19.10.2019 | Family Day Kelas Pandai Di Pantai Pasir Lanun, Endau, Mersing.

Monday 21 October 2019

Hi, Assalamualaikum readers.. 
Harini Cik Mimi nak update blog kesayangan ni. Banyak sangat benda nak share, tapi tak tershare pun kan. 
So sebagai kenangan, entri ni wajib di share.
Last update blog 07 oktober. Hampir 2 weeks tak berupdate, so, jangan lupa baca entri terbaru ni okay. Kira masih fresh lagi entri ni. Hihihi..



19.10.2019
Seperti yang telah dirancang, makanya program yang diharapkan bakal berjalan. Actually, masa bulan 8, dalam 1 program ni dok sembang sembang dengan cikgu kelas zara, ada yang kata apa kata kita buat Family Day. Sebagai salah satu aktiviti tuk family dimana anak anak berada dalam kelas pandai. Dan kebanyakkannya bersetuju, termasuklah mama zara. I'm so Excited! 

Jam 07 pagi bergerak keluar dari rumah untuk menuju ke Pantai Pasir Lanun, di Endau Mersing..
Perjalanan pagi tu ngam ngam 1jam. Sebab sampai sana jam 08 pagi. 



Cuak sekejap bila sampai sana sebab nak pergi ke tempat tu macam kena redah hutan sikit. Haha..
Dengan map yang dah terpusing pusing.. Tapi redah jugak bila cikgu zara cakap kena masuk hutan tu sikit. Lega bila dah redah, jumpa la tempatnya. Ada chalet dalam tu. 😄😄


Bila dah sampai tengok takde pulak ibubapa lain. Kita ingatkan, kita yang dah terlambat. Rupanya kami satu family orang pertama. Haha.. Over awal. Sebab plannya jam 7.30 ke pukul 8pagi dah ada berkumpul disana. Mujur ada staff disitu, so lega sikit bila dah tanya tempat.

Actually pemilihan tempat ni persetujuan bersama. Kami para ibubapa ada buat meeting sikit. Yang tu nanti kita share sebagai entri throwback la ye.. 
Actually, kenapa tempat tu menjadi pilihan, sebab tempat chalet tu adalah kepunyaan suami kepada cikgu kelas zara. So dah jimat untuk bayaran kan? Kami just share duit sikit untuk makan makan dengan pembelian hadiah macan tu. Tapi tu semua cikgu kelas zara yang sediakan.  
















Okay, pagi tu settup apa patut, buka meja, susun makanan yang dibawa.. Mama zara sumbang sikit sikit je. Kek besday tuk zara dan juga buatkan roti sosej. Dengan niat untuk tolong tambah tambahkan makanan yang ada. Alhamdulillah, dipermudahkan. Dan hutang niat nak sumbang makanan tu pun terlaksana. Syukur sangat.



Dan ada sekali buat BBQ tau. Ya Allah, sedapnya ayam diaaaa.. Kalau la muka tak malu, memang dok meratah puas puas kot. Haha




Okay, pagi tu dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan untuk anak anak. Sebab dorang dah nak start game. 

So acara pertama dimulakan dengan acara bawa bola dalam sudu. Selesai untuk acara tu, disambung pula dengan acara masukkan air dalam botol. Yang kena perah span tu. Dan yang ketiga acara rebut kerusi ikut lagu tu. 






So happening untuk 3 games ni. Yang paling best, game terakhir tu. berebut kerusi. Fuhhh bukan calang calang anak komando tau. Dia punya berebut kerusi akhir tu siap tolak menolak. Hahahaa.. Mujur tak bertumbuk aje. Mak mak dah terjerit jerit dah. Haha..




Settle program anak anak, maka bermula la game tuk mak mak pulak. Sebenarnya nak buat 2 game. Tapi cuaca macam tak mengizinkan.. Hujan renyap sekejap sekejap. So buat yang ni je. 

Sambut belon ada isi air tu, jangan sampai terjatuh pecah. Sambut tu, gunakan kain batik tau. Buat la gaya mana pun ikatan tu, janji boleh sambut.
Ada 2 kumpulan je. Okay la kan. Sebab ada mak mak yang tak bawa kain batik. Kita ni excited je, so bawak.. Sebab nak join. Haha





Settle untuk game mak mak, ini la masanya untuk game ayah pulak. Tali tali. Ya ampun. Nampak je game ayah ayah ni simple kan. Tapi.. I is over kot terjerit jerit. Hahaha..
Sambil rakam, sambil menjerit. Bila dengar balik, ya Allah.. Awat la cik mimi sorang je over jerit jerit. Haha.. Dia punya sokongan padu tu tak kalah. Mujur laaa 2round menang kumpulan ddy zara. Haha..








Settle game ayah, ada acara musang berjanggut. Iaitu asingkan bahan masak tu. Mak aihhhh, 4 kumpulan lagi lajunyaaaaa.. I is terkial kial walaupun dah cukup laju. Haha.. Tapi takpe la. Sekadar suka suka aje pun kan.. Bukan nak berlawan lawan. Haha



Settle tu, so cikgu buat acara sambutan hari lahir untuk bulan januari sampai disember. Senang. 1 kek untuk semua. Macam zara, cik mimi bawa kan 1 kek. Buat tambah tambah la orang kata. Mak lain pun ada juga yang bawa kek tuk anak anak memasing. 








Masa nak potong kek tu, hujan renyai. Tapi macam kuat juga la turunnya. So berlari la ke dewan. Sebab lepas potong kek tu plannya nak makan makan dalam dulang, di situ. Sambil duduk bersila kan.. Tapi tak kesampaian sebab risau hujan makin lebat.. Elok kitaorg semua dok makan dekat dewan hujan pun berhenti. Alahai.. Just moment nak makan dalam dulang di tepi pantai je tak kesampaian. Next ada rezeki sebelum cuti cikgu kelas zara plan nak santai santai, makan makan dalam dulang again kat tepi pantai. 






promosi terkini produk produk cuckoo di e brandstore paksu store





Last sebelum bersurai, acara pemberian hadiah. Hadiah simple simple aje. Tuk anak anak dapat barang permainan, tuk mak ada la dapat bekas dengan besen. Haha.
Walaupun simple, tapi berguna semua. Anak anak paling syok. Dah dapat permainan, elok pulak dapat pasir pantai, memang peluang sangat laaaa.. 😆😆😆

Alhamdulillah. Walaupun cuaca terganggu sekejap sekejap dek hujan renyai, semuanya berakhir dengan sempurna. Akhir sekali sesi bergambar beramai ramai. I feel sooooo happy, sebab tak pernah join family day seBEST ni tau. Cikgu yang sporting.. Mak mak lain pun semua ngam boleh masuk. Terbaikkkk..



Family Day Di Pantai Pasir Lanun the best!

13 comments

  1. amboi bestnya family day kak aya..:)

    ReplyDelete
  2. eeee~ seronoknya family day gini... 😍😍

    ReplyDelete
  3. Bestnya family day askar ni erk.. Jehe. Lagi buat tepi pantai. Seronok tengok.. Ngeratkan silaturrahim.. Yang susun makanan tu pergh mencabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm.. Ni bukan askar punya nad. Ni kami sesama cikgu plan. Kebetulan cikgu tu ada chalet. So plan buat la kat situ sebab jimat kos tempat dah. Kalau askar, stkat ni tak buat pun.

      Delete
  4. Wahhh bestnya ada aktiviti family day cam ni. Selalu kalau ada pun buat kat pengkarangan taska atau sek je. Buat cam ni sure anak2 happy

    ReplyDelete
  5. Bestnya family day sekolah anak
    Nampak meriah te Mimi

    ReplyDelete
  6. Ni dah macam family day syarikat2 je dah ni. Meriah kemain. Makanan semua sedap2. Kami kat sini susah nk buat family day sebab tempat tepi pantai semua jauh2 belaka. Paling kuat buat lawatan dan sukan je. Hehe.

    ReplyDelete
  7. bestnya sekolah tadika dah ada family day

    ReplyDelete
  8. Wow best nyer activiti family day with so much fun like this

    ReplyDelete
  9. Zira tak pernah buat aktiviti family day. Cuma ada buat kenduri korban je family kumpul

    ReplyDelete
  10. Buat family day aktiviti dengan anak memang seronok.

    ReplyDelete