Showing posts with label BAKAT 21 GGK Kump Log. Show all posts
Showing posts with label BAKAT 21 GGK Kump Log. Show all posts

Thursday, 14 March 2019

Lawatan Kebajikan BAKAT

4:51 pm 19 Comments
Hai readers.. 
Untuk beberapa hari ni terskip update blog. Masalah kesihatan. Demam. Then mood pun jadi kelaut sikit nak update. Tengok fon pun rasa naik lemau je. So harini, kita update kisah minggu lepas ya. 

Hari sabtu 09 mac 2019, ada lawatan kebajikan BAKAT (Badan Amal Kebajikan Isteri Anggota Tentera).
Lawatan kebajikan ni diketuai oleh Datin. Maaf terlupa nama Datin tu siapa. Lawatan kebajikan ni dorang kumpulkan anak anak anggota yang ada masalah kesihatan, sakit kronik, oku, dan sebagainya termasuklah isteri anggota yang sakit pun terlibat sekali dalam lawatan kebajikan ni. 


Masa hari sabtu haritu, pakaian adalah kasual sahaja. Sebenarnya pertama kali juga la kita join lawatan ni. Dan rasanya macam masa duduk di gemas dulu pun takde pula perasan ada lawatan macam ni. Kalau sekadar melawat dirumah tu perkara biasa. 

Masa hari sabtu haritu, semua yang terlibat perlu berkumpul di rumah bakat. Ramai tak ramai tu hampir 20orang juga kot yang terlibat macam tu. Bagusnya ada lawatan macam ni sebab kita nampak, sebenarnya ada ramai anak anak anggota yang ada masalah kesihatan. Dalam tak disangka kan.. 


Masa hari sabtu haritu, ada sedikit cenderahati diberikan. Cenderahti ni tak silap disediakan oleh unit suami masing masing. Masa hari sabtu tu, cenderahati yang kita peroleh dapat goodies bag berisi Oat 1.2kg, buah prun dan juga yogurt. Lain unit, lain yang mereka sediakan. Ada yang dapat hamper barangan seperti pampers dan sebagainya..



Ingatkan hari sabtu je terlibat, rupanya hari isnin 11 mac 2019 pun terlibat lagi. Kali ni hadir perlu berpakaian baju bakat. Sebab kehadiran untuk hari isnin tu lawatan oleh Datin Seri. Untuk lawatan kebajikan pada hari isnin tu, tidak semua yang terlibat pada hari sabtu ada sama. Kalau ikut pemahaman kita, mereka yang mempunyai masalah serius yang dijemput hadir. Ada juga yang hadir dari melaka. Mereka kumpul kan sekali di rumah Bakat di Kem Iskandar, Mersing ni. 




Untuk hari Isnin tu, Datin Seri ada memberikan sedikit sumbangan berupa wang tunai. Menurut katanya, sumbangan diberikan sempena hari tentera darat yang jatuh pada 01 mac 2019.
Syukur Alhamdulillah.. Kerana lawatan sebegini, terasa diri ini diambil berat dan kebajikan dijaga. 

Tuesday, 19 February 2019

Kunjungan Lawatan Group Bakat 21 GGK Kump. Log.

10:31 pm 23 Comments
BAKAT : Badan Amal Kebajikan Isteri Angkatan Tentera

Hai readers.. 
Sejak lepas operation ni macam ada 1 penyakit lain pulak yang datang. Tapi penyakit ni tak merbahaya. Penyakit ni dia bagus. Sebab kita jadi kemaruk nak update blog setiap hari. Alhamdulillah setakat ni konsisten la update setiap hari. Hehe..

Cerita 09.02.2019. Nak update asik tertangguh je. Kisahnya kita baru 2minggu lebih kat 3minggu operation. Pastu kebetulan masa tarikh tu ada buat Mesyuarat Agong. Tapi kita tak dapat nak pergi. Kena banyak rehat kan. Then kalau pergi pun dengan keadaan diri yang pelik, nanti orang pun pelik je tengok kita balik. 

Then rentetan dari tu, mereka AJK dan anggota bakat yang berjawatan ni macam pengerusi bakat ni nak datang la rumah. Buat lawatan kebajikan macam tu. Nak tengok keadaan kita. Then nak tanya tentang sakit kita ni. Dorang dapat tahu kita operation. Tapi dorang ingat operation biasa biasa je. 

Dalam pukul 12 tengahari macam tu mereka sampai rumah. Selepas selesai jamuan makan Mesyuarat Agong. Kita sebenarnya terkejut dengan kehadiran mereka semua walaupun dah diberitahu. Sebab ingatkan tak ramai. Tapi dalam 15orang juga la yang hadir masa tu. 

Macam pengerusi bakat, dan lain lain tanya juga. Macam mana detect sakit tu. Berapa lama sakit. Memang bukak cerita dari A to Z juga la. Dah la masa tu tak boleh nak cakap sangat. Sebab masa tu ada jahitan baru dalam mulut. Mujur suami banyak tolong cakap sekali. Lagi pun nak cakap pun suara tak kuat. 

Then last last tunjuk juga la keadaan diri kita masa kena operate tu macam mana. Berselirat tiub sana sini. Kiri kanan tiub tuk buang lebihan darah kotor. Allahu.. Kalau ingat balik, macam mana la kita boleh bertabah dengan semua tu. Semuanya kuasa Allah kan. Pemberi kekuatan. 


Kita haritu jamu minum dengan makan kek pisang je. Sebab nak buat apa apa pun tangan kiri kat bahu still sakit lagi. Bila terima kunjungan tetamu tu rasa macam Allah.. Dapat satu perasaan ntah la.. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Rasa terharu sangat sebab mereka datang melawat dirumah kan. Kiranya ni pengalaman kali pertama terima kunjungan dari isteri isteri pegawai atasan. 


Sebelum balik tu mereka semua serahkan cenderahati berupa hamper. Sampai harini hamper tu tak buka lagi. Sebab nak tunggu anak anak balik nanti. Bagi dorang excited. 

Sponsor

Comments