Santapan Hujung Minggu.

Monday 28 October 2019

Assalamualaikum, Selamat Pagi semua..
Selamat Bercuti.. Nikmatnya rasa bila hari cuti ni kan.. Tak perlu pulas stereng kereta hantar anak sekolah. Tak perlu jadi singa terjerit jerit kejutkan anak.
Bila dapat hari cuti yang macam ni, ditambah lagi dengan cuaca sejuk dingin, terasa betul betul nikmat! 

Okay, back to the story, ni kisah semalam. 
Semalam pagi malas betul nak buat sarapan berat. Sebab tengok anak anak elok jeee lenanya. Memang bangun pun dah jangkau pukul 10pagi.
Mama dah siap masak lauk anak baru nak bangkit tido..

So disebabkan mama dia malas buat sarapan, pagi tu semangat la masak lauk awal. Senang orang kata. Penatkan asik masak banyak kali. Pastu makan tak habis, buang. Sayang je bazir rezeki..

So semalam semangat punya masak, sebab otak dah standby menu dah. Memang laju buat kerja. 
Setiap hari macam wajib paling tidak 3 menu mesti ada atas meja. Hehe.. Jom tengok apa menunya..

Sotong Sambal Kicap



Terung Goreng Pedas



Ayam Goreng Rangup



Nak tahu menu tak? Jom la cik mimi share kan dalam next entri. Sebab kadang cik mimi sendiri terlupa bahan apa yang pernah guna, suka belek balik dalam blog. Mudahkan, segala maklumat boleh share dalam blog ni. 

Korang masak apa harini.. Share sikit..

2 comments