Monday, 18 March 2019

Atasi Penuaan Bersama Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++

Hai readers.. Salam sejahtera semua..
Bila bercakap mengenai peningkatan usia, apa yang sering korang risaukan? Penuaan? Garis halus mula kelihatan? Tompok tompok hitam jeragat? Erm.. Banyak kan yang mula memunculkan diri.. 

Kalau tanya kita, walaupun baru nak masuk usia 31tahun, kita pun kena risau juga. Untuk menjaga muka ni, kita perlu penjagaan seawalnya. Bukan dah terlewat, dah nak masuk usia 40an baru perlu jaga. Baru nak kisah produk apa yang nak dipakai. No, no, no okay..


Sebagai mengambil langkah awal, atau erti kata lain langkah berjaga jaga, kita diperkenalkan dengan 1 produk, yang rata rata dah ramai yang mengenalinya. Dulu selalu terdengar orang cerita pasal Murad. Ehhh siapa Murad ni? Pakwe baru ke? Tiba tiba je menjadi sebutan ramai.. 


Haaaa, ni nak cerita, Murad ni adalah satu produk yang dikatakan boleh membantu untuk mengatasi masalah korang juga, yang tercari cari produk untuk membantu melambatkan proses penuaan la gitu. Haaa, ni kita nak share sebab kita memang guna tau. Sebab produk ni best, so kita nak cuba la. Untuk memastikan kulit kita sihat selalu dan terjaga dari seawalnya. 


Kenapa kita memilih untuk menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni, kerana ianya dapat melindungi kulit wajah dan dapat mengaburkan garis garis halus yang mula menampakkan diri. 


Yang bestnya bila menggunakan Murad ni, kulit muka terasa lembut sangat tau. Krimnya tu soft sangat. Bukan jenis berminyak, sangat selesa digunakan. Dan kita juga dah try guna, dan keluar pula pada waktu panas tengahari. Tak menjejaskan apa apa pun dimuka. Muka tidak berminyak, kekal lembut sentiasa. 

Apa kelebihan lain Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni?

1. Boleh menjadikan mekap tahan lama, kekal flawless selama 12jam pengunaannya.

 2. Dapat menutup 30% liang liang pori serta menjadikan kulit licin jika digunakan secara konsisten.

Melalui kajian yang telah dijalankan secara klinikal juga, Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ini juga dapat memberikan :

- 71% dilihat dapat mengurangkan garis halus dan kedutan diwajah.

- 94% menyaksikan kelancaran dan tekstur yang lebih baik

- Perisai SPF yang tidak kelihatan terhadap kerosakan UVA / UVB tanpa coretan atau corak putih. 100% perlindungan diberikan.


Siapakah yang boleh menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni?

Mereka yang mempunyai kulit berminyak, normal,  kulit kering, senang cerita mereka yang mempunyai kulit sensitif pun boleh menggunakannya ya. Tanpa rasa ragu-ragu.

Kenapa kita katakan, kita tak perlu berasa ragu ragu untuk menggunakan Murad ni? Kerana ianya telah dirumus dengan selamat tanpa :
- Parabens
- Sulfat
- Phthalates
- Gluten
- Bahan yang berasal dari haiwan

Bagaimana cara untuk menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni?


Cara penggunaan yang sangat mudah. Hanya perlu gunakan dengan cara sapuan nipis diwajah. Bagi yang suka menggunakan mekap, boleh menyapu Murad Invisiblur terlebih dahulu, dan penggunaan nya akan mengekalkan mekap lebih tahan lama. Bagi kita, kita hanya menggunakan Murad Invisiblur sahaja setiap kali untuk keluar rumah supaya kulit muka sentiasa dilindungi. 

So, tertarik tak dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni? Nak tahu macam mana nak dapatkannya dengan cara yang selamat dan mudah? Boleh layari : 

Website : https://www.murad.com.my/invisiblur-spf-30

Facebook : @murad.malaysia

Instagram : www.instagram.com/muradmalaysia


23 comments:

  1. Suka sgt produk ni.... Buat muka flawlesss...

    ReplyDelete
  2. I tried this also and I like the texture and efficacy. They many many good products too.

    ReplyDelete
  3. Wah.. Botol kecil tapi banyak kegunaannya.. Menarik ni.. Produk Murad ramai yang nad dengr swmua cakap bgus.. Nad pun pernh pakai produk dia..

    ReplyDelete
  4. Suka la packaging clear mcm tu.. See thru gitu.. Murad nu well known gak kn.. Ada member yg buat treatment dekat Murad ni. Dulu muka dia breakout teruk jugak. Sekarang ni ok dah

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik. I am interested with this product. Nak try juga ni.

    ReplyDelete
  6. Macam best je produk Murad ni. Iza belum pernah try lagi. Boleh jadi primer jugak eh sunscreen ni? Teringin la nak cuba. Nanti nak try cari la.

    ReplyDelete
  7. this one I no try yet. but its so hot here we need to have spf to protect our skin. :D

    ReplyDelete
  8. Akak pun guna ni as primer.. memang best .Mekap tahan lama.

    ReplyDelete
  9. bila umur dah meningkat ni, nak cari produk yang sesuai untuk kulit muka. yang anti aging dan buat make up nampak flawless, bolehlah cuba murad ni

    ReplyDelete
  10. Bagus eh Murad ni. Banyak juga cx baca good review pasal produk dia. Semua bagus². Ini haa pon bagus juga sebab boleh tutup liang pori dan garis² halus. Boleh maintain awet muda lama sikitlah kalau gitu kan? Nak try la nanti. InShaaAllah

    ReplyDelete
  11. Saya pun kalau keluar memang jenis yang malas betul nak pakai make up. Tapi takut jugak bila keluar kulit togel macam tu, bahaya sunlight pulak. Better pakai je Invisiblur tu. ada spf lagi kan.

    ReplyDelete
  12. Anti penuaan kita dah kena ambil ni sebab usia hehehehe tapi orang laki tak apa makin tua makin laku wakakkaka.. orang perempuan penting memang kena jaga semua tu untuk tampak lebih cantik dan menarik...

    ReplyDelete
  13. bila umur makin naik ni risau pulak pasal penuaan ni.. nasib baik ada produk Murad ni harap-harap berkesan nak kurangkan kedut kat muka. baru confident nak keluar rumah kan

    ReplyDelete
  14. produk ni bagus ke untuk orang aktif dan kulit sensitif? takut tak sesuai dengan zul.

    ReplyDelete
  15. Oh i tried this before also. I like the texture and it's not sticky at all. They have many good products too.

    ReplyDelete
  16. Produk murad memang bagus. Yg ni sis belum cuba tp rasanya sesuai dgn sis, maklum umur dh makin lanjut..byk dh kedut2

    ReplyDelete
  17. Ramai betul yg guna jenama murad ni sejak kebelakangan ni. Jenama murad ni dh lama sbnrnya, tp sekarang ni dia buat comeback la kot.

    ReplyDelete
  18. Selalu dengar pasal produk ni tapi x pernah guna. Best plak bila dapat tahu kecilkan liang pori kat wajah ni. Xsuka tengok pori2 ni .

    ReplyDelete
  19. Selalu sgt dgr pasal Murad ni tapi tak pernah try lagi. Ramai kata Murad ni mmg elok. Dia ada centre jugak ke? Sbb mcm pernah nampak kat sini ada signboard dia

    ReplyDelete
  20. Rawlins suka saiz dia yang senang nak bawa ke mana2 tu. Dah laa fungsi dia pun banyak - bak kata orang, alah membeli, menang memakai kan walaupun mahal sikit

    ReplyDelete
  21. Semakin ahri semakin ramai pengguna produk Murad ni dan jika baca kebaikannya memang banyak juga. Sebab tu ramai orang jadi penggunanya.

    ReplyDelete
  22. The texture looks quite natural and comfortable on the skin. I am sure a lot of Malaysian women will be attracted to it. :)

    ReplyDelete

Sponsor

Comments