assalamualaikum.. selamat pagi..
sambungan..
Saya
berada dihospital 3hari 2malam. Bak kata mak bunyi macam pakej percutian.
Hehe.. saya bersalin kan hari khamis (18.09.14). so dalam tempoh 24jam, dorang
tak kan mandikan baby. Sebab baby baru lahirkan.
So
selama 24jam tu sehingga ke esok paginya baru baby dimandikan.(hari jumaat)
Time tu saya tak follow nurse pun. Sebab saya ambik kesempatan tu tuk mandi
juga. Then selesai saya mandi, saya tengok baby dah pun siap dimandikan oleh
nurse. Lega rasanya. Baby pun dah wangi.
Then
yang saya pelik, dalam pukul 10 lebih camtu, baby dah start nak merap. Sebelum
tu baby memang nak merap. Tapi lepas mandi tu makin menjadi-jadi pula nak
merap. Sampaikan saya nak sikat rambut pun tak sempat. Nak letak dia kejap atas
katil pun dia macam tak selesa.
*muka xdapat tido 3hari*
Ingatkan
tu perkara biasa. Pastu masuk pukul 11 lebih camtu saya perasan dia nangis then
tangan dia gigil-gigil..! haaaa, sudah!.. yang ni macam pelik juga. Time ni
suhu badan dia macam biasa lagi. Saya tak perasan apa-apa. Cuba susukan dia
sepanjang masa sebab dia nak merap je. Sampaikan nak ke toilet pun xboleh kena
tinggal.
Then
dalam pukul 12lebih saya keluar bawa baby tuk jumpa nurse. Sebab makin
menjadi-jadi nangisnya, menjadi-jadi gigilnya. Risaunya tuhan aje yang tahu.
Tanya kakak kat katil sebelah dia pun tak pasti. Katanya mungkin demam. Time tu
suhu badan baby dah naik dah. Tapi sedih sangat-sangat. Nurse asik kata baby
kurang susu! Fine, baby memang kurang susu. Yela baru lepas bersalin kan, dalam
tempoh 24jam, tak kan la susu badan dah mencurah-curah!..
Pastu
nurse follow saya masuk ke bilik. Tapi takde pun dia check baby.. :’( last-last
saya relakan je baby merap sepanjang masa. Dia nangis je saya susukan dia.
Senang cite, sepanjang masa dia melekap nak susu je.
Time
tu jangan tanya la perasaan saya macam mana. Stress dah sememangnya la. Sebab
dah 3malam saya tak dapat tido. 3malam saya tak dapat rehat. Bila baring je
5minit, baby dah nangis. Terpaksa saya duduk tuk susukan baby. Ya Allah..
dugaan.. dugaan.. Nak minta tolong family, semua takde.
Pukul
2setengah petang budak praktikal masuk nak check tekanan darah, suhu badan sume
tu. Minta dorang checkkan baby sekali. Sekali tengok suhu badan baby dah naik ke
38.2. terus budak praktikal tu panggil staff nurse.
Time
tu rasa nak nangis pun ada. Dah la petang tu nak discharge. Baby pula demam.
Lepas 1jam dorang monitor lagi. Suhu naik lagi. 38.3 pula. Ya Allah.. time tu
saya dah stress dalam diam dah. Msg-msg dengan suami. Luah kat dia je. Dah la
kita masih dalam keadaan lemah. Baby demam. Dorang tak hirau.
Last-last
baby melalak tak henti. Jenuh pujuk. Baby susu pun tak mau. Last-last saya
ambik sikit air zamzam sapu kat bibir baby lagi. Sapu kat kepala dia. Kat
tangan dia dengan harapan suhu dia turun. Time tu airmata dah nak jatuh dah.
Time diduga, kita takde sapa-sapa yang boleh tolong.
Last-last
petang kul 5 family datang. Time tu sebak habis dah. Nak cakap dengan mak pun
rasa tak mampu. Saya dah boleh discharge petang tu. Tapi baby dorang nak tahan
kat wad. Masa tu rasa macam nak
jeritttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt je.. saya nak balik dengan
baby. I want my baby!!!!..
Last-last
pasrah kena tinggalkan baby kat ward. Doctor pakat kanak-kanak nak pantau.
Risau kut-kut ada jangkitan kuman ke apa. Time tu saya dah tak tahu nak kata
apa. Perasaan sangat-sangat tersepit. Dengan keadaan saya yang tak cukup rehat.
Baby kena warded. Sapa tak sedihkan.
Pukul
6 bape ntah dorang bawak baby ke ward. Saya follow juga. Sebab nak tengok baby
macam mana kat sana. Masa nak tinggal baby tu, Allah je yang tahu perasaan tu
macam mana. Nak jerit, tapi tak boleh!.. sampai 1 tahap baby nangis non stop.
Then bila saya susukan, dia pegang tudung saya kuat-kuat. Macam tahu je malam
tu dia bakal ditinggalkan.
Saya
terpaksa tinggalkan dia. Terpaksa..!! Saya fikir positif. Kalau ikutkan boleh
saya nak temankan dia kat sana. Tapi saya tak mampu. Saya pun perlukan rehat.
Kalau saya tak rehat, macam mana saya nak jaga anak saya kan. Saya pujuk hati
macam tu je. Sampaikan balik umah, suami cakap muka saya muka nak nangis je. Ya
Allah.. macam mana la tak macam tu. Anak yang dah 24jam dalam dakapan kita
tinggalkan dia kejap.
Tido
malam tak lena. Terngiang-ngiang je suara anak menangis. Sepanjang masa saya
dengan dia. Sampaikan bangun pagi nak cepat siap, nak temankan anak kat sana.
Saya sampai ward dalam pukul 9 pagi kut. Terus cari baby. Bila tengok dia tido
lena, Ya Allah, sebaknya rasa.
Doctor
bagitahu kena pantau sampai ke petang. Nak tengok kut-kut baby kena kuning pula
ke apa. Sebab demam dia dah takde. Fine. Sampai ke petang hari sabtu (20.09.14)
saya duk teman baby kat ward. Ikutkan memang badan rasa tak larat lagi. Yela
baru masuk 3hari bersalin kan. Tapi gagahkan juga demi baby.
Kalau
ikutkan baby kena diletakkan bawah lampu biru tu. Tapi sebab anak saya ni bijak
pandai, dia tahu mama dia ada, makanya dia lebih suka merap kat saya. Sampai
dia dah tido lena, saya cuba letak kat situ, tak sampai 10minit, baby dah
melalak macam kena rotan. Hehe
Last-last
dia tak duduk pun bawah lampu biru tu. Dia syok menyusu je. Dan gerak hati saya
juga yakin baby saya takde kuning. Sebab tu dia pun tak mau duk bawah lampu tu.
Sampai ke petang kami suami isteri tunggu keputusan baby ada kuning ke tak.
Alhamdulillah.. baby saya bebas dari kuning. Syukur Ya Allah.
Dan
bila dah dapat kebenaran balik, rasa macam 1 beban besar jatuh tiba-tiba. Lega
sangat-sangat!.. Mak abah adik punya la menanti kat umah dengan penuh
kesabaran. Malam pertama tido dengan baby kat umah, rasa lengkap sangat-sangat
kehidupan.
Ya
Allah.. besar nikmatnya bila dapat rasai pengalaman menjadi seorang ibu..
pengorbanan seorang ibu. Baru kita tahu macam mana nak hargai jasa ibu kita.
Bila saya sendiri diduga anak tak sihat, kena tinggalkan semalaman di ward,
tuhan aje yang tahu perasaan ni macam mana..
Dan
sehingga ke harini, Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Dari kelahiran
baby sehingga menjaganya. Even baru beberapa hari. Baby saya juga bebas dari
kuning. Syukur Ya Allah.. Ujian demam yang Allah beri sudah cukup menguji saya.
cam takut je nak bersalin tapi nak ada anak sendiri, cam mana tu?
ReplyDeletesabar lah... tu semua dugaan... lain orang, lain dugaannya... tabahkan hati yekk... jadi mak gitu lah.......
ReplyDeleteAssalamualaikum mimie, Subhanallah. sheila dah lalui semua ni.. cuma takda tinggalkan baby kat spital. sheila dapat katil.. alhamdullilah. tapi bersyukur sangat baby mimie takda kuning. Allah permudahkan urusan awak ~~~
ReplyDeleteSebak lya baca..syukurlah semuanya dah ok kan
ReplyDeletesalam dear, saya faham sgt macam mana rasa kena tinggal baby, Ainul dengan saya semalam ja, malam bersalin dia kna nicu, mlam kedua baru tdo rumah, esoknya pagi hantar hospital terus admid ward, x dan nak lepas ciwi, dah kna pisah, Ainul demam juga, 38.2, tapi dia bebas kuning, kena admid 5 hari sbb on antibiotik..5 terasa begitu lama skali, huhu
ReplyDeleteKenapalah kakak boleh menitik airmata baca ini Mimie. Sedihnya. Nasib baik Mimie ok tak jadi apa-apa. Besar ujian tu. Yg sedihnya kenapa dari awal pihak hospital tak ambil tindakan. Itu yg kakak tak faham. Sampai dah temperature naik macam org dewasa demam barulah bertindak. Nasib baik baby pun kuat macam mamanya.
ReplyDeleteSelamat berpantang dik. Jaga diri dan baby baik-baik. Duduk dgn mak kan oklah...
aduii bertakung2 air mata ni haaa,,, :(
ReplyDeleteAcik bersalinkan baby last, warded seminggu sebab GBS positif..pastu baby dipuasakan sebab tertelan darah..sedih hati bila baby menangis, Acik hanya boleh bantu masukkan jari dalam mulut dia sampai dia terlelap..bila sedar, nangis lagi sebab lapar..
ReplyDelete*Merap tu apa?
http://acikwatie.blogspot.com/
merap tu meragam acik.. hehe
Deletealhamdulillah Allah permudahkan segalanya..akak pun pernah berada dlm situasi awak ni..masa tu anak akak kena demam kuning, tapi x terlalu tinggi but still kena warded sbb takut affect di masa2 akan datang. doc bgtau ibu boleh stay sekali memandangkan ada beberapa katil yg kosong. lega hati sbb anak ade depan mata..kalau akak pilih tido kat rumah, ntah mcmana la keadaan baby akak masa tu. sbb ade baby yg dah tertiarap sampai menangis2 nurse dan doc buat x tahu je..
ReplyDeletesemoga sya tabah yer. xper pengalaman semua tu. nanti tengok pula pengalaman anak kedua pula. lain2.. dan semua pengalaman itu memang tidak boleh dilupakan.. best2. hihik
ReplyDeleteAlhamdulillah semua ok. Baby pun takde kuning.
ReplyDeleteeka pun time camnilah terasa besarnya pengorbanan mak kita ngandungkan kita
Kasihannya. Alhamdulilah semuanya ok. Banyak pengajarannya baca kisah ni. Sebab tu kadang-kadang ada yang bersalin tempat yang lebih selamat sedikit pengurusannya.
ReplyDeleteYa Allah...kenapa nurse boleh kata mcm tu?? Boleh plak biar jer baby mcm tu..bahaya tau kalau baby suhu tinggi...kalau akk mmg akk dah marah nurse tu...huhu..
ReplyDeleteSabar jela mimie...Alhamdulillah..baby takde kuning dah..teruskan penyusuan susu ibu mcm biasa..
Perkara biasa.mak2 yg baru lepas bersalin ni, dugaannya lebih hebat dari masa pregnant dan beranak.ingat ke bole relax tp....hampeh.jgn harap
ReplyDeleteTahniah...anda berjaya menjadi seorang ibu :)
ReplyDeleteTima kasih.. :)
Deleteheheh baru nak tny merap tu ape..
ReplyDeletethanx mamamyja
perkataan baru tau...
uhhh tersebak plak bace ni mimie...
tak tau lah keadaan ayu plak mcm mane..
lagi sedih bile tak ade sape2 kat sisi...
Merap tu nak dgn kita je.. Xmo diletak.. Nk kita pgang dia je..
DeleteMmng sedih.. Sbb kita mmng perlukn pertolongan bila dlm keadaan lemah cmtu..
Alhamdulillah...bby rasa xselesa tu abb tu nk merao je ngan ibunya..mmg perlu snht2 kesabaran jadi ibu ni..nk marah pun xguna..baby bukan paham pun...insyaallah..ada hikmah..
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah..semoga selamat dan sentiasa sihat ye
ReplyDeletekan? Bila dah ada anak, anak tu segalanya bagi kita.. dan masa tu la kita rasa hargai pengorbanan mak kita. KM dulu pun sama.. zulaikha warder sebab kuning. Memang nampak mata dia kuning.. seminggu je tahan lepas tu bawak balik... pakwan jemur bawah matahari... marah dia melalak haha... klu ingat balik teringinnya nak baby lagi... tp belum rezeki..
ReplyDeleteDugaan seorang ibu. Macam tu lah anis haritu. Huhu. Kat ward memang tak tido. Balik rumah baru tido. Huhu
ReplyDeleteMmg gtu la ragamnya... Ank kedua sy mcm tu la.. Melekap je... Ank pertama alhamdulillah... Susu meriah sebaik je bersalin...
ReplyDeleteMerap tu meragam ye.. Pes time dgr.hehe. ayu pulak bakal lalui nnt.. Seram. Tp fikir xsbr nk tgok anak.. Cekalkan hati dan pecaya.. Smua ibu bole lalui kan mimi?
ReplyDeletesedey tau kalau jadi mcm. ni.
ReplyDeletekesian dgn ank.kesian dkt diri juga..
alhamdulillah.akhirnya Allah permudahkan..
Allah.. Walaupun belum bpeluang jadi ibu lagi.. Tp teman dapat rasakan bagaiman bpisah dgn anak walau sekejap..
ReplyDeleteAlhamdullilah, walaupun kena tahan tapi baby tu selamat. Tu yang penting :)
ReplyDelete