Kasut Sekolah Pallas Pilihan Mama Untuk Zara.

Sunday 1 December 2019


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Mama Untuk  Zara -Hai readers, Siapa dekat sini, suka buat persediaan awal untuk persekolahan anak anak? 
Cik mimi dah start buat persediaan sikit sikit untuk barang sekolah dia. Sebab nak beli sekaligus mengejut nanti, duit pun macam mengejut keluar,kan.. Belum lagi mana yang habis stok la, kat kedai tak banyak pilihan la. 


Kali ni kasut yang menjadi pilihan Cik mimi, brand dari Pallas. Teringat pula masa kecik kecik dulu abah suka belikan jenama ni. Sebab apa tau? Sebab keselesaan dan kualitinya. Kualitinya yang tahan lama bila dipakai. Kalau dijaga dengan baik, in shaa Allah setahun tu boleh guna tau. Jimat dekat situ. Kalau lagi terjaga, silap silap tahun depannya lagi pun boleh pakai kalau muat lagi. 


Tahun depan zara kan masuk Pra. So dia kena pakai kasut putih la. Cik mimi suka design kasut ni. Nampak kemas dan simple. Sesuai la untuk budak sebesar zara ni. Budak senang nak buka dan pakai.


Dan lagi 1 sebab kasut ni menjadi pilihan, Cik mimi tengok foamnya yang lebih tebal. So kita akan rasa kaki anak akan mendapat lebih perlindungan, dan tak perlu risau kalau dia pakai dalam tempoh seharian kerana akan sentiasa kekal selesa. 


Haaaa, lagi satu kalau membeli kasut kan, Cik mimi suka perhatikan tapak kasut. Bukan nak tengok tapak kasut ni lawa ke tidak tau. Tapi Cik mimi nak tengok jenis tapak tu mencengkam ke tidak ke lantai yang licin terutamanya. Bukan apa, kadang budak budak ni kita tak tahu ragam dia disekolah macan mana. Mana tahu nanti dok main main tu, lantai pulak licin, dia tak dapat nak kawal diri kan. So secantik mana pun design kasut tu, pastikan tahap tapak kasut juga ye.

Cik mimi nak suggest juga pada mak ayah yang lain, kut la berkenan dengan jenama Pallas ni. Rasanya ramai je ibubapa dekat luar sana sukakan design pallas ni kan? Dan rasanya ada juga yang tiap tahun memang mempercayai jenama pallas untuk kelengkapan sekolah anak anak kan? 

Okay, kasut ni boleh didapati di Pasaraya AEON atau nak terjah terus website Pallas pun boleh iaitu www.pallas.com.my ataupun pergi ke www.wow2wee.com.

Jangan lupa, buat persediaan awal supaya setiap kelengkapan anak sekolah dapat pilihan yang tepat dan terbaik.

4 comments

  1. Dari zaman sekolah dulu lagi suka juga Pallas. Selesa.

    ReplyDelete
  2. kasut pilihan kami jugak. hehe

    ReplyDelete
  3. aloloo cutenyaa kasutt. senang pakai jenis yang macam tu. tapak pun nampak best tuu hehhee

    ReplyDelete