Sunday, 24 November 2019

Pisang Goreng Rangup Sambal Kicap.

Pisang Goreng Rangup Sambal Kicap - Hai semua.. Hari minggu buat apa je tu?
Cik mimi harini relax-kan badan aje dekat rumah. Sambil kerja menimbun nak siapkan.

Harini lunch masak special ke tu? Cik mimi terbayang bayangkan pisang goreng rangup, cicah pulak sambal kicap. Kecur liurrrr weh.. Dah macam mengidam dibuatnya.


Tak terlintas nak buat menu special ke apa, tapi tekak dok memanggil-manggil nak pisang goreng. Semalam pergi kenduri kat Batu Pahat. Ada juga disediakan pisang goreng + sambal kicap. Tapi macam takleh masuk pulak. Mujur harini terbayang-bayang pisang ada beli semalam.

Pisang Goreng Sambal Kicap

So harini sediakan lunch macam biasa. Settle lauk untuk lunch, terus goreng pisang. Tengahari dok makan pisang goreng. Kebetulan dekat rumah ada seketul ubi keledek merah. Goreng sekali.

Perghhh.. Nikmat dia tak terkata.. Ddy dorang join sekali. Sudahnya laki bini tak makan nasi pun. 😅😅  Bukan diet, tapi ddy nya pun cakap, sedap pulak makan pisang ni. Ater, makan panas-panas goreng sendiri sedap la kan. Pastu rangup kerepek dia tu..

Kalau dah duduk johor ni, pisang goreng, keledek goreng, tempe goreng, tak sah kalau takde sambal kicap. Duduk negeri lain pun ada je yang suka. Cuma selalu sambal kicap ni memang terkenal la dekat johor kan. 😋😋


cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time

4 comments:

  1. Sedapnyaa, dekat kedah selalu makan hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa..biasa pisang goreng cicah kicap pedas ni org johor je yg buat kan..SA pernah rasa dan mmg sedap...

    ReplyDelete
  3. sedapnye! tetiba rs lapar tgk goreng pisang tu

    ReplyDelete
  4. hujan-hujan macam ni pekena pisang goreng sedap jugak..kena pula ada sambal kicap macam ni..sedappp..

    ReplyDelete

Sponsor

Comments