Tapi redah jugak bila cikgu zara cakap kena masuk hutan tu sikit. Lega bila dah redah, jumpa la tempatnya. Ada chalet dalam tu. 😄😄
Bila dah sampai tengok takde pulak ibubapa lain. Kita ingatkan, kita yang dah terlambat. Rupanya kami satu family orang pertama. Haha.. Over awal. Sebab plannya jam 7.30 ke pukul 8pagi dah ada berkumpul disana. Mujur ada staff disitu, so lega sikit bila dah tanya tempat.
Actually pemilihan tempat ni persetujuan bersama. Kami para ibubapa ada buat meeting sikit. Yang tu nanti kita share sebagai entri throwback la ye..
Actually, kenapa tempat tu menjadi pilihan, sebab tempat chalet tu adalah kepunyaan suami kepada cikgu kelas zara. So dah jimat untuk bayaran kan? Kami just share duit sikit untuk makan makan dengan pembelian hadiah macan tu. Tapi tu semua cikgu kelas zara yang sediakan.
Okay, pagi tu settup apa patut, buka meja, susun makanan yang dibawa.. Mama zara sumbang sikit sikit je. Kek besday tuk zara dan juga buatkan roti sosej. Dengan niat untuk tolong tambah tambahkan makanan yang ada. Alhamdulillah, dipermudahkan. Dan hutang niat nak sumbang makanan tu pun terlaksana. Syukur sangat.
Dan ada sekali buat BBQ tau. Ya Allah, sedapnya ayam diaaaa.. Kalau la muka tak malu, memang dok meratah puas puas kot. Haha
Okay, pagi tu dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan untuk anak anak. Sebab dorang dah nak start game.
So acara pertama dimulakan dengan acara bawa bola dalam sudu. Selesai untuk acara tu, disambung pula dengan acara masukkan air dalam botol. Yang kena perah span tu. Dan yang ketiga acara rebut kerusi ikut lagu tu.
So happening untuk 3 games ni. Yang paling best, game terakhir tu. berebut kerusi. Fuhhh bukan calang calang anak komando tau. Dia punya berebut kerusi akhir tu siap tolak menolak. Hahahaa.. Mujur tak bertumbuk aje. Mak mak dah terjerit jerit dah. Haha..
Settle program anak anak, maka bermula la game tuk mak mak pulak. Sebenarnya nak buat 2 game. Tapi cuaca macam tak mengizinkan.. Hujan renyap sekejap sekejap. So buat yang ni je.
Sambut belon ada isi air tu, jangan sampai terjatuh pecah. Sambut tu, gunakan kain batik tau. Buat la gaya mana pun ikatan tu, janji boleh sambut.
Ada 2 kumpulan je. Okay la kan. Sebab ada mak mak yang tak bawa kain batik. Kita ni excited je, so bawak.. Sebab nak join. Haha
Settle untuk game mak mak, ini la masanya untuk game ayah pulak. Tali tali. Ya ampun. Nampak je game ayah ayah ni simple kan. Tapi.. I is over kot terjerit jerit. Hahaha..
Sambil rakam, sambil menjerit. Bila dengar balik, ya Allah.. Awat la cik mimi sorang je over jerit jerit. Haha.. Dia punya sokongan padu tu tak kalah. Mujur laaa 2round menang kumpulan ddy zara. Haha..
Settle game ayah, ada acara musang berjanggut. Iaitu asingkan bahan masak tu. Mak aihhhh, 4 kumpulan lagi lajunyaaaaa.. I is terkial kial walaupun dah cukup laju. Haha.. Tapi takpe la. Sekadar suka suka aje pun kan.. Bukan nak berlawan lawan. Haha
Settle tu, so cikgu buat acara sambutan hari lahir untuk bulan januari sampai disember. Senang. 1 kek untuk semua. Macam zara, cik mimi bawa kan 1 kek. Buat tambah tambah la orang kata. Mak lain pun ada juga yang bawa kek tuk anak anak memasing.
Masa nak potong kek tu, hujan renyai. Tapi macam kuat juga la turunnya. So berlari la ke dewan. Sebab lepas potong kek tu plannya nak makan makan dalam dulang, di situ. Sambil duduk bersila kan.. Tapi tak kesampaian sebab risau hujan makin lebat.. Elok kitaorg semua dok makan dekat dewan hujan pun berhenti. Alahai.. Just moment nak makan dalam dulang di tepi pantai je tak kesampaian. Next ada rezeki sebelum cuti cikgu kelas zara plan nak santai santai, makan makan dalam dulang again kat tepi pantai.
Last sebelum bersurai, acara pemberian hadiah. Hadiah simple simple aje. Tuk anak anak dapat barang permainan, tuk mak ada la dapat bekas dengan besen. Haha.
Walaupun simple, tapi berguna semua. Anak anak paling syok. Dah dapat permainan, elok pulak dapat pasir pantai, memang peluang sangat laaaa.. 😆😆😆
Alhamdulillah. Walaupun cuaca terganggu sekejap sekejap dek hujan renyai, semuanya berakhir dengan sempurna. Akhir sekali sesi bergambar beramai ramai. I feel sooooo happy, sebab tak pernah join family day seBEST ni tau. Cikgu yang sporting.. Mak mak lain pun semua ngam boleh masuk. Terbaikkkk..
Family Day Di Pantai Pasir Lanun the best!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons