Tuesday, 19 March 2019

Tips Pengawalan Kulit Berminyak | Aloe Ac Clean Bubble Cleanser

Dulu kita ingat lagi, masa sebelum kawen. Suami pernah tanya.. Kita kalau cuci muka, kita pakai cleanser apa. Kita bagitahu la pakai je cleanser yang dijual kat pasaran luar tu. Suami masa tu tanya, seolah-olah memang nampak la dia jenis ambik kisah bab-bab penjagaan muka ni. Kita pulak rasa macam, aikkk, kita ni tak jaga muka ke..

Dia tanya tu sebab dalam kehidupan seharian, kita takkan terlepas dengan 1 perkara penting ni.
Mencuci muka. Mungkin ada yang kata, mencuci muka cukuplah sekadar mencuci dengan air begitu sahaja. Bagi kita, mencuci muka perlu juga dititik beratkan. Mencuci ala kadar orang kata belum memadai ye. Apatah lagi kalau kita bekerja, keluar pagi balik petang. Cukup ke sekadar cuci dengan air tanpa penggunaan sebagai cleanser? Lagi pula, muka merupakan anggota pertama orang lain akan pandang dahulu.

Kalau bab cuci muka ni, kita memang ambil berat. Sebab kalau tak cuci sebaiknya, terasa muka berlengas, berminyak. Ohhh tidak.. Kita cukup tak suka kalau lepas mandi, belek muka pastu terasa muka ni semacam. Walaupun kita bukanlah jenis kaki mekap 24jam, tapi bila keluar, kulit muka terdedah dengan persekitaran luar, habuk dan kotoran dari luar. So, part mencuci muka ni la memang kita utamakan.


Dulu, zaman sekolah macam tu, sampai la zaman awalan kerja, sebenarnya kita tak pandai pilih cleanser yang sesuai. Dulu pakai satu jenama pencuci muka ni. Tapi stoknya selalu habis kat pasaran. So kadang tu beli jenis scrub. Kita tak tahu pula kalau jenis scrub ni tak boleh digunakan untuk harian. Sebab ianya bertekstur kasar kan. Sebenarnya kita kena cari jenis foam macam tu sebab ianya lembut. Dan sesuai untuk digunakan secara harian. Rupanya penting untuk tahu jenis jenis pencuci muka ni kan.

Perkara yang kita cuba atasi bila mencuci muka ni ialah dalam pengawalan minyak. Kita tak suka muka yang berminyak. So, bila mencuci muka, kita akan pastikan pencuci tu mencuci dengan baik, membuang kotoran dari dalam. Sekarang ni kita dah tak perlu risau lagi, sebab kita dah jumpa satu pencuci yang sangat sesuai untuk kulit muka kita iaitu Aloe Ac Clean Bubble Cleanser. Dalam nak mendapatkan kulit muka yang bersih, pastikan muka dicuci sehari 2 atau 3kali dengan penggunaan cleanser tau. Macam kita sebab housewife, dan tak bermekap, so sehari 2kali kita akan pastikan muka dicuci.



Selama sebulan tau kita cuba cleanser ni. Then kita rasa boleh setia la dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni, sebab kita tengok semakin lama kita guna cleanser ni muka rasa bersih, rasa fresh je. Suami pun dah tak tegur muka berminyak macam sebulan yang lepas (selepas operation). Kalau muka berminyak, suami tegur, kita pun mula rasa macam tak seronok kan. Macam ada sesuatu je tak kena. Suami kita ni jenis tegur je kalau ada yang tak kena dengan muka isteri dia.

Bila bercerita pasal Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni, kita tengok ianya serasi dengan kulit sebab dah sebulan lebih penggunaannya secara konsisten, kulit muka tiada masalah seperti kemerah merahan yang boleh mengakibatkan kulit menjadi nipis dan pedih, malahan kulit sentiasa lembap dan ianya tidak mengeringkan. Tu yang terbaik,kan.. Sebab orang kata kalau kita pakai sesuatu cleanser tu, pastu kulit pedih, maknanya tak sesuai la dengan kulit muka kita. Kiranya cleanser tu menipiskan kulit muka.



Mungkin faktor isi kandungan bahan pun kena dititikberatkan juga. Seperti Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni, bahan utama yang terkandung didalamnya ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Rasanya semua pun sedia maklum, Aloe Vera sememangnya bagus untuk kulit, lagi lagi kulit yang bermasalah,kan? Bila ia diletakkan di dalam pencuci muka, tentunya ia ingin mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Kita suka jenis cleanser macam ni. Sebab kulit muka ni kadang kala boleh kering kan. So kalau pilih cleanser yang betul, kulit muka tak rosak.


So, disebabkan kita juga sememangnya pengguna setia Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari HansaegeeNature ni, so kita juga nak suggest la kalau korang yang mempunyai masalah kulit muka, tak kira apa pun, atau kulit muka korang normal sekalipun, untuk mencuba produk ni. Macam kita, kita memang perlu cari cleanser yang boleh mengawal minyak di muka. Sekarang muka kita berada di tahap yang normal balik dah. Dia tak berminyak atau kering pun.

Dan macam kita kadang kadang petang tu mandi awal. Mungkin nak keluar beli barang ke apa kan. Balik pulak dah malam. Kadang tu, memang tak mandi dah. Tapi, please okay siapa yang malas sangat tu, pastikan sebelum nak tidur, cuci la muka tu dulu. Buang habuk kotoran tu. Setiap malam sebelum tidur, kita akan pastikan muka bersih. Kalau nak tidur, muka kena bersih sebab time tu la kita nak rehatkan kulit muka kan.. Kalau muka bersih, pastinya kulit akan elok cantik terjaga je sepanjang masa. Lagi lagi kalau korang jenis kaki mekap, please okay, sila cuci muka tu dulu bagi bersih. Buang segala mekap. Time tidur kalau bermekap pun bukan ada orang nak tengok.

Bukan susah nak cuci muka, lagi-lagi dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari HansaegeeNature ni.. Picit sikit, dan sapukan rata ke seluruh wajah. Urut lembut, lepas tu bilas. Kan dah rasa segar je muka tu. Sekarang kita dah jumpa produk yang bersesuaian dengan muka kita dan mungkin ramai kawan kawan nak mencuba juga kan? Benda yang baik haruslah dikongsi bersama kan? Nak tahu macam mana nak dapatkan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni?
Korang boleh layari :







Jangan rasa ragu-ragu untuk mencuba okay, yang penting ianya selamat digunakan.

18 comments:

  1. Lepas ni makin berseri2 la..hehehe

    ReplyDelete
  2. Kulit kita pun berminyak. Sampai rasa menyampah la kadang2 huhu. Kalau salah pilih cream muka, lagi la rasa mcm melekit seharian.

    ReplyDelete
  3. Personally love using foam cleanser I always feel that they cleanse our face better, thanks for introducing this product, will try it out if I have the chance.

    ReplyDelete
  4. cleanser jenis bubble ni mmg bagus, dengar kata dapat penetrate kulit smpi permukaan dalaman. kena explore pasal brand ni.

    ReplyDelete
  5. Suami kita ni sama laaa power bab memerhati. Ada juga pernah kena tegur psl jerawat 🤣

    ReplyDelete
  6. Bella kdg2 malas juga cuci muka. Hehehe. Tapi memang penting pakai pencuci muka yang sesuai dng kulit. Bella lagi ok pakai yg jenis murah2 je dan scrub pakai StIves. Mungkin boleh cuba la sb Aloe Vera kan.

    ReplyDelete
  7. BBL balik kerja wajib cuci muka sebab risau naik jerawat lepas expose habuk, asap dan matahari. lagi best kalu dapat skrub muka sekali seminggu. Cleanser jenis bubble ni rasanya lebih syok gosok dan cuci muka..

    ReplyDelete
  8. Kan mimi, mencuci muka bukan sekadar cuci dengan air. Mesti nak kena guna pencuci muka yang sesuai. Kalau tak, habislah rosak kulit muka kita kan

    ReplyDelete
  9. Cuci muka memang penting. Tak makeup pun still kena cuci muka sbb kulit kita terdedah dengan asap dan habuk. Pencuci yg gentle macam ni sesuai untuk kulit sensitif.

    ReplyDelete
  10. Beatkan Mimi pakai Aloe AC Cleanser ji. Akka. Pun suka sebab pam sikit je tapi buih akan jadi banyak .Kulit muka oun jadi soft dan beraih bila pakai .Sekarang mudah dah nak bawa ke mana mana kan. Nak nak cleanser ni selamat digunakan .

    ReplyDelete
  11. Bab kulit berminyak ni memang tak boleh nak cakap apa la. Emi punya kulit pun berminyak jugak. Stress haa lagi2 kalau perlu ke mana2 event yg berjam2 lamanya

    ReplyDelete
  12. Samalah kita. Kulit sy pon jenis yg berminyak. Melekit2 kalau berpeluh or time panas. Baguslah nmpk produk nie. Boleh jugak cuba nanti. Hopefully membantu masalah kulit berminyak

    ReplyDelete
  13. Memang nampk best giler produk ni. Membersih dari dalam. Penting sebenarnya bilankita dapat guna produk penjagaan muka yang betul

    ReplyDelete
  14. Anak sis kulit muka berminyak, bolehlah suh dia cuba produk ni. Now x tahu nak bagi apa dah..jerawat pasir penuh dah kat dahi dia..hope sesuailah produk ni gan dia

    ReplyDelete
  15. products berasaskan aloe memang best. lembut je..

    ReplyDelete
  16. Bagus betul produk ni. Kulit kita kalau terdedah natahari sangat pon bermasalah minyak. Boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  17. Rasa macam nak try je bubble cleanser ni sebab tengok banyak bagi feedback positif.. mesti produk yang best ni sebab dari jenama yang dah establish kan..

    ReplyDelete
  18. Thanks for the tips, untuk kulit jenis berminyak tips ni boleh dijadikan rujukan juga. Jenis kulit saya pula adalah combination skin lagi susah nak kawal

    ReplyDelete

Sponsor

Comments