Assalamualaikum
buat semua rakan-rakan yang dikenali..
Alhamdulillah..
setelah sebulan berpuasa akhirnya kita bertemu di pagi syawal nan indah ini..
Tahun ni raya
pertama saya di rumah mertua. So tak perlu nak pening-pening nak raya kat mana.
Hehehe..
InsyaAllah
juga raya pertama ni my mum akan datang beraya kat umah my mother in-law. So saya
dapat beraya dengan kedua-dua mak la.. hehe..
Niat mak saya
nak menjengah la besannya..
Mood raya
saya tahun ni slow je.. Mungkin sebab keadaan diri kut. InsyaAllah tahun depan
meriah la dengan kehadiran si kecik ni..
So,
dikesempatan ni saya nak Ucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.
Seandainya ada
salah dan silap saya sepanjang saya kenali awak semua, harap dimaafkan ye..
Jika ada komen-komen yang mengguris perasaan, harap dimaafkan..
0-0 ye.. J
google
Assalamualaikum
semua..
Malam ni
still dapat online macam biasa. Masih boleh lepak-lepak depan tv dengan
en.suami. boleh godek-godek blog, fb macam biasa.
Start tahun
ni dah tak kalut nak balik raya. Tadi sambil lipat kain baju, kemas sekali
siap-siap. Settle kerja.. kehkehkeh..
Start tahun
ni balik raya tak perlu kalut-kalut dah. Ehhhh, selalu kalut ke? Ada la sikit
kut. Sebab dulu kan balik kampong ngan family. Jadi kena la tolong apa yang
patut kalau ada yang tak settle kat umah.
Mak pula
menjait baju orang. Kadang tak siap, jadi kena juga tolong apa yang patut. Start
dah duduk dengan suami kat gemas ni tak perlu nak kalut ke apa. Sebabnya dari
gemas kalau nak balik ke Melaka (umah m.i.l) paling lama pun 2jam.. hahaha
Kalau saya
nak balik kampong mak kat segamat 1jam. 2-2 perjalanan dah tak perlu tempuh
jem. Ohhh, rindunya suasana tu. Even orang tak suka, tapi kerana jem tu juga la
kadang kala mewujudkan nikmat nak balik kampong kan? Start duk gemas ni, nak
balik raya tak lalu highway dah.. lalu jalan kampong je..
My mum dari
ipoh esok bergerak 2kereta. Hope mereka tak tersangkut la dalam jem. If tersangkut,
adatlah kan.. nak buat macam mana. Dah memang kenderaan banyak atas jalanraya..
ye dok?
Hope perjalanan
mereka semua dilindungi.. saya pun bergerak esok juga. Tapi masih boleh singgah
sana sini.. maklum la.. balik Melaka dulu tahun ni.. sempat la kut kalau nak
singgah tesco, jusco dulu.. hehehe
Apa-apa pun,
buat kawan-kawan yang akan bergerak balik kampong esok, hati-hati di jalanraya ya..
J
google
Psst : senyap
sunyi la blog seketika kan.. hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons