Flower Chimp, Menghasilkan Gubahan Indah Buat Yang Tersayang!

Wednesday 22 August 2018

Flower Chimp, Menghasilkan Gubahan Indah Buat Yang Tersayang!


Kalau bercerita tentang bunga ni, kebanyakkannya orang perempuan memang suka la kan. Kalau tanya saya pun, tentunya teringin nak merasa orang hadiahkan sejambak bunga yang dah digubah cantik. 

Hari ini, saya nak perkenalkan tentang Flower Chimp. 

“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. 





Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan 
tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. 




Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. 



“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan 
lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.



Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian 
yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. 

Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan 
rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.



Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem 
penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan.

 “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa. 



Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu
mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan 
Filipina”. 

Hubungi : 

Flower Chimp di Malaysia 
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph




Info Mengenai Flower Chimp :


Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras 
baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke 
seluruh negara. 



Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih 
banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. 
Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain. 

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com. 

16 comments

  1. Cantik kan mimi bunga2an dari flower chimp ni..zaza dh tgk bkenan rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat zaza.
      Orang perempuan kn..
      Tengok bunga pun dah jatuh hati.

      Delete
  2. Good idea utk wat suprise ni.. Mesti my bff happy gilerr dpt bunga dr flower chimp nanti

    ReplyDelete
  3. Mudah da zaman skrg kan. Order on9 je. Dah la cantik2 bunga dr flower chimp ni

    ReplyDelete
  4. Teringin nak dapat bunga dari tersayang. Tengok bunga dari flower chimp jadilah cantik

    ReplyDelete
  5. Cantik-cantik gubahan bunga dia.. kalau dapat memang rasa istimewa sangat.

    ReplyDelete
  6. Cantik2 bunga kat flowerchimp ni..dia cover 1 msia kan..senanglah kalau tetiba nak hadiahkan bunga kat somebody hihi

    ReplyDelete
  7. Cantik la gubahan bunga dia.. Nmpk simple tapi exclusive gitu... Murah lak tu harganya...

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau daoat fresh flower.. harga dia setanding dengan kualitinya :)

    ReplyDelete
  9. Cantik cantik bunga gubahan dari Flower Chimp ni.. Ada delivery, mmg mudah..

    ReplyDelete
  10. Harga dia agak berbaloi la plus boleh dapat hari yg sama..lg senang nak bg kat org...

    ReplyDelete
  11. Lagi sennag boleh order online kan Mimi..lagi jimat masa kita

    ReplyDelete
  12. Sekrg nak bagi bunga bukan utk awek je..boleh bagi masa birthday mak, ucap tahniah..bgusla flower chimp ni..boleh pikih mana2..bayak bunga dia

    ReplyDelete
  13. I like to order flowers online too for my clients events, and they have many designs.

    ReplyDelete
  14. Cantik betul gubahan bunga dia.. kalau dapat memang tidur dengan senyuman..

    ReplyDelete
  15. Semua syantik2

    http://www.rahsiaummi.com/rawatan-kayap-menggunakan-supplemen-semulajadi-yang-selamat-dan-berkesan/

    ReplyDelete