Isnin, 29 Ogos 2016

FREE DELIVERY Di NILE.COM.MY

FREE DELIVERY Di NILE.COM.MY

Assalamualaikum.. Selamat Pagi isnin!.. =)

Pagi ni kita happy sikit nak share sesuatu dengan kawan-kawan. Bagi yang suka shopping online, sekarang ni kan Nile.Com.My tengah buat FREE DELIVERY ye untuk barangan yang kita beli tu.. Suka tak, suka tak?? Kalau saya, tentulah suka sangat!.. Jimat dah cost penghantaran disitu. Boleh grab barang lain kan.


FREE DELIVERY NI FOR ALL PRODUCT YA. BERMULA DARI 29 OGOS SEHINGGA 02 SEPT. 2016.

Betul ke Free Delivery ni??

Ehhhh, tak percaya ehh.. Takpe-takpe.. Meh kita share lagi ye.. Sebab kita pun dah buat pembelian tadi. Bukan nak try test ke apa tau. Sebenarnya memang ada nak beli barang semalam. Sekali tengok ada Free Delivery bermula harini, so why not kita tunggu je harini kan..


Haaaa, nampak kan? Ada Free Delivery disitu. Melalui Poslaju Malaysia SAHAJA la ye.. If nak guna perkhidmatan Gdex, kena la bayar. Macam saya tentunya pilih yang Free itu.. hehehe..

CARA PEMBELIAN

Ok.. Mesti ada yang tak pernah shopping barang di nile.com.my ni kan? Atau tak pernah dengar tentang laman web ni.. Takpe.. Harini kita share la sikit-sikit maklumat yang boleh ye..

Sebelum tu, silalah daftar dulu bagi yang belum daftar. Pastu, kalau yang pernah daftar, tapi tak pernah lagi membeli, silalah Login dulu ye. hehehe.. Pastu silalah shopping dulu barang yang nak dibeli.

Lepas dah pilih tu, just click pada berapa item yang kita nak tu. Contoh gambar bawah ni ye.. nampak kan ada 'MY CART' tu? Macam saya, saya order 3 barang tadi. So, click je pada jumlah barangan tu. 

Then Step 1 ialah, check alamat yang korang letak untuk penghantaran barang tu. Alamat rumah ke, alamat office ke...

Settle tu.. click pada 'Continue'.. Akan keluarlah Step 2 iaitu Shipping Method. Macam saya, saya pilih poslaju la. Sebab saya nyatakan tadi. Free Delivery. Lagipun senang. Poslaju akan hantar sampai ke rumah berbanding Gdex kena collect barang diluar.

Dah settle step 2 tu. Silalah Continue ye..


Ok.. Meh kita ke Step 3 pula.. Dalam step ni, kena pilih Payment Method. Korang nak bayar melalui apa. Banyak cara pembayaran yang disediakan. Don't worry ye. pilih je acc mana korang ada simpan duit. hihihi..

Macam kita, kita pilih  Cimb Clicks. Then caranya sama seperti tadi. Dah pilih akaun mana, click pada 'continue'..


Ok.. Bila click continue tu, akan ada step ke-4 iaitu 'confirmation'.. Korang check la balik betul ke tak item yang korang nak beli tu. Macam kita tadi order 3 barang tu la.. then dia akan keluar sekali harga barangan tu ye..

Untuk 3 barang yang kita nak order tadi tu, total adalah RM61.30. Tapi.... ada diskaun sikit tau.. Haaaa, macam mana nak dapat diskaun tu??


Jom tengok macam mana boleh ada diskaun sikit tu. Tengok gambar dibawah ni ye.. Nampak kan nilai RM1.20 tu? Haaa, saya redeem point yang lepas.Last month memang ada buat pembelian pun untuk mak. hehe.. then bila kita review barang kita beli tu, akan masuk point. 


Point tu, akan ditukar dengan duit. Bila ditukar dengan duit, dapatlah sedikit penjimatan pembelian disitu walaupun nilainya tidaklah sebesar mana. Yang ada tulis ' deducted' tu la nilai point yang ditukar dengan duit tu. -50 tu maksudnya Rm0.50

Bila saya click pada 'tick to redeem my point', baki untuk pembayaran kita telah pun berkurang. Hanya Rm60.10


So, paham kan mana datangnya point serta diskaun sikit tu..

Okeh, bila dah confirm dengan pembayaran tu, akan keluarlah step seterusnya seperti gambar dibawah ni.. Kena click balik pada bank mana korang nak buat transaksi tu.. Macam saya 'cimb clicks', so click pada situ balik la..


Bila dah click pada bank yang kita nak buat transaksi tu, akan keluar seperti gambar dibawah tu ye.. silalah click pada 'Agree and Continue'..


Disebabkan saya memilih cimb clicks, akan keluarlah seperti dibawah. So, korang teruskan la dulu login akaun korang tu ye..


Jangan lupa TAC number ye.. 'Request TAC'..


Isi TAC number, then click pada 'Submit' ye..


Akan keluar seperti gambar di bawah ni, then click la pada 'confirm'..


Okay.. check balik details pembelian seperti dibawah ni. Kalau confirm semua betul, silalah 'click here to complete your transaction' tu ye..


Yeayyy!! Dah berjaya buat pembelian.. Boleh la tunggu dalam tempoh masa 3 hari bekerja untuk terima barang.. :)

Mudah je kan? Nanti boleh la shopping lagi.. heheh


4 ulasan:

  1. tak pernah membeli di nile.com
    sblm ni pernah usha je baju bajannya. menarik tapi x berani nk membeli. sbb online kan. takut tak kene size plak nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita nti nk try jgk bli baju disitu. Mcm blouse ada 4helai dr nile.com.my ni.
      Alhamdulillah semua ok.

      Padam
  2. cmne dia tao kite buat review, kt mne buat review tu. hahah blurr,
    bru shopping last week,
    kalau tahu tggu kejap, adoiii
    xpe nanti ushar lg kot ade brg nk beli lg. kehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nti akk buka akaun akk tu, akk check..ada brng kita bli tu, bila dh slmat smpai, dia suh kita review.. Tulis la review tu nti automatik dpt point.

      Padam