Friday, 6 December 2013

Menu 1 : Nasi Goreng

Assalamualaikum, selamat tengahari..

abaikan pada tajuk ye.. saja nak abadikan dalam diari buruk ni. hehehe!
kisahnya start semalam mak abh balik johor. niatnya nak tengok sedara yang masuk hospital. hari isnin ni baru my parent balik.

so selama 5hari 4malam ni, saya la kena ambik tahu hal adik-adik walaupun dorang lebih besar & tinggi dari kakak dorang ni. ehhh.. tetiba je kan.. haha
yela, dah nama pun kakak, dah kawin pula tu, kena la ambik tahu sikit hal camni.

semalam dok fikir nak masak apa tuk adik yang lelaki tu. dia tu jenis kalau tengok xde lauk je, mula la nak bantai makan meggi. bukan la makan rendam gitu je. nanti dia olah la masak goreng ke apa. tapi dah bape hari saya tengok dia dok masak meggi.

last-last mati akal jap nak masak apa. sekali masa tengok 'playboy itu suami aku'.. kan ada part yang fina tingat balik dia masak nasi goreng kan? haaa, terus teringat nasi balance sikit tu nak buatkan nasi goreng tuk adik.

haha.. nasib la ada bahan. hentam je la bahan yang ada. janji boleh makan, ye dok?

 ok tak?? haha.. tanya orang buat apa kan.. sendiri masak, sendiri mintak puji..  :P

bagi saya ok je.. lagipun nasi goreng kan simple je.. kalut buat. time tu dah kul 7. dengar je azan maghrib terus solat, pastu start la pung pang pung pang kat dapur.. kih kih..

hantar mms kat en.suami : harini ambik alih tugas mak. masakkan nasi goreng tuk adik. ok tak abang?

tengah malam msg masuk .

en.suami : macam tak sedap je gambarnya..  :-|

me : =.=  hahaha.. rasa nak gelak pun ada. yela, minta dia komen tanpa suruh rasa, memang tu la jawapannya kan.. tunggu la nanti dia balik.. kita masak sedap2.. tengok apa dia komen.. :P

alhamdulillah.. adik yang lelaki bedal habis tanpa komen. maybe ok la tu. dia kalau benda tu tak sedap kalau saya masak, laju je dia komen. alhamdulillah.. selesai tugas malam semalam..


selingan nak letak resepi :

- bawang merah
- bawang putih
- cili api
- ikan bilis
- sedikit garam

* yang ni saya tumbuk sekali..

bahan tambahan :

- sayur kubis, sawi, carrot
- nasi putih
- sedikit minyak untuk menggoreng
- telur sebiji

simple je kan.. hihihi.. 

nota_cinta : sesekali dapat masak, syok juga kan.. hehehe.. :P

8 comments:

  1. haha tak apa janji mengenyangkan kan ;)

    ReplyDelete
  2. mcm ns goreng kg..
    menyelerakan..

    ReplyDelete
  3. lepas ni kena rajin memasak untuk suami bila dia ada si rumah hehe

    ReplyDelete
  4. sedap mata memandang..sbb tak dpt rasa. heheh yana kalau mak takda kat rumah...mulalah serabut kepala nie. tetiap hari kena fikir nk msk apa utk mkn. huhuhhh **kesian mak kita..tetiap hari lg serabut nk fikir msk apa kan selama nie... hehehh

    ReplyDelete
  5. nampak sedap la..dah la tengah lapo..hehee

    ReplyDelete
  6. best kan masak ? nanti masak utk suami lg best taw .. :))

    ReplyDelete

Sponsor

Comments