Assalamualaikum..
Bukan nak tayang perut sebenarnya.. Cuma entry ni sebagai tanda terima kasih pada seseorang yang dah beri barut baby ni tuk baby saya..
Hadiah dari seorang rakan blogger juga yang masih menanti cahaya matanya sendiri..
Semoga beliau akan dimurahkan rezeki dengan zuriat yang sentiasa dinanti..
Amin..
Assalamualaikum..
Salam 17 Ramadhan semua.. Alhamdulillah.. Setakat ni kuat lagi tuk berpuasa dengan baby.. :)
Ni semalam punya kisah.. Memandangkan sekarang dah masuk 31 week, so kena la standby barang baby.. Bukan la standby apa pun.. Kelengkapan baby macam pakaiannya saya cuci siap siap..
Sementara larat buat, baik buat awal awal kan? Nanti dah tak larat xkan nak susahkan ayah baby pula.. Tak nak la camtu..
Comel sangat laa hai baju baju baby ni.. Geram nengoknya.. Dah la kecik comel je.. Tak sabar nak tunggu anak mama lahir.. Tak sabar nak tengok anak mama pakai..
Allahuakhbar.. 2bulan lagi je awak nak lahir sayang.. Cepatnya masa berlalu..
Baju yang ada setakat ni baru 7 pasang.. Harap harap la masuk 32week ni, scan kat HTD boleh nampak gender awak ye sayang..
Nanti boleh la ajak ayah awak shopping lagi.. :)
Psssttt : ada lagi sikit sikit barang baby xcomplete lagi.. Yang wajib2 dah ada dah.. :)
Assalamualaikum..
Salam 16 ramadhan.. Sekarang ni rasa macam menjadi jadi pula ngidam saya ni.. Haha.. Teringin itu ini.. Nasib la benda makan tu boleh dicari...
Trimester pertama dgn kedua takde la kuat sangat ngidam tu, tapi masuk trimester ketiga ni bukan kemain baby minta makan.. Haha.. Betul la kan baby yang minta.. Maknya tolong makan je kan? :p
Memandangkan sekarang ni bulan puasa, dah nak masuk raya, boleh pula ngidamkan kuih raya.. Ngidamkan biskut-biskut raya.. Padahal saya ni bukan la heran sangat dengan biskut-biskut raya ni..
Dari awal haritu dh teringinnya.. Cuba untuk tahan nafsu nak makan tu. Sebabnya mana nak jumpa biskut raya awal-awal puasa haritu. Lagipun saya teringin ni senyap senyap je.. Tak bagitahu en.suami pun.. Sebab xnak nanti dia pening nak cari..
Kebetulan semalam kitorng keluar.. Singgah pasaraya.. Nampak biskut raya.. Apa lagi ambiklah sebekas.. Lagipun saja nak try sedap ke tak.. Kalau sedap nanti boleh beli lagi tuk raya.. Then sebab lain beli sebab xsabar nak makan... Hehe..
So ni la biskut yang saya rembat semalam.. Sedap sangat.. Tak rugi beli.. Saya kan sejak pregnant ni suka sangat dengan coklat-coklat.. So kena la ambik yang coklat...
Tak tahu la kat negeri lain ada ke x biskut ni.. Kalau ada korang try la beli.. Sedap.. Dia coklat tapi macam ada rasa oren2 sikit..
Puas rasanya dapat makan ni.. Time sahur pun layan makan juga.. Bertabah je la.. T______T
Sekarang ni ngidam yang tak dapat lagi mini popia.. Dah order dengan makcik 1kg.. Nanti raya dapat.. Yang ni nanti kita kunyah la puas-puas ye baby..
Psssttt : Baru tahu penangan ngidam ni macam mana..
Assalamualaikum..
Baru je terfikir bila nak berbuka puasa kat luar kan.. tetiba je en.suami bersuara nak berbuka kat luar semalam.. so apa lagi.. laju je la... sesekali tukar angin kan.. jemu la asik makan kat umah je.. sendiri masak, sendiri makan..
saya rasa dah naik jemu makan masakan sendiri.. patut la mak selalu cakap 'mak tukang masak ni tak lalu nak makan'.. sekarang baru tahu rasanya macam mana.. berbuka kat luar pun bukan la makan sakan pun..
Bila tak habis en.suami la kena habiskan.. Hehehe.. Kebetulan semalam dia x order makan. Order minum je.. Pelik juga.. Tapi xpelah, saya kalau makan susah nak habis.. So kongsi je la.. Sekurang-kurangnya tak membazirkan?
Bila tanya dia napa xnak makan, dia kata nanti balik saya masak la yang simple2.. Smpai camtu sekali.. Saya ingat biarlah sama2 tukar angin kan.. Tup-tup en.sumi nak kita masak juga.. Saya tak kisah pun.. Maybe dia bawa makan luar pun sebab saya agknya..
Makan kat kedai biasa biasa je pun.. Saya jenis tak kisah.. Janji makanannya sedap.. Bersih tempatnya..
Baru je terfikir bila nak berbuka puasa kat luar kan.. tetiba je en.suami bersuara nak berbuka kat luar semalam.. so apa lagi.. laju je la... sesekali tukar angin kan.. jemu la asik makan kat umah je.. sendiri masak, sendiri makan..
saya rasa dah naik jemu makan masakan sendiri.. patut la mak selalu cakap 'mak tukang masak ni tak lalu nak makan'.. sekarang baru tahu rasanya macam mana.. berbuka kat luar pun bukan la makan sakan pun..
Bila tak habis en.suami la kena habiskan.. Hehehe.. Kebetulan semalam dia x order makan. Order minum je.. Pelik juga.. Tapi xpelah, saya kalau makan susah nak habis.. So kongsi je la.. Sekurang-kurangnya tak membazirkan?
Bila tanya dia napa xnak makan, dia kata nanti balik saya masak la yang simple2.. Smpai camtu sekali.. Saya ingat biarlah sama2 tukar angin kan.. Tup-tup en.sumi nak kita masak juga.. Saya tak kisah pun.. Maybe dia bawa makan luar pun sebab saya agknya..
Makan kat kedai biasa biasa je pun.. Saya jenis tak kisah.. Janji makanannya sedap.. Bersih tempatnya..
Kuih ni memang dibekalkan pada semua.. So tak perlu nak risau kut kut makanan yang kita order tu lambat sampai.. Tapi makanan xde la lambat pun.. Cepat je dorang hantar..
Ni yang saya order semalam.. Nasi goreng ayam.. Ingat nak makan nasi ayam je.. Tapi xde la pula.. Xpelah.. Janji okay.. Sedap.. Lepas je makan bukan kemain baby pun berjoget joget dalam perut ni..
Sampai ayah dia pun boleh nampak dia dok gegar2 dalam perut ni.. Seronok kut dapat makan nasi ye sayang.. Naik mengah mama dia ni dok layan dia.. Rasa macam x sabar nak tunggu dia kuar..
Ok la.. Rasanya macam dah lama tak belanja gambar muka tuan umah kan?? Meh la tempek sekeping buat kenangan.. Gambar fresh dah nak masuk 31week ni.. Hehehehe...
*muka sememeh nak pergi berbuka* hihi
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu.
"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"
Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com |
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini.
PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org.
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen.
Assalamualaikum..
Sebelum
ni saya ada cerita yang nurse datang rumah buat checkup – lawatan di rumahkan?
Dalam masa sembang-sembang tu, nurse tanya juga dah beli ke barang baby..
So
saya bagitahu la dah beli sikit-sikit.. then nurse pesan juga, jangan beli
pakaian baby ke, barang keperluan dia ke, apa apa la yang berkaitan dengan baby
yang berwarna KUNING, OREN, PEACH atau warna yang berdekatan dengannya.
Salah
1 punca baby boleh kena penyakit kuning dari aura tu sume la. Sebab baby mudah
terdedah dengan semua tu. Kalau boleh cuba elakkan.. Alhamdulillah.. barang
baby xde langsung saya beli kaler kuning atau warna yang berdekatan dengannya..
haha
Mungkin
secara kebetulan kut. Sebab saya kurang berminat dengan kaler yang macam tu..
Then
jangan juga terdedah dengan persekitaran yang berwarna kuning.. insyaAllah..
nanti baby lahir nak cuba elakkan dari sume ni.. nanti kalau kawan-kawan nak
datang jenguk baby pun jangan pakai baju kuning, oren dan seangkatan dengannya
tau.. haha.. :p
Then
lagi 1 cara juga, bila baby dah lahir, kerapkan bagi susu kat dia. Bila baby
kerap susu, nanti dia akan kerap kencing dan berak. Dengan cara pembuangan
najis, baby akan terhindar dari penyakit kuning. Sebab najis dia yang berwarna
gelap tu akan bertukar kepada warna kuning.
Ni
antara yang nurse bagitahu saya la.. so saya share je la kat sini. If ada pape
maklumat lagi, nanti saya share ye.. ‘Sharing Is Caring’.. J
Apa-apa
pun, kita boleh usaha kan? Tapi kalau dah ditakdirkan dia terkena juga, tu
kuasa Allah..
Assalamualaikum..
Bazar
Ramadan? Setakat ni memang kaki ni jejak la ke sana. Haha.. bukan malas masak
ye. Masak tetap masak. Kalau macam setakat ni, tak lagi la saya beli lauk kat
luar.. masih masak. Sebabnya kami kalau makan pun kadang sahur. En.suami je
kadang-kadang makan nasi malam. Tu pun lepas balik terawih.
Kalau
saya kurang sikit. Tak boleh nak masuk la.. Mungkin dah terbiasa sejak dari
zaman anak dara lagi. Haha.. setakat ni kalau menjengah ke bazar pun sekadar
beli kuih muih je.. Bukan la tak reti buat, tapi macam saya pernah bagitahu
sebelum ni, ada kelengkapan yang tak cukup lagi. Tu 1 perkara. Lagi 1 perkara
nak makan pun bukan banyak. Lebih baik beli je..
Kalau
macam masak lauk ni, saya masak time en.suami solat terawih. Sebabnya kalau
masak awal sesangat pun bukan terus makan. Jadi biarlah masak lewat sikit. Masak
pun yang simple-simple je. Janji boleh makan. Saya kalau makan sahur nasi panas
+ kicap + ikan bilis goreng pun dah cukup. Tak boleh masuk lauk berkuah ni. En.suami
mesti kena ada berkuah. So masak la lauk berkuah sejenis. Cukuplah..
Bulan
puasa ni tak boleh nak membazir. Baik makanan yang kita beli ataupun makanan
yang kita masak.. betul tak? Dah la waktu siang bukan nya makan. Pastu nak masak
banyak-banyak. Kadang tak selera pun nak ulang makan lauk sama pada hari
berikutnya kan?
Macam
saya setakat ni kalau beli kat bazar pun tak lebih dari Rm10. Ok la tu kan..
macam haritu teringin sesangat laaaaaa kunonnya nak makan roti john. Ok la.. dapat.
Rm3 je.. pastu beli kuih Rm2.. Baru Rm5. Memang dah niat xnak kelabu mata
tengok macam-macam yang orang jual tu.
Lagipun
kalau beli banyak-banyak sapa yang nak makan?? Dah la kami berdua je.. termasuk
si kecik dalam perut ni minta makan pun bukan banyak.. kita sebenarnya bukan
lapar mana pun. Tapi dahaga yang lebihnya kan?
Kalau
tengok kuih macam banyak, lepas buka mesti rasa insaf kejap.. sapa nak habis
kan ni????? huaaaa… setakat ni takde lagi la kuih yang dibeli tu
terbuang-buang. Kalau tak habis boleh simpan dalam petiais, kita simpan la..
Cuma
kadang tu rasa macam terkilan je sikit dengan orang niaga ni..
Bukan
la nak drop orang ke apa. Kualiti barang niaga kena la jaga kan? Macam sebelum
ni en.suami pernah belikan kuih lopes tuk saya. Pastu saya makan belah dalam tu
pulutnya macam tak masak. Aikkk… tak kan makcik tu tak perasan kut?? Sebabnya pulut
tu kita kena masak dia dulu baru bentuk-bentukkan dia kan? Betul tak?? Tapi kenapa
mesti dia bentukkan juga tuk jadikan kuih? Kan boleh kalau diasingkan yang tu..
Then
masa puasa pertama haritu saya teringin sesangat nak minum air kelapa. So en.suami
belikan la.. tapi sayangnya airnya ok.. Cuma termanis gula sikit. Tapi isi
kelapa langsung takde. Adeh.. sabar je laa.. pastu ada la beberapa lagi yang
terjadi.. sampaikan en.suami bagitahu tak perlu la beli kat ‘gerai’ yang tu..
Tapi
setakat ni takde la serik ke apa nak membeli kat luar.. Cuma kena hati-hati la
sikit. Kalau ada masa saya buat juga la kuih yang mudah. Macam popia ke, simpan
kat petiais buat stok. Pastu buat la pencuci mulut yang boleh. Janji ada kan..
Kalau
ikutkan saya ni tak la pandai masak pun. Tapi secara automatic bila dah duduk
sekali ni, kita kena ke dapur, buat itu, buat ini, jadi kita akan tahu..
setakat ni tak lagi berbuka kat luar.. teringin juga nak makan kat luar.. tapi
teringin nak berbuka kat pizza.. haha.. bukan kemain taste dia tu.. berbuka kat
pizza kunon.. padahal minum air secawan terus kenyang.. :P
bila laaa agaknya dapat berbuka kat luar berdua ni kan.. :p
Assalamualaikum..
salam pagi jumaat yang indah.. J
Alhamdulillah..
hampir 2minggu dah kita berpuasakan? Syukur Alhamdulillah.. dapat berpuasa
dalam keadaan pregnant ni.. mula-mula risau juga.. mencabar juga sebab pertama
kali kan? Bila dah tempuh hari pertama raya syukur sangat-sangat.
Ada
juga sehari tu saya tak dapat berpuasa penuh. Bukan sengaja. Bukan juga niat
nak berbuka tu sebab lapar. Masa tu dah pukul 12.30tengahari. Kebetulan pagi tu
saya memang tido. Cover tido yang tak cukup malam tu. Mungkin ‘terlama’
agaknya, saya bangun rasa macam baby tak bagi respon.
Ya
Allah.. masa tu Allah saja yang tahu macam mana perasaan ni. rasa nak nangis
pun ada. Sangat risaukan baby dari diri sendiri. Macam macam terfikir. Sebab saya
terlebih tido baby jadi lemah ke apa.. Terasa menyesal kat diri sendiri. Sebab dah
terlalu cuak hamper setengah jam baby takde respon.
Last-last
buka dengan susu dan kurma. Padahal niat nak makan dan minum tu dah takde sebab
risaukan baby. Alhamdulillah, lepas minum susu baby bagi respon. Ya Allah..
leganya rasa.. Sebab mak selalu pesan, jaga baby elok-elok.. Sebab mak pernah
ada sejarah baby lahir awal (7bulan) then meninggal. Baby tu ialah abang sulung
saya.
Pastu
tengahari en.suami balik. Bagitahu kat dia. Dah rasa sebak pun ada dalam diri ni.
rasa macam nak je ajak dia pergi klinik check. Memang cuak yang sangat-sangat. Minta
izin terpaksa berbuka. Padahal en.suami selalu ingatkan, tak larat puasa
takpe.. berbuka je.. tapi saya taknak jadikan alasan pregnant, kita tak boleh
puasa..
Sekarang
ni kena monitor pergerakkan baby 10 kali dalam tempuh 12jam. Saya rasa susah
juga nak kira pergerakan baby dalam bulan puasa ni. sebab baby kurang aktif. Kadang-kadang
kena pujuk baru dia bagi kerjasama. Alhamdulillah, semalam dia sangat ok..
pergerakan lebih 10kali dalam tempoh tersebut.
Dan
yang saya perasan dengan my baby ni, kalau ayah dia kena naik duty, mesti dia
macam merajuk!.. Baby dalam perut ni pun boleh paham eh?? Sebab saya tengok
tiap kali ayah dia naik duty je si kecik ni mesti xnak gerak sangat. Jenuh pujuk
bagitahu ayah kena kerja.. Allahuakbar.. Besar sungguh kebesaran Allah bila
anak dalam kandungan pun memahami.. mungkin sebab ayah dia selalu bergurau 'anak bapak' kan.. :')
Saya
rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah izinkan saya rasai semua nikmat ni..
nikmat merasai pergerakkan baby la yang buat kita rasa syahdu.. Rasa tak sangka
ada 1 lagi nyawa yang kita harus jaga sebaiknya.. walaupun kadang-kadang kena
kick ngan baby ni sakit. Hehe.. sakit geli sebab tertusuk sana sini..
Sekarang ni my pregnancy dah 30week. Kejap je
masa tu berlalu. Secara kasar ada lagi 10week baby bakal lahir. Ya Allah.. tak
sabarnya nak tengok anak sendiri.. Anak yang dikandung ni lahir.. semoga Allah
permudahkan urusan itu..
Semoga
10week akan datang ni Allah permudahkan urusan saya. Kandungan dan diri saya
sendiri. Biarlah sekalipun orang kata perut nampak kecik, baby mesti kecik.
Yang penting ianya sentiasa dilindungi, sihat dan cukup sempurna. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons