Sponsor

Showing posts with label Ayam Goreng Berempah. Show all posts
Showing posts with label Ayam Goreng Berempah. Show all posts

Thursday, 6 September 2018

Gabungan Menu Simple Yang Sedap.

12:30 pm 7 Comments
Hai readers. Bila dah nama pun mak, isteri, perkara yang memeningkan kepala mestilah bab masak kan?
Macam mana tak pening. Kadang tekak sendiri nak kan menu lain. Tapi tekak orang lain tak berkenan dengan menu tu. 

Bila minta cadangan menu, katanya "masak la apa apa". Kalau "masaklah apa apa" tu sebenarnya adalah sejenis menu, kan mudah. Betul tak?

Haritu sembang dengan adik ipar. Sembang punya sembang, tergabung la menu ni semua. Kebetulan bahan pun ada untuk buat. So jadilah menu simple untuk lunch hour gitu. Ddy dorang la haritu potpet kata nak suruh buat sambal belacan. So, buatkan la sikit. 2hari juga la baru habis sambalnya. 

Korang masak apa harini?

Sambal Belacan + Ulam Daun Selom
Ayam Goreng Berempah

Petola + Cendawan Tumis 




Monday, 12 February 2018

Ayam Berempah & Tomyam merah.

9:49 am 12 Comments

Ayam Berempah & Tomyam merah.


Hai readers. Rasa macam lama sangat kan kita tak menaip. Mood swing sangat la wakkk.. So harini kita gagahi juga jari jemari mengetuk keyboard tipon ni. Nak on lappy hero heroin yang conquer. 

Kisah haritu je. Masakan kita. Kalau ada sampai ke harini basi dah. Haha. Mujur gambar tak boleh bau, ye dok?
Sambil bagi ilham kat kengkawan, sambil kita rasa ter-Inspirasi untuk lebih pandai lagi dalam masak memasak. Tak gitu. Haha



Bila mood masak datang, macam macam nak masak. Tapi kadang blur menu apa yang nak dibuat. 

Kisahnya haritu tak tahu nak masak apa. Disebabkan dah lama tak buat ayam goreng berempah, so pagi-pagi dah perap. Malam keluarkab siap siap kasi habis aisbeku. Ddy zara ada request nak ayam tu, so dapat dah 1 menu. Kita pulak bak menu masam masam. Ni bukan kes pregnant ke apa tau. 



Tapi dah muak lauk bersantan semua. So mikirkan ada pes tomyam merah tu, kita masukkan sayur semua dalam tu. So dah jadi 1 menu. Ddy dorang ni jenis kalau makan mesti nak kena ada sayur. So kalau nak masak lauk ayam ke, ikan ke, sayur mesti ada. 

So menjadi la 2 menu. Kalau ikut tekak sendiri, nasi + telur dadar + kicap pun dah mabelessss. Haha..

First time sebenarnya buat gabungan lauk ni. Selalu ada tomyam, mesti nak ada telur dadar, kan? So kali ni kita tukar menu lain. 

Agak agak korang masak apa harini? Kita masak simple simple je kut. Sebab plan malam nanti nak goreng keteow. Makan panas panas. 

Ohhh nikmat!  

Thursday, 23 June 2016

Ayam Goreng Berempah Sedap & Mudah.

4:00 pm 10 Comments

Ayam Goreng Berempah Sedap Dan Mudah

 Assalamualaikum... Hi..  Haaaaaa,, kemain panjang nama diberikan. Sebab resepinya pun cukup mudah. Dah petang-petang macam ni mesti para ibu/mak/mama/umie tengah pening pikir nak masak lauk apa kan? 


Betul tak?



Comments