Thursday, 14 March 2019

Lawatan Kebajikan BAKAT

Hai readers.. 
Untuk beberapa hari ni terskip update blog. Masalah kesihatan. Demam. Then mood pun jadi kelaut sikit nak update. Tengok fon pun rasa naik lemau je. So harini, kita update kisah minggu lepas ya. 

Hari sabtu 09 mac 2019, ada lawatan kebajikan BAKAT (Badan Amal Kebajikan Isteri Anggota Tentera).
Lawatan kebajikan ni diketuai oleh Datin. Maaf terlupa nama Datin tu siapa. Lawatan kebajikan ni dorang kumpulkan anak anak anggota yang ada masalah kesihatan, sakit kronik, oku, dan sebagainya termasuklah isteri anggota yang sakit pun terlibat sekali dalam lawatan kebajikan ni. 


Masa hari sabtu haritu, pakaian adalah kasual sahaja. Sebenarnya pertama kali juga la kita join lawatan ni. Dan rasanya macam masa duduk di gemas dulu pun takde pula perasan ada lawatan macam ni. Kalau sekadar melawat dirumah tu perkara biasa. 

Masa hari sabtu haritu, semua yang terlibat perlu berkumpul di rumah bakat. Ramai tak ramai tu hampir 20orang juga kot yang terlibat macam tu. Bagusnya ada lawatan macam ni sebab kita nampak, sebenarnya ada ramai anak anak anggota yang ada masalah kesihatan. Dalam tak disangka kan.. 


Masa hari sabtu haritu, ada sedikit cenderahati diberikan. Cenderahti ni tak silap disediakan oleh unit suami masing masing. Masa hari sabtu tu, cenderahati yang kita peroleh dapat goodies bag berisi Oat 1.2kg, buah prun dan juga yogurt. Lain unit, lain yang mereka sediakan. Ada yang dapat hamper barangan seperti pampers dan sebagainya..



Ingatkan hari sabtu je terlibat, rupanya hari isnin 11 mac 2019 pun terlibat lagi. Kali ni hadir perlu berpakaian baju bakat. Sebab kehadiran untuk hari isnin tu lawatan oleh Datin Seri. Untuk lawatan kebajikan pada hari isnin tu, tidak semua yang terlibat pada hari sabtu ada sama. Kalau ikut pemahaman kita, mereka yang mempunyai masalah serius yang dijemput hadir. Ada juga yang hadir dari melaka. Mereka kumpul kan sekali di rumah Bakat di Kem Iskandar, Mersing ni. 




Untuk hari Isnin tu, Datin Seri ada memberikan sedikit sumbangan berupa wang tunai. Menurut katanya, sumbangan diberikan sempena hari tentera darat yang jatuh pada 01 mac 2019.
Syukur Alhamdulillah.. Kerana lawatan sebegini, terasa diri ini diambil berat dan kebajikan dijaga. 

19 comments:

  1. alhamdulillah..sentiasa mendapat perhatian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhandulillah ciknor. Xsangka sebenarnya. Hehe

      Delete
  2. aida familiar dgn BAKAT ni sebab ramai ofismet ahli nya.
    BAKAT is so aktif. unlike badan wanita jabatan aida.
    a little bit slow dlm program.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakat ni ikut tempat juga. Ada yang aktif, ada yang tak. Tengok pada siapa mak Bakat yang jaga la. Hehe..

      Delete
  3. BAKAT memang banyak aktiviti luar dan dalam. bukan sahaja dapat saling bergaul dengan semua ahli, malah selalu buat lawatan untuk ahli yang sakit dan ada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Setuju sangat. Memang bagus la Bakat ni. Dapat kenal kawan baru. Then hal kebajikan pun terjaga.

      Delete
  4. Alhamdulillah BAKAT aktif membantu orang yang memerlukan. Anak2 dan isteri anggota tentera kita mampu dikurangkan beban yang ada.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... banyak aktivitas yg sangat membantu yang telah dilakukan oleh BAKAT. Keluarga tentara sangat terbantu oleh kegiatan ini terutama dalam membantu beban finansial jika dlm masalah.

    ReplyDelete
  6. Haha teringat my mom dulu selalu join aktiviti Bakat ni sebab my dad askar. Macam2 aktivit kot dorang buat, so takde la bosan mak i bila anak2 takde akt umah :)

    ReplyDelete
  7. Mula baca susah nak faham lawata kebajikan BAKaT rupanya Badan Kebajikan Isteri Anggota Tentera hehehehe ... sekarang ni orang perempuan suri rumah juga boleh berbakti kepada negara dengan sertai persatuan macam ni bagus...

    ReplyDelete
  8. Blur kejap emi baca pasal BAKAT ni sebab emi macam tak tahu sangat BAKAT tu pertubuhan apa, hehe.

    ReplyDelete
  9. Baru tahu BAKAT ni apa.. Kalau suami Tentera sahaja ya boleh join program. Seronoklah dapat join mcm-mcm program yg dianjurkan mcm tu

    ReplyDelete
  10. Aktif ye BAKAT ni. banyak aktiviti yg dijalankan.. Bagus la. sekurang kurangnya ada juga pihak yang prihatin terhadap kebajikan keluarga tentera.

    ReplyDelete
  11. Zaman dulu sis duduk dlm kem tentera sb mak keja klinik tentera. Swlalu gak tau mcm aktiviti yg bakat buat. Bagus adalah persatuan mcm ni sekurang2nya kebajikan keluarga tentera tak terabai dn isteri2 tentera ada gak le benda nk buat

    ReplyDelete
  12. Moga-moga kebajikan yang diterima dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Kita semua kena selalu berterima kasih dan bersyukur dengan segala urusan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Bagus juga this BAKAT, there are so many activities and charities that they organize to help the needy.

    ReplyDelete
  14. kalau tak baca properly mesti ingat bakat ni program nyanyian tapi more likely aktiviti yang menarik khas untuk charities... semoga pusat kebajikan dapat membantu dan menjaga kebajikan setiap warga yang memerlukan.. tahniah !

    ReplyDelete
  15. Bagus juga pergi lawatan kebajikan ni atleast kita tahu ada golongan yang susah dan memerlukan.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Bagus sebenarnya ada kempen begini. Rasa macam sangat dihargaikan. Moga terus dimurahkan rezeki mereka yang terlibat dan Datin Seri. Berharap prgram sebegini banyak memberikan kekuatan kepada pesakit.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments