Zahra & Zhareef

Monday 19 March 2018


Zahra & Zhareef 


Hi readers..
Rasanya macam dah lama tak cerita pasal anak anak kat blog ni kan. Selalu kalau nak cepat, update kat Instagram je. So kali ni kita selit la sikit dalam blog walaupun sekarang ni macam tengah blur, apa yang nak diceritakan pasal mereka berdua. 

Zara sekarang dah 3tahun 6bulan. Zhareef bakal masuk 1tahun 3bulan. Kalau nak tanya perkembangan zara, erm... Tak tahu nak cerita. Sebab dia pun dah besar kan. Cuma yang tahu kuat membebel. Kuat bertanyakan balik. 
Bila dia tanya, mama nak coklat. Then kita say 'mana ada coklat, belum beli'.
Dia akan tanya balik 'kenapa belum beli?'
Bila kita kata 'kan belum pergi kedai'..
Dia akan sambung lagi 'kenapa tak pergi kedai?'..

Haha.. rantaian soalan dia kadang memeningkan. But okay la, dia tahu berfikir untuk bertanyakan soalan kan. 

Kalau si adik zhareef ni pulak, dia cepat mengikut apa yang orang buat. So kena hati hati apa yang kita buat sebab dia cepat ngikut. Kadang tu geram je tengok keletah dia. Rasa macam comel jeeee.. 
Zhareef masih belum pandai bertutur lagi. Berbanding zara dulu cepat. Umur setahun dengar juga la perkataan mama tu. Zhareef ni time menangis je la dengar mama ke mamam entah la. 

Tapi kalau kita bagi arahan 'baju ni dah kotor, letak dalam bakul'.. Nanti dia akan bawak ke sana. Tak pun lepas buka baju kata nak mandi, baju yang dia baru buka tu dia akan bawak ke bakul. Actually memang tak ajar pun dia. Maybe dia tengok cara zara buat. 

Bila pikir balik, seronok tengok mereka membesar depan mata. Sebab semua ni pengalaman untuk kita kan. Kalau dorang bergaduh depan mata tu memang perkara biasa la kan. Si adik ni walaupun senyap boleh tahan. Nak ketul kakak ke, nak tarik rambut ke, nak lempang orang ke, memang boleh tahan. Sakit jugak la bila dah kena. 

Apa pun, masa ni cepat berlalu. Sikit masa dorang cepat je membesar. Kena simpan dalam memori semua kenangan ni kan. 

7 comments

  1. alolo..sweetnya 2 beradik ni..:)

    ReplyDelete
  2. comeynya dua beradik ni...moga membesar dengan sihat ye

    ReplyDelete
  3. Budak baya zara memang banyak tanya. Kena sabar jawab setiap persoalan yang dorang lontarkan. Hehe... Cute je dorang dua...

    ReplyDelete
  4. Comelnya Zahra dan Zhareef. Haah seronok tengok perkembanga anak depan mata sendiri. Kekadang tu memang buat kita pening tapi itulah nanti yang akan kita kenangkan nanti.

    ReplyDelete