Wednesday, 27 March 2019

Ikan Cencaru Sumbat / Berinti


Siapa kat sini penggemar ikan cencaru. Tak kira la dimasak apa pun. Sama ada gulai ke, masak secara bakar cicah air asam ke..
Kalau macam kita suka ikan cencaru yang dibuat berinti je. Sumbatkan inti dia kat belah belakang ikan tu. Masak lain kita agak slow sikit nak masuk ke tekak. 

Macam kalau balik umah mil, mil kadang bakar je. Bakar kering je atas kuali gitu. Pastu makan dengan air asam macam tu. Tengok sedap je orang makan. Tapi ntah kenapa kita tak boleh bak masuk ke tekak. Terbayang bayang macam ikan tu tak masak lagi rasanya. Macam macam imagine nak muncul dalam kepala ni pulak. 

Abaikan rupa ikan yang tak cun sebab melekat kepalanya kat kuali.
Hahaha.. Tapi rasa sedap. 👍

Dah lama tak buat ikan cencaru sumbat ni. Sebab faktor, kadang tu ikan dia tak fresh. Tak suka. Sebab ikan cencaru ni bau dia macam kuat. Tak berapa nak fresh, so tak berapa sedap nak dimakan,kan..

So, saja je la nak share kat sini cara cara nak buat ikan cencaru sumbat / berinti ni. Mana laaaa nak tahu kan, kot kot ada adik adik yang baru nak belajar buat kan.


Bahan untuk inti :
- kelapa parut
- bawang putih
- bawang merah
- sedikit air asam jawa
- serai (dipotong halus)
- sedikit garam
- daun kunyit (diracik halus)
- serbuk kunyit / kunyit hidup (ditumbuk)

Cara-caranya :
- tumbuk bawang merah, bawang putih, serai, kunyit (kalau guna kunyit hidup)
- dalam bekas lain, masukkan kelapa, bahan yang ditumbuk tadi, daun kunyit, serbuk kunyit (kita pakai serbuk, tak bubuh kunyit hidup) ,sedikit garam, sedikit air asam jawa
- gaul rata hingga sebati

- ambil ikan yang dah dibersihkan, dibelah belakang, boleh la sumbat intinya. Kalau ada lebihan inti, boleh sumbat di belah hadapan yang kita buang isi perut dia tu.

- kalau nak sedap, boleh je goreng setengah jam kemudian ke. Bagi macam diperap sekejap. So, tinggal goreng, settle

Sebenarnya masak memasak ni tak la susah kan.. Cuma kita kena praktik buat. Kalau tak buat, kita rasa susahnyaaaaa la hai nak masak tu, betul tak?

So, agak agak korang lunch nanti masak ikan sumbat ke tu.. Hehe

19 comments:

  1. dah lama tak makan ikan sumbat ni.. time bulan puasa kat ipoh selalu la abah rajin beli.. kalau kat kl ni memang takdew beli sebab masing-masing tak berapa nak makan.. tapi boleh la try buat nanti.. kot harraz makan.. harraz suka ikan.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan ikan cencaru sumbat huaaa. Sedih pulak rasa. So far pernah makan cencaru sumbat sambal je belakang die. tak pernah lagi makan sumbat inti macam ni

    ReplyDelete
  3. Sedap ni mimi.. Akak pun suka buat ikan caru sumbat ni.. Lagipun nak buat pun xleceh mana kalau ada bahannya kat rimah

    ReplyDelete
  4. mmg fav kak zaza.. kalau lunch kt foodcourt mesti nampak ikan ni dulu hahahaha..

    ReplyDelete
  5. Betul lah tu. ikan cencaru ni bau hanyir dia kuat. kena perah dgn air limau baru ok sikit. tapi cencaru bakar memang feverett! cicah dgn kicap asam limau uuuii mak aihhh.

    ReplyDelete
  6. Satu jer kita lemah pasal Ikan Cencaru ini adalah time nak buang kulit yang tebal tu kita takut sangat luka kat jari akhirnya kita potong jer ngan pisau wakakak tapi kita suka makan ikan ni sedap. Nice resepi simple kita akan cuba hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Ikan cencaru sumbat ni memang fav sgt. Menu Yang buat tambah nasi berkali-kali kan. Suka goreng xpun bakar mmg sedap.

    ReplyDelete
  8. Ikan cencaru sumbat memang best. Dah lama akak tak buat cencaru sumbat ni. Nanti nk buat semulalah lepas tengok mimi up resipi. Terliur plak rasa

    ReplyDelete
  9. Kalau tak silap kakak dengan yana je yang suka makan ikan cencaru ni. Mak tak tahan baunya. Tapi macam sedap jer buat cara akak...belum cuba lagi masak berinti.

    ReplyDelete
  10. Biasa cencaru ni cx bakar je, cicah air asam atau kicap cili api dgn nasi panas. Pergh! Terangkat! Pernah juga buat cencaru sumbat . Sedap juga! Senang resepi sis ni. Nanti boleh cuba buatlah bila makan ramai² sebab ada yg tk makan caru ni hahhaah

    ReplyDelete
  11. selalu mak buat sumabt denagn sambal cili kering..nad kadang baut tapi tak jadi..kadang hitam ikan tu terus..hahahaa..inti nya hangus..haahha..tapi sedap aklau cicih air asam ni..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya. Dah lama tak makan ni. Dulu makcik saya selalu buat. Tapi sejak pindah dari sana belum pernah makan lagi.

    ReplyDelete

  13. Wah!! Ikan cencaru sumbat.. Favourite anak AM nie.. Siap ada resepi gitu.. Leh la AM cuba masak masa time diaorg datang nnti..

    ReplyDelete
  14. Ikan cencaru ni dulu kita suka yang jns ikan masin. Sebab isi dia agak tawar. Tapi kalau jenis masakan bersumbat memang kita suka sebab lgi sedap

    ReplyDelete
  15. wah cencaru sumbat tu favourite adik cik tom...kalau makan confirm menambah..blh share resepi mimi ni kat dia..tq

    ReplyDelete
  16. Cencaru sumbat ni makan dgn nasi putih pun dah memadai ni... yum... yum... time utk mkn mlm ni...

    ReplyDelete
  17. Wah..boleh try masa bulan puasa nanti

    ReplyDelete
  18. serius paduu. ni menu feveret. takpayah nasi pun takpa, ratah ikan gitu je..

    ReplyDelete

Sponsor

Comments