Salam Lebaran 2020

Wednesday 27 May 2020

Assalamualaikum, Salam Lebaran buat semua yang menyambut hari lebaran yang mulia ini.
Tahun ni kita semua beraya dalam keadaan yang sangat terkawal. 
Tak boleh balik ke kampung.
Tak dapat beraya semeriahnya.


Alhamdulillah, walaupun beraya dalam keadaan PKPB ni, cik mimi still rasa bahagia. 
Memang rindu nak berjumpa sanak saudara.
Nak beraya dalam suasana yang indah seperti sebelum ni. 
Tapi penangan Covid-19 yang belum berakhir ni, kita semua berjaga-jaga la ye. 

Alhamdulillah, beraya dalam kem pun seronok. Meriah. Ada juga kunjungan dari jiran tetangga. 
Kita anggap je, jiran jiran kita ni adalah adik beradik kita. Sepupu sepapat kita.
Sesungguhnya kita semua saudara sesama islam kan.. ☺



Masak juadah dan hidangkan pada tetamu. 
Walaupun dalam PKP, raya tetap On kan..

Kalau tahun sebelum sebelum ni, adik ipar selalu beraya dalam kem. Cik mimi ni sampai teringin la nak rasa suasana tu macam mana. Alhamdulillah, tahun ni merasa dah. Cuma, orang luar je tak boleh masuk kem. So kita yang berada dalam kem ni, sama sama raikan bersama. 

Apa apa pun, kebahagiaan tu, kita yang cari..
Kebahagiaan tu, kita yang cipta kan? 

Moga tahun depan, Allah panjangkan usia kita semua, berikan kesihatan yang baik. 
Kita semua boleh beraya bersama sama dengan ahli keluarga tersayang.. 

In shaa Allah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin dari cik mimi sekeluarga buat semua. 🤗

18 comments

  1. Satu hari raya yang pasti dikenang bila bila oleh semua rakyat Islam serata dunia.

    ReplyDelete
  2. Salam lebaran buat semua yang merayakannya. Tahun ni agak simple je sebab sis tak terima tetamu. Kami bertiga ajer meraikan bersama.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Mimi. Wahh nampak meriah jugak pelbagai makanan terhidang. Semoga cepat pandemik ni hilang dan dpt kita jumpa keluarga tersayang kan.

    ReplyDelete
  4. Salam Lebaran sis mimi.. walau beraya di rumah, masih nampak meriah dan sedap semua makanan tu. :-) Syukur seadanya..
    http://www.farasofea.com/

    ReplyDelete
  5. SELAMAT HARI RAYA mimie.
    syok la tu beraya dlm kem.
    ramai2 sama2.
    aida kat rumah ni, raya sendiri je.
    takde ziarah ziarah meskipun sesama jiran.
    semua patuh dgn amaran kerajaan.

    ReplyDelete
  6. Raya still kena sambut dengan meriah dan ceria sebab itu tanda kemenangan kita dan meraikan Syawal ye tak. Takpe, lepas PKP, memasing duk la sebulan kat kampung pun takpe kan.

    ReplyDelete
  7. dapat balik sabak bernam kejap je lah melawat family untuk raya ni. Tak best dah tak boleh ziarah jiran untuk beraya.

    ReplyDelete
  8. Happy Eid Mubarak 2020 dear. Wish you a good celebration with family and loved ones. Take care.

    ReplyDelete
  9. Betul tu. Kebahagiaan itu kita yang cari walau di mana pon kita berada. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :)

    ReplyDelete
  10. Banyak juga juadah biskut raya ye Mimi. Kek pun ada. Kali ni raya memang berbeza sangat kan. Akak raya pertama dapat balik kampung sebab kampung sebelah daerah 20 minit dah sampai. Tu pun balik sekejap.Sampai 10.30 pagi pukul 5.00 petang dah balik rumah.Selamat Hari Raya Mimi dan keluarga.

    ReplyDelete
  11. Walaupun kita tak boleh jumpa sedara-mara tp Raya tetap kita sambut. Cumanya tak semeriah dulu. Apa2 pun kita jaga diri kita. Selamat hari raya!

    ReplyDelete
  12. salam lebaran. semoga berbahagia bersama yang tersayang. kita raya simple sahaja this year kan

    ReplyDelete
  13. Meriahnya juadah hari raya dia. Apapon Selamat hari raya saya ucapkan. Tahun ni raya cukup berbeza dari sebelumnya.

    ReplyDelete
  14. Selamat hari raya Mimi...sama Sis, tak kira PKPB ke, raya tetap raya dan siap mengemas rumah sampai sekarang tak sudah-sudah hahahaha

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya! maaf zahir batin.. =)

    ReplyDelete
  16. Beraya stail PKPB. Alhamdulillah beraya bersama keluarga kecil kita. Memang rindu bonda di kampung. Tapi, ini adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya, tahun ni raya memang berbeza tak semeriah dulu tapi kita tetap bersyukur.

    ReplyDelete