Assalamualaikum semua..
Macam mana dengan persiapan raya? Baju raya, tudung raya, handbag raya, kasut raya dan sebagainya?? Masih ada yang belum sempat keluar shopping?? Tak sempat?? Tak sanggup nak bersesak dengan orang ramai kat luar sana?
Takpe, jangan risau.. sekarangkan zaman moden. Segalanya ada dihujung jari.. betul tak? Salah satu cara untuk jimat masa hanya shopping online. Rata-rata ramai juga yang memilih untuk shopping online kan?
Mudah, cepat dan pantas. Pilih, pilih dan terus pilih.. lagi mudah kerja yang dilakukan. Jangan risau, anda masih sempat lagi untuk shopping secara online. Jom singgah cuci mata . Jangan lupa grab la mana yang berminat ya. J
Wow!! Sangat-sangat-sangat cantik !!
Memandangkan zaman dah semakin moden, kini baju kurung bukan lagi 1 kemestian pada pagi raya. Kini ‘Dress Labuh’ juga menjadi pilihan pada masa kini. Ianya nampak menarik dan sangat mudah untuk digayakan.
Selain baju kurung peplum, baju kurung, baju kurung moden dan sebagainya. Jika saya, tentunya juga ‘Dress Labuh’ menjadi pilihan. Kerana ianya mudah digayakan dan selesa dipakai. ‘Dress Labuh’ juga boleh digayakan dengan menambah aksesori tersendiri untuk menyerlah kan lagi penampilan di pagi raya.
Namun untuk koleksi baju raya 2014 kita dapat lihat sesuatu yang baru apabila elemen moden seperti dress labuh telah digabungkan dengan ciri-ciri tradisional bagi menghasilkan maxi dress Muslimah atau dress labuh Muslimah.
Bagi tahun ini, dress labuh adalah pilihan paling popular dalam kalangan wanita di Malaysia. Bagaimana cara untuk menggayakan dress labuh untuk Hari Raya? Mudah sahaja, caranya ialah dengan memadankan dress anda dengan tudung terkini atau shawl wanita dengan warna dan corak yang sesuai. Ini adalah penting bagi memberikan penampilan yang bukan sahaja anggun malah bergaya. Tambahkan sedikit aksesori seperti bracelet atau rantai leher panjang agar kelihatan stylish.
Jangan lupa untuk bawa bersama handbag atau clutch ketika pergi beraya untuk melengkapkan persalinan anda! Mengimpikan dress labuh untuk dipakai sempena lebaran ini? Dapatkan dengan segera sebelum terlambat.. :)
Wow!!! sangat cantik okeh 'Dress Labuh' ni..
Jom Shopping!! Jangan lepaskan peluang yang masih ada :)
Assalamualaikum..
Haritu
masa shopping barang baby tak beli pun beg baby. Sebabnya mahal sesangat. Masa tu
tengok kat AEON Melaka. So cakap kat en.suami hold dulu la. Cari kemudian.
Kebetulan
hari ahad lepas kan saya cari baju tuk pakai raya. Pastu singgah masuk Pasaraya
TF jap. Saja nak cari barang sikit. Tergerak hati nak pergi bahagian baby. Cadangannya
nak tengok tilam baby, sekali lain yang dibeleknya. Biasa la tu kan..haha
Terperasan
pula ada beg baby. Kebetulan tak beli lagi. Pastu beg baby yang ada kat TF ni
murah. Rm29.90 je okeh. Brand Pureen. Haritu tengok kat AEON beg yang sama
besar macam tu dalam Rm50++. Nasib la tak kalut nak beli juga. Kalau tak,
confirm menyesal buang duit camtu je.
Kat
sini mana ada expo baby. So kena la survey mana-mana yang ada bahagian baby.
Ukuran
beg ni 18cm x 43cm x 32cm. Berbaloi beli. Dah la besar. Murah pula tu. So beg
baby dah standby dah. Disebabkan beg ni besar, saya masuk je semua barang baby
yang ada dalam 1 beg tu. Kut-kut nanti dapat beg kecik sikit, boleh la asingkan
barang tuk bawak ke hospital.
Beg
baby dah ready. Beg mummy awak langung tak ready lagi. Nurse dah bagitahu suh
buat persiapan. insyaAllah akan buat slow-slow sampai masanya.. J
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons