'' Giveaway Hi Nona ! ''
Hai readers!Awal pagi ni macam berkesempatan la sikit nak update blog. Ni pun sebab anak-anak tidur awal, mamanya memang ada kerja perlu ngadap depan laptop. Jadinya ambil kesempatan untuk terjah la sekejap mana yang boleh. Rasa macam sekarang ni dah kurang menjoinkan diri kan dalam giveaway yang ada. Maklumlah, mak bizi dengan anak yang dua orang super ligat tu. hehe..
Okay la, kesempatan ni kita try la nasib dengan giveaway yang ada ni. Mana laaa tahu nasib baik kan. hehe
Instagram : pengikut ke 1,212 Erm.. macam cantik je no tu kan?
Already follow Instagram ni ye..
Hi Nona.. Didoakan Nona sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan dalam segala urusan kehidupan seharian, sentiasa menjadi anak yang taat pada ibubapa dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Amen. :)
Hai, assalamuaikum..
Harini just nak share pasal kisah kitorang sekeluarga jalan-jalan di Refarm, kampar.
Kisah hari ahad, 18 Februari 2018. Lebih kurang kat 3minggu yang lepas la.
Bila dah balik ipoh ni, dalam kepala pikir nak berjalan je. Sebab bukan selalu dapat balik ipoh ni. So, plan nak ajak la adik-adik berjalan sana sini. Duduk gemas nak berjalan ke mana pun tak tahu. Jika ada peluang, dapat la keluar. Kalau tak, merap je la kat rumah.
Kali ni plan ke Refarm. Refarm ni tempat macam bercuti la macam tu. Tempat tu ada mini zoo, lepas tu ada beberapa kolam mandi. Tapi kitorang pergi kira salah timing la. hahaha
Pergi hari cuti hujung minggu, hari orang bercuti pulak, memang tak kena time la.
Kebetulan adik lelaki nak pergi tengok rumah yang dorang nak beli di kampar, so kitorang lajakkan la berjalan sampai ke Refarm tu. Sebab refarm ni terletak di kampar.
Bercerita pasal refarm ni, kalau nak masuk kena tiket juga tau.
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : Rm5
Kalau bawak bekal makan pun kata adik ipar kena bayar juga. Macam beli tiket juga kalau tak silap. RM10 macam tu.
Korang kalau pergi eloknya memang bawak bekal la siap-siap dari rumah. Ala-ala nak berpicnic tu. Sebab kat sana ada food court. Tapi alahai..!
Makan pun tak berapa nak ada. Ada pun macam maggi cup dah RM2.
Lepas tu haritu adik ipar beli Nasi Lemak instant macam tu, RM7. Jagung dalam cup RM2.
Waffle RM4. Lepas tu untuk inti dalam dia ada jem strawberi dan anggur rasanya. Takde choice.
Haritu kitorang pergi susah juga nak cari tempat duduk. Full. Adik la merayau cari tempat. Bila dah dapat tempat, rasa macam tak sesuai sangat nak berendam kat situ. Sebab ada 1 kolam yang saya pergi ni full dengan orang india. Rasa macam tak selamat untuk anak-anak kecik kita. Lagipun mama dorang ni risau karang kena pape jangkitan ke apa susah. Dah la ddy dorang tengah berkursus. Adik lelaki pula dia naik pening tengok orang ramai camtu. hahaha..
Sudahnya kitorang semua pergi la ke mini zoo nya. Tak la banyak binatang. Tapi boleh la. Mujur la ada mini zoo. Boleh la jugak musing tengok binatang memandangkan nak mandi takde peluang. Masa pergi tu pulak cuaca dalam keadaan panas yaaaaa amat! Memang rasa tak selesa la juga. So peluang bagi anak-anak kenal binatang dengan lebih dekat pun best juga.
Orang kata, kalau tak sampai ke sana, pasti akan berkata-kata kan? Bila dah pergi, tu la pengalamannya. Apa-apa pun kalau sesiapa yang belum pernah pergi, lagi-lagi ada bawak anak-anak, bawaklah bekalan makanan secukupnya. Kesian kalau dah puas berendam, berlapar. Nak membeli tak berbaloi sangat.
Ni dari pengalaman kita ye. Lain orang, lain kisahnya. Kalau nak tahu lebih detail lagi, boleh la search di Facebook. Search je Refarm eh.
Hasil Shopping Di Shopee!!
Assalamualaikum! Hi readers.
Sebelum ni kita ada share kan pasal pencarian yang popular di shopee? Ada baca tak? Ada baca tak yang kita share tu? Kalau tak baca lagi, meh la singgah baca. Bukan susah pun. Suruh baca je. Tapi kalau malas, meh baca je yang kita nak share kan ni.
Hasil dari situ, kita pun dah tersumbangkan sedikit peratusan pembelian di shopee. Maklumlah, mana boleh tahan kalau sekadar nak tengok je kan? Mesti tangan tu gatal je nak beli sesuatu.
Sebenarnya dah niat nak belikan gift untuk budak 2 orang ni. Tak sangka, tercapai jugak hajat tu. Ada rezeki sikit, tunaikan niat tu. Bila dah jadi mak budak ni, perkara biasa la kan asik nak shopping barang anak je kan. Tapi apa yang nak dibeli tu kena buat penilaian dulu. Tak boleh nak main bedal beli je.
Sebenarnya niat nak belikan pillow elephant ni lama dah. Dari Zhareef belum berumur 1tahun lagi. Pending punya pending akhir nya beli jugak. Gara gara membelek Shopee ni la. Sebelum ni tengok di Instagram. Tapi harga macam mahal sikit.
Kalau ditanya berapa harga untuk 2 biji pillow elephant ni RM63.46 macam tu la. Kebetulan ada voucer nak ditebus, jadi tambah la duit sikit. Rezeki budak budak ni haaa..
Macam biasa la, pilihan zara tentunya warna pink. Untuk Zhareef mula berkenan warna biru. Pastu macam berkenan warna merah. Pastu maksu dorang kata ambik warna kuning la. So, pilih aje la kaler kuning.
Erm.. lepas ni takde dah kut Shopping toys tuk bebudak. Kasi can kat mama pulak nak menyopping ehhh.. Tapi nak beli apa ehhh??
Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari
Saturday 24 February 2018
Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.
Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji :
1
|
Mobil & Gajet
|
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
|
2
|
Kesihatan & Kecantikan
|
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
|
3
|
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
|
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
|
4
|
Pakaian Wanita
|
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
|
5
|
Perabot & Perhiasan Rumah
|
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur
|
Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia.
Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
Family Outing! Mee Rebus Ramli | 16.02.2018
Hi readers! Assalamualaikum.
Lama tak bersiaran. Kebizian melanda. Malam ni berkesempatan tuk update, so kita update la ye.
Khamis , 15 Feb 2018
Kitorang 4 beranak bergerak nak balik ke Ipoh. Tapi singgah di Melaka dulu lawat my mil. Dalam pukul 3 petang macam tu bergerak ke Ipoh terus. Sampai pun jam 8 malam kalau tak silap.
Jumaat, 16 Feb 2018
Pagi tu adik yang dari kem lipis pun bergerak balik. Dapat cuti 4 hari.
Adik lelaki yang lagi seorang pulak jemput adik perempuan yang bongsu. Elok pulak dia habis final exam dah. Nak dijadikan rezeki, dapatlah semua berkumpul bersama. Susah nak ada peluang kumpul bersama ni.
Sebab selalu adik yang tentera (pakngah zara Zhareef) ni kena operasi je. Kali ni ada rezeki. Lagipun pakngah dorang pun belun jumpa Zhareef. Jumpa masa dalam pantang je. Dah setahun la jugak kiranya kita pun tak jumpa adik yang tentera ni.
Mak abah plan, kalau semua dapat berkumpul nak belanja makan. Dengan keizinan Allah, dapat berkumpul semua. So terus plan malam tu nak keluar makan. Sebab ddy dorang nak balik dah hari sabtu.
Plannya makan di Mee Rebus Ramli di Taman Pakatan Jaya ni. So dalam kepala dah terbayang bayang kan Chicken Chop. Berselera la anak tekak. Peluang nak berkumpul ni bukan setahun sekali. Tapi atas keizinan nya kan. So hayati la masa bersama keluarga tu sebaiknya.
Lamb Chop
Nasi Goreng Chicken Chop
Nasi Ayam
Mee Rebus
Menu kitorang semua malam tu Mee Rebus, Nasi Ayam, Lamb Chop, Nasi Goreng Chicken Chop then lagi 1 adik ipar makan keteow sup. Tambahan kentang goreng. Nak dijadikan cerita tak tahu pulak ddy dorang tambah order. Laksa Goreng. Terkejut semua. Ehhh siapa order? Haha
Laksa Goreng
Rasa macam seronok sangat dapat berkumpul semua. Before ni kita berkumpul dengan keluarga belah mertua je. Tapi ni peluang dengan keluarga sendiri. Alhamdulillah.
Moga akan datang ada rezeki untuk berkumpul lagi.
Kalau korang ke Ipoh, plan nak bawak makan kat mana, boleh la try ke Mee Rebus Ramli. Restoran ni ada 2 cawangan tau. Macam kami semua pergi di Taman Pakatan Jaya. 1 lagi cawangan di Jalan Tasek, Ipoh.
Kalau tanya dari segi rasa, Chicken Chop/Nasi Goreng Chicken Chop, Mee Rebus sedap. Adik ipar cakap nasi ayam kurang sikit. Katanya mak buat lagi best. Kita tak rasa. So tak tahu rasanya macam mana. Kalau laksa goreng ddy dorang cakap pedas. So kalau korang nak menu tu tak pedas, kena bagitahu la ye. Kalau keteow sup nya pun tak berapa kena, sebab sup dia, sup dari nasi ayam tu.
Dari segi bayaran kami semua makan, 1 mee rebus, 1 laksa goreng, 1 lamb chop, 5 Nasi Goreng Chicken Chop dan adik ipar makan keteow sup, serta tambahan kentang goreng. Air ada milo, sirap, teh o panas, Nescafe ais, ais kosong (3) air tembikai then lagi 2 air tak sure pulak air apa, bawah RM100.
So, berbaloi la bagi kita, sebab makan pun sampai sendat perut.
So, boleh lah masuk list korang. Mee Rebus Ramli ni kalau dari arah Lost World of Tambun pun senang je nak cari. Google map kan aje ehh..
So kita kasi hashtag #SayaSuka!
Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
Thursday 15 February 2018
Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.
“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1. Pakaian Wanita : Blause, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2. Mobil & Gajet : iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3. Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4 : Kasut Wanita : Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5. Beg Wanita : Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas
Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:
Produk Paling Popular Terjual
1 Kasut Wanita : Kasut Terbuka
2 Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Set Pakaian Bayi
3 Perhiasan Rumah : Set Hadiah Tupperware
4 Kesihatan & Kecantikan : Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5 Runcit & Haiwan Peliharaan : KitKat Edisi Khas
Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.
Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
#WangWithShopee
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya sila layari : shopee.com.my
Ayam Berempah & Tomyam merah.
Hai readers. Rasa macam lama sangat kan kita tak menaip. Mood swing sangat la wakkk.. So harini kita gagahi juga jari jemari mengetuk keyboard tipon ni. Nak on lappy hero heroin yang conquer.
Kisah haritu je. Masakan kita. Kalau ada sampai ke harini basi dah. Haha. Mujur gambar tak boleh bau, ye dok?
Sambil bagi ilham kat kengkawan, sambil kita rasa ter-Inspirasi untuk lebih pandai lagi dalam masak memasak. Tak gitu. Haha
Bila mood masak datang, macam macam nak masak. Tapi kadang blur menu apa yang nak dibuat.
Kisahnya haritu tak tahu nak masak apa. Disebabkan dah lama tak buat ayam goreng berempah, so pagi-pagi dah perap. Malam keluarkab siap siap kasi habis aisbeku. Ddy zara ada request nak ayam tu, so dapat dah 1 menu. Kita pulak bak menu masam masam. Ni bukan kes pregnant ke apa tau.
Tapi dah muak lauk bersantan semua. So mikirkan ada pes tomyam merah tu, kita masukkan sayur semua dalam tu. So dah jadi 1 menu. Ddy dorang ni jenis kalau makan mesti nak kena ada sayur. So kalau nak masak lauk ayam ke, ikan ke, sayur mesti ada.
So menjadi la 2 menu. Kalau ikut tekak sendiri, nasi + telur dadar + kicap pun dah mabelessss. Haha..
First time sebenarnya buat gabungan lauk ni. Selalu ada tomyam, mesti nak ada telur dadar, kan? So kali ni kita tukar menu lain.
Agak agak korang masak apa harini? Kita masak simple simple je kut. Sebab plan malam nanti nak goreng keteow. Makan panas panas.
Ohhh nikmat!
Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung Salai.
Harini bersiaran lagi. Cerita pasal masak masak lagi. Kalau kebetulan fon kat dapo, boleh lah snap hasil masakan yang tak seberapa ni. Ehh bukan nak menunjuk macam kita ni pandai masak. Tapi rasa nya tengok hasil masakan sendiri ni pun macam terapi jugak kan? Lagi lagi kalau masakan tu, suami makan takde nak komplen.
Kalau baca tajuk yang panjang lebar tu kita masak ayam kampung salai. Ayam tu mak mertua bekalkan masa nak balik ke gemas. Sebenarnya kan, dulu kita ni tak suka betul dengan ayam kampung. Yela, liat dan keras kan. Haha..
Sekali dah kawen, memang mak mertua kita tak makan ayam biasa ni. Dia kalau makan memang makan ayam kampung camtu.
So dah disebabkan begitu, kita pun ikutlah tersuka jugak. Haha
Dulu pernah sekali masak, lama dah. Tak ingat masak apa ayam tu. Tapi liatnyaa kawwwww! Haha
Serik jap nak masak ayam kampung dah walaupun masak lama dah tu. Pastu kali ni mil bagi ayam kampung salai kan, sedap. Tekak pulak ala ala orang mengidam (ngidam kerja lapar nak makan ehh), terbayang sedapnya kalau buat masak kuning ni.
So memang sedaplaaaa layan anak tekak. Haha. Ddy zara pun tak cakap apa. Kita sedap lettew. Suami ni kalau makan tak complain paham je la kan. Kalau dah kita rasa sedap, dia komplen, suh dia pergi dapur masak pulak. Ingat apa, masak sedap², complain pulak tak kena ngan tekak la, apa la, suh dia buat. Huhuhu
So, melepas sudah hajat si anak tekak nak makan ayam kampung salai masak lemak cili api.
Ehhhhhh.. kenapa terbayang bayang lagiiii ni. Alahai ~
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons