Makin menjadi-jadi!!

Thursday 31 July 2014

 Assalamualaikum.. Salam syawal buat semua kenalan islam..

Sekarang dah 33week. Apa yang saya perasan, makin menjadi-jadi pula allergic saya ni pada sesuatu makanan tu. Think positive!.. Allah sayangkan kita. Suh kita jaga makankan?

Sebelum ni saya perasan tak boleh makan daging. Ok la saya tak makan. Pastu ayam. Ada juga berpantangnya. Tapi dah namanya raya, confirm la ada rendang daging, rendang ayam kan?

Tak kan nak tengok je. Kempunan pula nanti. Demi nak merasa, langgar juga pantang larang tu. Makan juga la sikit. Makan dalam keadaan beringat. Masa kat umah m.i.l, makan sambal bali daging. Daging 2 potong kecik je. Sekali malam tu… haaaaaaa, hambek.. menggaru la ko.. rasakan..

Pastu esoknya (raya kedua) balik kampong saya, sekali tengok dorang masak sup daging + jagung. Fuhhh, sedap tu.. sekali teringat.. alaaaaaaa, daging.. mana boleh makan.. T_______T
Tapi dek kerana nak juga rasa, makan la sup daging tu.. malam tu menggaru laaaaaa lagi.. tido sambil standby minyak kat sebelah. Tapi mana nak lut ye kalau dah sapu minyak pun. Rasa gatal lagi hebat. Last-last malam tu tak tido dek kerana syok menggaru.

Pastu semalam pagi, kat kampong makan nasi goreng. Pastu ambik la telur mata sikit. Alaaa, makan separuh je.. pastu terasa sikit dah gatal-gatal. Tak syak pape pun. Sebab xkan makan telur pun boleh gatal kan??

Sekali harini, en.suami cakap minta gorengkan telur. So saya buatkan je la. Kebetulan saya masak sambal udang. Tak berani dah nak makan. Confirm gatal badan nanti kalau makan. Ada juga niat nak merasa. Tapi tak berani. Last-last makan la telur goreng sikit dengan sayur..

Sekali time mandi nak solat maghrib tadi, menggaru la sana sini. Kat perut dah merah-merah,kaki, tangan semua gatal. Nak kata kena gigit nyamuk, tak nampak pula kelibat nyamuk berdekatan. Sah! Allergic dah makin menjadi-jadi!.. tak boleh makan telur pula.. Ya Allah.. bertabah je la.. lepas ni nampak gaya makan nasi + kicap + ikan bilis je la.. takpe, bertabah la demi baby.

Haritu masa checkup pernah tanya nurse. Tapi nurse cakap kalau teruk sangat datang la balik. Nurse pun macam blur-blur je.. macam tak semangat je gayanya.. tu yang malas nak ke klinik tu. Cuma katanya elakkan dari makan. Then elakkan dari bubuh minyak yang berangin kat perut sebab nanti baby pun boleh rasa sama. Baiklah.

En.suami lagi best ayat dia.. ‘ayang ni sejak nak turun ‘enjin’ makin menjadi-jadi gatal sana sini..’ T_______T
Bukan kemain lagi ayat dia tu.. tahu apa maksud ‘turun enjin’?? haha.. maksudnya makin dekat nak beranak ni, makin menjadi allergic nya.. mentang-mentang la unit woksyop, bukan kemain dia samakan nak beranak dengan turun enjin.. :p

Sian anak mama ni kan.. haha.. ayah awak tu macam-macam. Mula-mula saya confius juga.. turun enjin?? Haha.. rupanya tu la bahasa dorang.. bila dia cakap camtu saya gelak je la.. turun enjin tak rasa pape. Beranak boleh rasa sakitnya..

Takpelah.. baby nak lahir pun tak lama dah.. so mungkin Allah nak kita latih dari sekarang kan, jangan makan sembarangan.. nanti dalam pantang kita juga yang senang kan?
Fikir positif.. J

menu harini.. setelah beberapa hari cuti masak. haha :P


Psst : cerita raya tunggu ada gambar la eh.. hehehehe..


10 comments

  1. alahaaaii.bertabahlah ye sis :)

    ReplyDelete
  2. makin melarat lettew..
    kalau garu hbs le kan..
    sabar ye.. tak lama dah tu..

    ReplyDelete
  3. alise tak makan petai.. nasib mimie asingkan petai ngan udang.. hehe..

    alahan ngandung kot mimie.. t garu2 kang tinggal kesan.. dah x lawa pulak.. haishh cne tu??

    ReplyDelete
  4. Sabar ye sis?

    ReplyDelete
  5. sabar ye.. kalau tak tahan, kena jugak gi klinik tu ..

    ReplyDelete
  6. Siannye..alah ye. Hope kak sya dan baby sihat sentiase.
    Dtg singgah sini dan follow dari blog kak fuza. :)

    ReplyDelete
  7. Hehehe..turun enjin pulak yer.. sabar jer la..=D

    ReplyDelete
  8. Haha... Ayat tak agak en.somi tu ek.. First time dengor... Hihi

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.

    ReplyDelete