Assalamualaikum..
Lagi 2hari je
dah nak raya kan.. Kejap je dah nak habis puasa.. Alhamdulillah.. Dapat
berpuasa dalam keadaan berbadan dua ni.. Walaupun mula-mula agak risaukan
baby..
Syukur baby
memahami. Setakat ni cuma sehari je xdapat berpuasa penuh. Atas sebab tertentu.
Bukan saja-saja tau. Dek kerana risaukan baby yang kurang gerak time tu
terpaksa 1/2 hari je..
Bercerita
pasal raya, macam mana dengan persiapan raya awak semua? Saya? Dah tentu juga
takde. Sekadar ala kadar je.. Mood nak beraya tahun ni takde. Urusan lebih
tertumpu pada baby yang bakal lahir. Persiapan lebih ke arah tu. Itu pun ada
yang tak complete lagi.
Baju raya : En.suami belikan sepasang.
Jadilah.. Mak buyong susah nak cari baju. Ikutkan tak beli pun xpelah.. Pakai
je baju yang ada. Maklumlah, duk cari jenuh nak jumpa.. Asik tak berkenan
sesaja.. Mood sentap sendiri.. Haha
Handbag : Tak beli pun. Pakai je handbag bonia
dapat masa hantaran kawin tu. Memang masih elok pun. Takyah membazir.
Kasut raya : Ehh, tak perlu kut. Lagipun
bukan larat nak jalan sana sini sangat. Pakai aje kasut yang ada tu. Lagipun
bukan orang nak tengok kasut yang kita pakai kan.. Haha
Tudung dan aksesori : Takde mood
nak pikir. Haha.. Pakai aje yang ada ye.. Lagipun sume tu bukan basi. Recycle
aje.. Kehkehkeh
Kuih/biskut raya : Tahun ni tak
buat ye. Oven tarak lagi.. Then dah sarat macam ni tak larat nak membuatnya.
Jadi kalau nak ada pun harap yang tunjuk2 aje la ye.. Kahkahkah
Persiapan umah : Tak buat
pape pun. Maklumlah, orang baru nk pandai duk berdua kan.. Auuuwww... Haha..
Kemas ala kadar aje dah la.. Takyahlah datang umah kita ni dulu ye.. Lagipun
mesti takde yang sanggup nak menapak anak tangga sampai tingkat 4 ni.. Sampai
atas minta nyawa okeh! Semput. Saya pun rasa xsanggup..
Lemang/rendang/ketupat : Yang ni kita pulun makan puas puas kek umah mak mertuo yo.. xpun bilo balik segamat.. Kahkahkah.. Baru ada feel raya kan.. Setakat buat rendang memang la senang.. Tapi kalau setakat makan berdua xbest la..
Kad raya : Tahun ni xhantar pun kad raya.. Hukhuk.. Rasanya ada yang bagi kad raya kat saya.. Tapi alamat ipoh.. So tunggu saya balik ipoh bulan 8 ni ataupun suh adik bawak kan time balik johor baru kita tengok ye.. Hehehe
Nak bagi
alamat gomeh ni, boleh pula orang lama x buka lock dia kat petisurat tu. Dh la
x tinggalkan kuncinya.. Nampak gaya tunggu kitorang kopak kuncinya dulu la..
Mood raya : PENTINGKAN? Tapi macam xde je.. Kahkahkah.. Raya ni xboleh nak sakan sakan sangat.. Takut kang terlupa diri terberanak awal pula.. Dah la nak pulun makan sangat pun tak boleh.. 4 ogos kena minum air gula.. T_____T
Apa lagi eh nak share? Nanti ada laie den kobarkan eh.. :p
Assalamalaikum..
Semalam saya
ada share menu berbuka kan.. Alaa, menu kita x gempak pun macam orang lain..
Janji ada pun dah okay..
Saya kalau
berbuka lauk masak sendiri, kalau nak makan mee ke, nasi goreng ke, buat
sendiri.. Setakat kuih je la beli nya.. Xkan nak buat kalau makan nya 3-4 ketul
kan..
So semalam
saya ada share menu berbuka 2-3 hari lepas. Ayam perap bergandingan dengan nasi
goreng.. Bajet dah sedap sangat lettew..
Haha..
Janji perut
cik abg kenyang ye..
Ni ayam perap
resepi mak saya selalu buat tuk makan nasi ayam.. Saya kehabisan idea nak
masak. So try buat ayam perap ni..
Insyaallah,
ikut tekak saya sedap je.. Ratah gitu pun sedap tau..
Bahan-bahannya
:
Ayam
(sebaiknya yang ada kulit la)
Bawang putih
Halia
Kicap pekat
(saya guna kicap biasa je)
Sos tiram
Garam
Cara-caranya
:
Bersihkan
ayam dan ketepikan.
Tumbuk bawang
putih & halia.
Campurkan
semua bahan tadi dah lumurkan pada ayam.
Perap la
dalam 3-4 jam kalau nak sedap.
Saya perap
1hari. Excited buat awal. Pastu malas nak goreng. Hihi.. Simpan dalam petiais
dulu..
So, selamat
mencuba yerk.. :)
Assalamualaikum..
Saja nak
tempek dalam blog.. Buat kenangan katanya.. Tapi kalau jengah waktu siang
jangan pula nanti terliur ye.. Hehehe..
Kalau terliur
pastu nak buat xpelah.. Yang tu wajib la buat ye..hehe..
Menu ni menu
2 hari lepas kut. En.suami duty, nasib la masak awal.. Kalau x, xmakan la cik
abg kita..
Hukhuk..
Pening tau
pikir menu apa nak buat, nak masak hari-hari.. Maklum la.. Kita ni bukannya pro
bab bab masak ni.. Nak kata pro bab makan pun x juga.. Haha..
Masak nasi
goreng bergandingan dengan ayam perap je.. Bajet dah sedap sangat dah tu.. :p
Ayam ni mak
selalu buat tuk makan ngan nasi ayam.. Tapi saya belum pandai nak buat nasi
ayam nya.. Hehe.. Lagipun nak makan berdua je, malas pula nak buat..
Nanti kita
share resepi ayam perap ni ye.. Mudah je.. Bagi tekak saya sedap je..
Alhamdulillah..
Rasanya sama macam mak buat.. Kira pass la ni.. Hahaha..
Sila la jamu
mata dulu ye.. Esok saya share resepi pulok ye.. ;)
Assalamualaikum semua..
Macam mana dengan persiapan raya? Baju raya, tudung raya, handbag raya, kasut raya dan sebagainya?? Masih ada yang belum sempat keluar shopping?? Tak sempat?? Tak sanggup nak bersesak dengan orang ramai kat luar sana?
Takpe, jangan risau.. sekarangkan zaman moden. Segalanya ada dihujung jari.. betul tak? Salah satu cara untuk jimat masa hanya shopping online. Rata-rata ramai juga yang memilih untuk shopping online kan?
Mudah, cepat dan pantas. Pilih, pilih dan terus pilih.. lagi mudah kerja yang dilakukan. Jangan risau, anda masih sempat lagi untuk shopping secara online. Jom singgah cuci mata . Jangan lupa grab la mana yang berminat ya. J
Wow!! Sangat-sangat-sangat cantik !!
Memandangkan zaman dah semakin moden, kini baju kurung bukan lagi 1 kemestian pada pagi raya. Kini ‘Dress Labuh’ juga menjadi pilihan pada masa kini. Ianya nampak menarik dan sangat mudah untuk digayakan.
Selain baju kurung peplum, baju kurung, baju kurung moden dan sebagainya. Jika saya, tentunya juga ‘Dress Labuh’ menjadi pilihan. Kerana ianya mudah digayakan dan selesa dipakai. ‘Dress Labuh’ juga boleh digayakan dengan menambah aksesori tersendiri untuk menyerlah kan lagi penampilan di pagi raya.
Namun untuk koleksi baju raya 2014 kita dapat lihat sesuatu yang baru apabila elemen moden seperti dress labuh telah digabungkan dengan ciri-ciri tradisional bagi menghasilkan maxi dress Muslimah atau dress labuh Muslimah.
Bagi tahun ini, dress labuh adalah pilihan paling popular dalam kalangan wanita di Malaysia. Bagaimana cara untuk menggayakan dress labuh untuk Hari Raya? Mudah sahaja, caranya ialah dengan memadankan dress anda dengan tudung terkini atau shawl wanita dengan warna dan corak yang sesuai. Ini adalah penting bagi memberikan penampilan yang bukan sahaja anggun malah bergaya. Tambahkan sedikit aksesori seperti bracelet atau rantai leher panjang agar kelihatan stylish.
Jangan lupa untuk bawa bersama handbag atau clutch ketika pergi beraya untuk melengkapkan persalinan anda! Mengimpikan dress labuh untuk dipakai sempena lebaran ini? Dapatkan dengan segera sebelum terlambat.. :)
Wow!!! sangat cantik okeh 'Dress Labuh' ni..
Jom Shopping!! Jangan lepaskan peluang yang masih ada :)
Assalamualaikum..
Haritu
masa shopping barang baby tak beli pun beg baby. Sebabnya mahal sesangat. Masa tu
tengok kat AEON Melaka. So cakap kat en.suami hold dulu la. Cari kemudian.
Kebetulan
hari ahad lepas kan saya cari baju tuk pakai raya. Pastu singgah masuk Pasaraya
TF jap. Saja nak cari barang sikit. Tergerak hati nak pergi bahagian baby. Cadangannya
nak tengok tilam baby, sekali lain yang dibeleknya. Biasa la tu kan..haha
Terperasan
pula ada beg baby. Kebetulan tak beli lagi. Pastu beg baby yang ada kat TF ni
murah. Rm29.90 je okeh. Brand Pureen. Haritu tengok kat AEON beg yang sama
besar macam tu dalam Rm50++. Nasib la tak kalut nak beli juga. Kalau tak,
confirm menyesal buang duit camtu je.
Kat
sini mana ada expo baby. So kena la survey mana-mana yang ada bahagian baby.
Ukuran
beg ni 18cm x 43cm x 32cm. Berbaloi beli. Dah la besar. Murah pula tu. So beg
baby dah standby dah. Disebabkan beg ni besar, saya masuk je semua barang baby
yang ada dalam 1 beg tu. Kut-kut nanti dapat beg kecik sikit, boleh la asingkan
barang tuk bawak ke hospital.
Beg
baby dah ready. Beg mummy awak langung tak ready lagi. Nurse dah bagitahu suh
buat persiapan. insyaAllah akan buat slow-slow sampai masanya.. J
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons