Assalamualaikum..
Salam syawal buat semua kenalan islam..
Sekarang
dah 33week. Apa yang saya perasan, makin menjadi-jadi pula allergic saya ni
pada sesuatu makanan tu. Think positive!.. Allah sayangkan kita. Suh kita jaga
makankan?
Sebelum
ni saya perasan tak boleh makan daging. Ok la saya tak makan. Pastu ayam. Ada juga
berpantangnya. Tapi dah namanya raya, confirm la ada rendang daging, rendang
ayam kan?
Tak
kan nak tengok je. Kempunan pula nanti. Demi nak merasa, langgar juga pantang
larang tu. Makan juga la sikit. Makan dalam keadaan beringat. Masa kat umah
m.i.l, makan sambal bali daging. Daging 2 potong kecik je. Sekali malam tu…
haaaaaaa, hambek.. menggaru la ko.. rasakan..
Pastu
esoknya (raya kedua) balik kampong saya, sekali tengok dorang masak sup daging
+ jagung. Fuhhh, sedap tu.. sekali teringat.. alaaaaaaa, daging.. mana boleh
makan.. T_______T
Tapi
dek kerana nak juga rasa, makan la sup daging tu.. malam tu menggaru laaaaaa
lagi.. tido sambil standby minyak kat sebelah. Tapi mana nak lut ye kalau dah
sapu minyak pun. Rasa gatal lagi hebat. Last-last malam tu tak tido dek kerana
syok menggaru.
Pastu
semalam pagi, kat kampong makan nasi goreng. Pastu ambik la telur mata sikit. Alaaa,
makan separuh je.. pastu terasa sikit dah gatal-gatal. Tak syak pape pun. Sebab
xkan makan telur pun boleh gatal kan??
Sekali
harini, en.suami cakap minta gorengkan telur. So saya buatkan je la. Kebetulan saya
masak sambal udang. Tak berani dah nak makan. Confirm gatal badan nanti kalau
makan. Ada juga niat nak merasa. Tapi tak berani. Last-last makan la telur
goreng sikit dengan sayur..
Sekali
time mandi nak solat maghrib tadi, menggaru la sana sini. Kat perut dah
merah-merah,kaki, tangan semua gatal. Nak kata kena gigit nyamuk, tak nampak
pula kelibat nyamuk berdekatan. Sah! Allergic dah makin menjadi-jadi!.. tak
boleh makan telur pula.. Ya Allah.. bertabah je la.. lepas ni nampak gaya makan
nasi + kicap + ikan bilis je la.. takpe, bertabah la demi baby.
Haritu
masa checkup pernah tanya nurse. Tapi nurse cakap kalau teruk sangat datang la
balik. Nurse pun macam blur-blur je.. macam tak semangat je gayanya.. tu yang
malas nak ke klinik tu. Cuma katanya elakkan dari makan. Then elakkan dari
bubuh minyak yang berangin kat perut sebab nanti baby pun boleh rasa sama. Baiklah.
En.suami
lagi best ayat dia.. ‘ayang ni sejak nak turun ‘enjin’ makin menjadi-jadi gatal
sana sini..’ T_______T
Bukan
kemain lagi ayat dia tu.. tahu apa maksud ‘turun
enjin’?? haha.. maksudnya makin dekat nak beranak ni, makin menjadi allergic
nya.. mentang-mentang la unit woksyop, bukan kemain dia samakan nak beranak
dengan turun enjin.. :p
Sian
anak mama ni kan.. haha.. ayah awak tu macam-macam. Mula-mula saya confius
juga.. turun enjin?? Haha.. rupanya tu la bahasa dorang.. bila dia cakap camtu
saya gelak je la.. turun enjin tak rasa pape. Beranak boleh rasa sakitnya..
Takpelah..
baby nak lahir pun tak lama dah.. so mungkin Allah nak kita latih dari sekarang
kan, jangan makan sembarangan.. nanti dalam pantang kita juga yang senang kan?
Fikir
positif.. J
menu harini.. setelah beberapa hari cuti masak. haha :P
Psst
: cerita raya tunggu ada gambar la eh.. hehehehe..
Assalamualaikum..
Salam 3syawal.. Kejap je dah 3syawal kan? Korang dah puas beraya?? Me? Biasa biasa je..
Alhamdulillah dapat beraya dengan mak even kejap. Dapat juga beraya dengan m.i.l.
Saat entry ni ditaip, terasa seperti diri diduga. Mata tak boleh nak lelap!! Bayangkan pukul 3 lebih ni segar bugar!!!!! Tapi rasanya boleh lelap kejap tadi.. Tapi tak sure berapa lama..
Dek kerana badan gatal gatal, tergaru sana sini terus x senang nak tido.. Tak pasti ni angkara nyamuk atau allergik makan daging.
T____________T
Degil. Dah tahu tak boleh makan, nak juga rasa.. Dah tu sup daging is my fav. Tak kan nak tengok je kan??? Kalau kerana nyamuk, kenapakah en.suami boleh lena diulit mimpi?????
Saat paling paling palinggggggg terduga, gusi dibelakang geraham bongsu sakit.
T__________T
Bengkak barangkali. Punca tidak dapat dikenalpasti.. Ya Allah.. Bertabah sajalah.. Apa yang patut dibuat bila diuji begini?? Kenapa gusi boleh bengkak??? Macam mana nak kasi elok?? Any idea?
Help me plissss..
Saat begini juga si kecik sangatlah aktif.. Baby teman mama ye sayang..
Hukhukhuk..
Bersabar je la.. Kuatkan je la hati saat menanti esok pagi!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons