Kuih Frozen

Monday 11 May 2020

Assalamualaikum, hai readers..
Selamat berpuasa. Allah, separuh bulan dah kan kita berpuasa ni. Macam sekejap pula rasanya. 
Masih belum puas nikmati suasana Ramadan ni. 
Rindu, sayu, macam macam perasaan wujud dalam benak perasaan. Apatah lagi puasa tahun 2020 ni sangat berbeza dari sebelum ni. 

Bercerita pasal berpuasa ni, pastinya bila berbuka kita akan sediakan pelbagai juadah enak kan.. 
Cik mimi hari hari masak. Ada juga beli. Mustahil kalau tak membeli. Kita kena juga support orang berniaga kan? 


Erm..
Minggu lepas berkerajinan sikit. Cik mimi try buat 2 jenis kuih ni, dan sikit kita frozen kan, sikit kita goreng untuk makan berbuka. 
Ada masa memang membeli juga kuih. 
Depend pada kuih yang dijual.
Bukan apa. Sometime dalam gambar elok cantik kejadiannya. Bila diterima, serba serbi tak kena.

So, tak time sikit, try buat keria. Tawakal aje ni. Sebabnya bukan tak pandai buat keria. Tapi tak menjadi tang sira. Hehe..

Then buat popia sayur, frozen kan juga. At least ada kuih frozen ni, sesak sesak dah senang dah. Takde idea nak membeli kuih apa, kita keluarkan je stok yang ada. Kan mudah. 

Dalam masa PKP ni pun ramai yang dah pandai masak memasak kan.. Best je tengok. Macam macam menu kengkawan buat. 

Kalau tanya cik mimi menu apa yang cik mimi buat, erm.... Rasanya sama jeeeee la. Hehehe..



Nota : Bulan puasa malas malas pulak nak menaip entri baru. 

8 comments

  1. senang buat stock frozen..nanti nk berbuka puasa just goreng je...aritu husband buat stock frozen murtabak

    ReplyDelete
  2. kalau buat sendiri, memang jimat & berbaloi.
    aida ni masalah nyer takde kerajinan. buat terus goreng.
    nak buat utk frozen tu mcm tak pernah sempat! ha ha ah ha :)

    ReplyDelete
  3. saya pun penuhkan peti dengan kuih frozen. lani stop buat kuih habiskan yang frozen tu dulu

    ReplyDelete
  4. Sis takde laa buat sendiri kuih frozen tapi banyak beli ada leee...hehehehe ni esok nak buat tauhu berlauk, ingat nak frozen sikit, senang nak makan

    ReplyDelete
  5. Rajinla syamimi buat ni semua. .bgus buat kuih frozen ni. .memng ramai orang cari sebb sennag, tinggal goreng je

    ReplyDelete
  6. memang mudah je kalau buat frozen siap2 kan. bestlah. teringin nak buat

    ReplyDelete
  7. Senang saja kan Mimi. Mudahkan kerja buat kuih frozen ni. Separuh masak separuh lagi frozen. Nak masak keluarkan saja dari fridge. Mudah kerja

    ReplyDelete
  8. Good idea... frozenkan pastu bila nak masak, dah sedia ada dah kannnn, tinggal defrost dan goreng je... nanti bolehlah buat juga macam ni... incik suami dan anak-anak memang suka makan kuih keria... thanks for the idea Syamimi...

    ReplyDelete