Friday, 23 March 2018

Tips & Pengalaman Bawa Anak Kecik Ke Event


Tips & Pengalaman Bawa Anak Kecik Ke Event 


Haiii.. harini saja nak cerita pasal kisah si zhareef ke event review Domino's. Actually ni pengalaman pertama juga la nak mencuba untuk membuat food review gitu. Selalu kita try produk je macam tu kan. 

Haritu rasa macam tergerak hati sangat nak pergi. Rasa macam rugi je kalau lepaskan peluang. Sedangkan tempatnya bukan jauh pun dari rumah mak. Then nak kenal kengkawan lain dengan lebih dekat sebenarnya. 
Bila dah bincang dengan adik & mak, dorang okay je, so ambik keputusan nak join la event tu. 

Dalam rasa kali pertama tu, ni pun kali pertama bawa zhareef. Risau juga kalau dia tak boleh nak dihandle. Budak kan. Kita tak boleh jangka macam mana perangai dia. Risaunya kalau dia meragam, orang lain tak selesa je. Sebab rasa terganggu majlis yang berjalan.

Alhamdulillah, masa haritu masih boleh terkawal lagi la. Lagipun maksunya ada. Boleh tolong tengok dia. Yang penting nak bawa anak kecil ni kena pastikan dia dah kenyang, cukup tidur. Susu kan siap siap juga. Haritu zhareef bangun awal. Sebab malamnya tu dia tidur awal. Mujur bangun pagi nampak dia ceria je. Lepas tu pesan dengan dia.. "mama ada kerja, adik jangan nakal, jangan buat hal ye".. 

Zara tak dibawa sekali. Terpaksa bohong sikit. Janji dengan dia nanti belikan biskut dia nak. Alhamdulillah.. haritu dapat laksanakan kerja dengan senang.

Tips nak handle anak kecil untuk event ni, kita kena pandai ambil mood dia. Sesetengah budak tak banyak ragam. Baik je. Kalau jenis baik je, memang senang nak settle kan kerja. 

Kalau anak jenis ligat macam zhareef ni, saya cuba pastikan malam sebelum nya tu dia tidur awal supaya dia cukup tidur. Supaya mood dia pun okay. Lagi lagi event yang berjalan tu waktu anak kecil mengantuk dan waktu tidurnya.

Pastikan perut dia kenyang. Macam zhareef dia bfeed + FM. So sebelum  keluar dari kereta, memang Bfeed dia siap-siap. Then FM pun standby. Sarapan pagi memang bagi dia makan cukup cukup. 

Then lagi 1 dari segi pakaian dia juga. Pakaian pun pada saya la memainkan peranan. Sebab kalau pakaian yang dipakai tu mungkin buat dia kurang selesa (panas) so, tu salah satu dia boleh meragam juga kan? 

Ni antara yang dapat saya share dari segi pengalaman saya sendiri. 

Then the last story, boleh tak zhareef nak jadi blogger cilik? Try jadi seorang food review juga? Hehe






Thank You Domino's atas jemputan review tersebut. Tanpa review tersebut, saya tak tahu Domino's ada keluarkan menu baru. Yang pasti, menu baru tersebut terbaikkkk!.


4 comments:

  1. hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  2. Elok je Zhareef ari tuu..pandai bawk diri..

    ReplyDelete
  3. Seronok la si Zhareef. Behave je dia 😊

    ReplyDelete
  4. Good tips Mimi. Nak bawa anak ke event memang kena pastikan mood die ok kalau x..memg kita pun jd hilang mood kalau anak asyik meragam je kan

    ReplyDelete

Sponsor

Comments