Sabtu, 27 Ogos 2016

Hilang!

Hilang!

Assalamualaikum..

Kadang-kadang kita tak dapat nak duga macam mana agaknya kisah hidup kita pada masa hadapan kan. Macam-macam yang kita rancangkan, tapi sehebat mana pun perancangan tu, hebat lagi perancangan yang ALLAH dah aturkan buat kita.

Dalam dunia blogging, tentunya ada yang berharap, sehingga nafas yang terakhir sekalipun, kalau boleh diari online ini akan terisi dengan segala maklumat yang berguna buat kawan-kawan lain. Moga 1 hari nanti ianya menjadi pengganti buat diri.


HILANG!

Harini tiba-tiba je nak singgah jenguk senarai blog yang pernah saya follow 1 ketika dulu. Mungkin follow atas sebab syarat menyertai giveaway/segmen barangkali. Sebab tak semua saya kenali.

Ada antaranya telah 3 tahun meninggalkan dunia blogging. Ada yang 2 tahun.. Ada setahun yang lalu..

Tidak pasti hilang itu berpunca dari apa.. Mungkin kesibukkan diri? Terlupa password? Tidak berminat untuk meneruskan penulisan.. Atau..

Wallahualam..

Moga diriku ini sentiasa diberi peluang oleh-NYA untuk meneruskan minat dalam penulisan ini.. Selagi mampu..

In shaa Allah..


4 ulasan:

  1. Happy holiday.. Cikla singgah sini...

    Semoga penulisan kita akan beri manfaat kpd org lain. InshaAllah....

    BalasPadam
  2. salam..
    biasanya punca utama sbb blog tak berupdate,kesibukan sangat. bila dah sibuk sangat,maka tiadalah kesempatan utk berblogging. kalau pun ada masa terluang,semangat/mood utk update cerita hampir tiada sebab penat + tak ada idea .

    BalasPadam
  3. Kalau dulu, blog saya penuh tapi kosong dengan pengisian yg bermanfaat.. sekarang selalu kosong tapi insyaAllah akan dipenuhkan dan dimanfaatkan :)

    salam singgah

    BalasPadam
  4. kan. memasing ade hal dan tanggungjawab yg hakiki

    BalasPadam