Keenakan Bersama Samyeang Domino's Pizza dan Kepak Ayam Haseyo yang terbaik!

Tuesday 20 March 2018

Samyeang Pizza

Keenakan Bersama Samyeang Domino's Pizza dan Kepak Ayam Haseyo yang terbaik!

Domino's Pizza telah melancarkan sajian penuh sensasi yang terbaru iaitu diinspirasikan dari muzik pop Korea, kumpulan muzik Domino's yang terdiri daripada 3 ahli, disertai seorang bintang tetamu wanita iaitu Ayam-haseyo.

Samyeang Pizza


Kalau bercerita mengenai Domino's pizza ni, memang jarang sangat saya nak merasainya. Bukan kurang minat, tapi saya akan cari bila betul betul berkeinginankan nya. Baru ada feel bila makan, tak gitu?

Dan yang terbaru ni, saya telah merasa pelbagai jenis aneka sajian terbaru yang dikeluarkan oleh Domino's pizza. Antaranya Tuna Samyeang Pizza, Chicken Samyeang Pizza dan Beef Samyeang Pizza. Apa yang membezakan antara 3 jenis ni adalah mengikut tahap kepedasan nya. Kalau mengikut tahap paling pedas ialah Beef Samyeang Pizza la. Chicken Samyeang Pizza berada ditahap tengah dan Tuna Samyeang Pizza kurang pedas.

Beef Samyeang Pizza
Beef Samyeang Pizza

Tuna Samyeang Pizza
Tuna Samyeang Pizza

Chicken Samyeang Pizza
Chicken Samyeang Pizza

Close up sikit chicken Samyeang pizza ni.

Bagaimana rasa setiap sajian enak Samyeang Pizza ni? Ianya mengkombinasikan  rasa pedas dan manis yang unik. Kalau tanya sedap ke tak, of course la sedap. Nak jelaskan macam mana sedapnya tu, kena la rasa sendiri tau. Rata rata ramai yang sukakan selera ala korean ni kan? Pedas manis dia tu kena la orang kata. Saya pun first time juga la merasa ala ala korea ni. Setakat ni boleh diterima tekak dan yang paling tak boleh terima, kenapa asik teringat je ni??? Mungkin kena repeat lagi la kut, kan?

Keenakan Samyeang Pizza

Okay, nak bagitau lagi ni, hidangan Samyeang Pizza ni limited ye! Limited! Maksud disini, bukan sepanjang masa sehingga ke tahun depan still ada menu ni. Macam menu biasa biasa tu. Ianya dikeluarkan untuk beberapa bulan sahaja. So, kalau korang penggemar makanan ala ala korea ni, pastikan korang kena rasa cepat cepat tau. Nanti dah takde keluaran ni, menyesal pulak.

Kepak Ayam Haseyo

Lagi 1 menu yang best ialah Kepak Ayam Haseyo! Ya Allah, sedapnyaaa rasa dia. Tak tahu nak cakap sedap macam mana. Dia tak begitu pedas. Boleh lagi la bagi anak kecik merasa. Rasa sos dia yang manis manis sikit tu, memang ngam la Orang kata. Terbayang bayang kesedapan nya! Sah nak kena repeat lagi ni.

Jom cerita mengenai harga yang ditawarkan pulak. Dari segi harga berpatutan la pada saya. Untuk 2 pizza bersaiz regular harga ditawarkan RM33. Untuk 2 pizza bersaiz besar RM55 dan untuk pizza bersaiz extra RM77 bagi 2 pizza.

Samyeang Pizza bersaiz personal adalah SAH untuk tawaran Super Tuesday iaitu pada hari Selasa. Tawaran harga serendah Rm3.90 bagi tempahan dalam talian serta Rm4.90 bagi tempahan di kaunter.

Sukacita dimaklumkan, Pizza Samyeang dan Kepak Ayam Haseyo ni boleh didapati di SEMUA rangkaian Domino's Pizza bermula 26 February 2018.

Keenakan Bersama Samyeang Domino's Pizza dan Kepak Ayam Haseyo yang terbaik!


Tempahan secara Talian :
http://www.dominos.com.my
1300-888-333


#Samyeang
#DominosPizza

30 comments

  1. Replies
    1. Yup. KnaK try cecepat, sebab ianya limited punya.

      Delete
  2. amboi..mama kak aya dah pandai g event dah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Hahaha
      Ni kebetulan je ciknor buat kat ipoh. Kalau tak, jangan mimpi lerr. Haha

      Delete
  3. Kena try ni

    Pizza.samyang dgn ayam haseyo..apa rs nya ek..lagi pedas dr.megi.samyang.x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa, maggi samyang tak pnh rasa. Tapi ada yng kata, yang beef tu pedas macam ramen tu haa..

      Delete
  4. dah rasa dah...bolehlah...tp lebih suka ayam pizza yg biasa tu..hehehehe
    jemput singgah di blog kita...ada info best dari traveloka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam pizza yang mna eh. Haha.. jarang betul nak makan pizza ni. Tak berapa ingt.
      Okay, nanti kita singgah ke sana yerk 😉

      Delete
  5. terliur tengok. dahlah BV suka pizza T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa.. kalau peminat pizza, wajib try tau. Hihi

      Delete
  6. #KakakKimchi approved this! Hahaha...Sally ada masa launching kat KL harituuu...tp sadly lidah Sally tak rasa pedas lgsg..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alohhh.. awak memang tau.. korea sangat. Haha..
      Kita jenis tak tahan pedas wak. Tu rsa pizza tu pedas. Haha

      Delete
  7. sedapya la pizza. pernah makan sekali
    je domino ni.yg mimi share ni tak pernah rasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni kena rasa tau zaza. Sebab ni edisi terhad punya tau.

      Delete
  8. sedapnya, terus jadi lapar. saya memang suka dominos

    ReplyDelete
  9. Aduh terliur tengok lama tak makan pizza.. Kena ajak suami pergi try ni hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..
      Sila pujuk cik abng cecepat sebelum terlambat. 😅😅

      Delete
  10. Nampak sedap la..pedas ke semua..nk cuba la nnati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beef pedas nad. Kalau ciken pedas dia slow. Tuna kurang pedas. Try la nti. 😊

      Delete
  11. Iday ada tengok blogger buat video, makan sampai berpeluh2 pedas. Haha nak try jugak la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa.. sampai buat video?
      Erm. Yang beef katanya pedas. Kita makan ciken hritu.

      Delete
  12. Wahhh dominos ada flavor baru. Nanti nak pi cubalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi peminat Domino's, kena la try tau. Hehe

      Delete